Gambar Shahidan, Asri dan Azwan Ali
Isu Dr Asri panas lagi. Berbagai bagai komen dibuat dan tuan empunya diri juga menafikan akan sertai Umno. Terbaru TPM menyatakan Umno tidak menolak sesiapa sahaja jika berminat menyertai Umno.
Selepas Aziz ( MB Kelantan) Asri adalah tokoh yang menyengat. Apatah lagi disokong kuat oleh bekas MB Perlis Shahidan Kassim. Dan diangkat menjulang oleh Malaysiakini, Mstar dan portal pro pembangkang termasuk Harakahdaily.
Khabarnya tempat yang bakal menerima Asri ialah di Bukit Bintang, kawasan yang dirasmikan mesyuaratnya oleh Shahidan minggu lepas.
Di bawah beberapa analisa tentang jika Umno menerima atau menolak Dr Asri. Harap dapat diguna untuk menghabiskan teori dan analisa anda yang tentu pening menilai kemasukan Asri ke dalam parti keramat Melayu ini.
JIKA DITERIMA
- Umno akan menghadapi masalah dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan JAKIM yang menolak fahaman liberal dan mirip 'wahabi' oleh Asri.
- Umno akan ditolak oleh tok guru dan alim ulama anti Wahabi khasnya golongan pondok.
- Umno akan ditolak majoriti rakyat yang anti Wahabi.
- Umno akan dilabel suka mencari peluang memperalat golongan agama atas alasan sudah 'nazak' dan sudah 'nyawa-nyawa ikan.'
- Umno akan dikuasai oleh mereka yang rosak akidahnya dan pro kepada Arab Saudi yang menjadi tempat membiak fahaman Wahabi ini.
- Umno akan mengubah segala yang diamalkan selama ini seperti tahlil, talkin, maulid yang menjadi amalan turun temurun Ulama ASWJ selama ini di Malaysia
- Umno akan cepat pupus tanpa perlu menunggu Anwar atau Aziz 'mampus'
JIKA DITOLAK
- Umno akan dilihat teguh memegang prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi majoriti ajaran umat Islam dunia
- Umno akan makin disayangi oleh para pemimpin dan ulama/mufti yang ASWJ dan pasti akan mendapat doa keramat mereka.
- Umno akan mendapat sokongan dari semua lapisan rakyat dari Raja, Pemimpin, Marhaen yang amat tegas menentang fahaman bercanggah ASWJ
- Umno akan dapat menjadi benteng serangan pemikiran yang dilancar dari dalam dan luar negara kita.
- Umno akan berjasa dalam memelihara akidah dan keamanan negara kerana menolak fahaman yang membiakkan unsur militan
- Umno akan dapat menolak tuduhan liar pembangkang bahawa ia tidak Islam dan dipenuhi unsur sekular, komunis dan atheis hingga memerlukan ulama seperti Asri mensucikannya.
- Umno akan selamat dari perangkap PKR PAS yang mahu majoriti rakyat membencinya kerana menerima tokoh yang liberal biadap akhlaknya lantaran mengkritik Majlis Fatwa / Mufti Mufti seluruh Malaysia.
Salam 1Malaysia dan salam 1Akidah 1Fahaman 1Mazhab ASWJ !!!
Beberapa kritikan terhadap Dr Asri untuk penilaian anda...
1. Kesalahan Asri mendaifkan hadis 'Menuntut Ilmu hingga ke China' baca sini
2. Ketakburan beliau mengkritik Mufti Mufti di sini
3. Fatwa Asri tentang Bulan Rejab di sini
4. Kenapa jawatan Asri ditamatkan di sini
5. Kenyataan Pengarah JAIS Asri boleh dipenjara di sini
Nota : tiada gelaran hormat ditulis kepada mereka yang khianati samada Agama atau Bangsa / Negara seperti Anwar, Aziz atau Asri.
Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Hulu Kelang Saari Sungip
manakala di kanan ialah Ahli Parlimen PKR Ampang Dr Zuraida Kamarudin.
Marina Mahathir
HADIS CHINA
BalasPadamhttp://assabiel.com/?p=545
Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Abu ‘Aa-tikah Thorii-f bin Salman:
- Kata al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Kata an-Nasaa-i: Ia tidak thiqah (kepercayaan).
- Kata as-Sulaimaa-ni (Ahmad bin Ali bin Amar Abu al-Fadhl as-Sulaimaa-ni): Ia termasuk dari kalangan orang yang dikenali sebagai pemalsu hadith.
- Kata ad-Daa-ruquthni dan Ibnu Hajar: Ia lemah.
- Kata az-Zahabi: Disepakati atas kelemahannya.
- Ahmad mengengkari hadith ini dengan keengkaran yang bersangatan (sangat keras).
- Kata Ibnu Hibban: Hadith ini bathil, tiada asalnya.
- Ibnu al-Jauzi meletakkan hadith ini didalam kitabnya “al-Maudhu’aa-t” (Hadith-hadith Palsu).
HADIS REJAB
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi kata apa meh lihat kat sini http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaEAskTheScholar&cid=1216122874730
Salam sheikh,
BalasPadamSepatutnya jgn terlalu ghairah mengatakan sesuatu terhadap cerdik pandai islam dgn hanya kerana mendengar atau pun membaca artikel yg mungkin bercanggah dgn pendapat ilmiah seseorang.
Kesemua pautan artikel yg tuan sheikh selitkan diatas saya hayati satu persatu dan kesimpulan dari saya yg kurang pengetahuan yg mendalam tentang islam ini tak nampak pun sesuatu yg bercanggah dgn apa yg dituntut.
Jgn kita campur adukkan budaya islam melayu dgn ajaran islam tulen kerana melayu itu tidak semestinya islam sejati.
Org tua2 melayu akan marah sekiranya qunut tidak dibuat dalam sembahyang subuh.
Komen dr asri byk yg meyentuh perihal ulama melayu yg kebanyakkan di takuk lama sebab islam adalah ajaran sepanjang zaman dan bukan ajaran membentuk kebudayaan sesuatu kaum.
Kenapa isu wahabbi yg selalu dimainkan oleh saudara-saudara sheikh ? kenapa tidak duduk berbincang dgn dr asri secara ilmiah ? Bagi org yg mengikut perkembangan diantara 2 puak seperti saudara & puak dr asri, kami memandang ada terselit unsur irihati, ketidakpuasan dan sombong kerana masing-masing tidak mahu duduk semeja berhujah seperti mana gagalnya kerajaan membawa pengikut darul arqam kembali ke jln yg benar seperti mana yg mereka katakan. kenapa tidak pegawai agama yg bertauliah ini masuk ke dalam pengurusan atau megetuai pergerakan ini daripada membubarkanya ?
Bagi kami ini kerana ada perasaan yg tak elok di dalam hati dan perut org-org yg bergelar ulama ini mungkin atas dasar cemburu !
Sesuatu pergerakan ke arah islam selagi ianya tidak menyimpang ke arah ekstrimis haruslah disokong dan haruslah sentiasa diajak berunding secara ilmiah oleh pihak-pihak tuan sheikh yg arif tentang islam bagi ingat-mengingati agar sesiapa pun tidak sampai menjadi sombong lantas lupa diri.
Ingatlah, sesungguhnya musuh islam itu adalah dari kalangan org-org islam sendiri kerana masing-masing ingin menunjukkan kepandaian masing-masing dan menolak apa jua pandangan org islam lain yg tidak sependapat dgn mereka.
Maka hancurlah satu puak itu tanpa diberi peluang unt berbincang dan lantas dilaung-laungkan membawa fahaman yg salah.
Org melayu sekarang banyak yg dah celik agama, mereka membaca, mendengar, menilai dan tidak mengikut sesuatu pandangan secara membuta tuli.
Jadi tuan sheikh, nasihat saya, musuh kita diluar sana bukan dr golongan yg cerdik pandai islam ini tapi dr golongan yg cuba membunuh islam secara halus melalui politik & undang-undang. Jgn sampai menang bersorak kampung tergadai. Menang nak lawan dg puak wahabi konon tapi tanah melayu dibiar tergadai.
Sudah-sudahlah berpolitik, saudara sheikh patut berjihad mengeratkan kembali ukhwah islamiah antara puak-puak pas dan umno terutamanya yg dah jauh terpesong kerana dek politik melayu !
wahabi memang banyak mendaifkan hadith..
BalasPadamtq atas info.
Anon : utk jaga perpaduan maka unsur seperti wahabi perlu diperjelaskan dan dihalang.
Pautan yg diberi hasil kajian pegawai JAKIM.
moga ia dipercayai lebih dari yang lain.
Jakim cepat mengkaitkan org sebagai wahabi. Kalau org itu berpegang kuat kepada al Quran dan sunnah...jelas ia bukan wahabi....ia hanya membetulkan keterlebihan dalam berhukaum yang terdapat pada hukum2 agama yang kita pakai sekarang...semuanya berasaskan pemikiran ulama2 terdahulu yang dalam mentakrif hukum daripadqa kefahaman mereka terhadap Quran dan sunnah. Ada daripada hukum2 ini yang jelas tidak benar...-Jauhara.
BalasPadamapa2 pun Malaysiakini telah berusaha awal:
BalasPadamMalaysiakini Batu Api: Melagakan Dr Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan beliau masuk UMNO! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/malaysiakini-batu-api-melagakan-dr-mohd.html