Pages

02 Julai 2009

Edisi Terkejut : PKR dan DAP akan dibubar selepas PAS keluar dari Pakatan Rakyat hari ini !


Sebelum itu sms dari YB Ahmad Maslan perlu dibaca sekejap :

Penstrukturan semula Jawatankuasa Pelaburan Asing FIC yang

diumum oleh Perdana Menteri semalam adalah langkah bijak dan

berani kerajaan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi, menjana

aktiviti pelaburan dan meningkatkan penyertaan Bumiputera secara

lebih mapan.



Apabila ekuiti bumiputera tidak bertambah dalam

jangkamasa yang lama hanya sekitar 19% antara faktor yang

dikenalpasti perlu dikaji dan ditambahbaik ialah FIC. Selama ini ia

menjadikan pegangan ekuiti tidak efektif dan usahawan Bumiputera

yang terlibat tidak aktif (sleeping partners).



Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) mampu untuk

membantu membangun

usahawan Bumiputera pada ketika yang sama, dengan "deregulation"

ini, objektif 30% penyertaan Bumiputera di peringkat makro masih

kekal. Adalah diharapkan agar kerajaan dapat mencapai hasrat

pegangan 30% atau lebih dalam masa yang tidak terlalu lama dengan

adanya pengstrukturan semula FIC yang diumumkan.



Unit Perancang

Ekonomi (EPU)yang membuat pemantauan pula diharapkan agar

sentiasa pastikan bahawa pengstrukturan yang dibuat adalah untuk

kebaikan semua pihak, pelabur, usahawan Bumiputera dan syarikat-

syarikat bukan Bumiputera. Laporan dan pemantauan berkala perlu

dibuat jika didapati perlaksanaannya merugikan mana-mana pihak

terutama Bumiputera, maka tanpa teragak-agak FIC yang telah

distruktur semula hari ini wajar sentiasa ditambah baik. Jangan kita

mengambil masa yang terlalu lama untuk menukar sesuatu yang telah

terbukti tidak menguntungkan semua pihak seperti syarat-syarat FIC

sebelum ini.





Jika anda sukar baca tulisan di atas, tengok di link asalnya di sini




Berita%20Harian%20-%20DAP,%20PKR%20sokong%20hasrat%20Chin%20Peng%20mahu%20pulang.jpg (1692×970)




Tajuk di atas ' PKR dan DAP akan dibubar .... ' adalah tajuk yang

dijangka akan ditulis di blog ini dan

benar benar berlaku jika :


1- Anwar dipenjara sabitan kes liwat


2- Lim Kit Siang ditangkap kerana kesalahan hasutan dan dikenakan

ISA


3- Nik Aziz meninggal dunia sakit tua atau dah sampai ajalnya.


4- Haji Hadi 'ada telur' untuk tinggalkan Pakatan Rosak oppss Rakyat..



Anda fikir bagaimana ? isikan di bawah pendapat bernas anda.



Oh ye, tolong solat hajat minta dijauhkan bala dan wabak merebak.

Especially H1N1



Termasuk wabak sakit mata yang saya hadapi sekarang ni.



Terima kasih !



4 ulasan:

  1. salam ziarah bro,eloklah dibubarkan PR tu drpd dok perabih beras negara je.Keamanan,kejayaan dan ketenangan dalam negara terletak di bawah pemerintahan UMNO/BN sahaja.

    BalasPadam
  2. salam saudara panglima perang cyber.

    PR akan dibubarkan x lama lg.
    sy yakin dngan itu.

    persepakatan DAP,PAS n PKR hanya berlandaskan politik semata-mata.sedangkan BN merupakan perspakatan yang telus.lihat bagaimana BN mengekalkan perpaduan slama lebih 50 tahun.sdangkan umum ketahui yang pembangkang telah beberapa kali telah menubuhkan pakatan untuk menentang kerajaan.lihat apa yang terjadi kepada barisan alternatif dulu?mane pergi??

    sya bg contoh yang jelas.lihat PKR.apa tujuan asal penubuhannya?adalah untuk keadilan anwar.ada untuk rakyat?

    tuntasnya,rakyat perlu berfikir secara matang.tidak perlu kita mencontohi barat.sekiranya kerajaan buat salah,tegur kerajaan.bukan melakukan huru hara.jadilah manusia bukan manu sia-sia.

    tQ.

    www.mrkhairul0.blogspot.com

    BalasPadam
  3. ala.. PR dah macam retak menanti belah.. Sekali air bah, skali pasir berubah.. masing-masing tiada kesepakatan dan sikap setiakawan.. Buktinya.. DAP Kedah leh kluar dari PR tanpa bincang dengan DAP pusat.. Dalam BN ada ke berlaku begini.. PArti komponen dalam PR tak kukuh lagi.. Saya nantikan saat mengatakan SELAMAT TINGGAL PAKATAN RAKYAT

    BalasPadam
  4. mari ramai2 kita ucapkan SELAMAT HANCUR PAKATAN RAKYAT


    Selepas ini tidak ada lagi PERDAMAIAN kepada PAS kerana mereka sudah bongkak dengan sedikit kuasa yang ada.

    Ayuh kita serang !!

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.