Tajuk : Fosforus dan Flotila
Dunia menyaksikan sekali lagi
Kekejaman manusia yang tidak lagi rahsia
Bangsa dilaknat Allah dulu hingga kini
Kali ke berapa, siapa dan apa pun tak peduli
Nyawa manusia sudah tidak ditimbang atau di-kali
Merekalah Zionis yang wajar dilaknat kerana tiada hati.
Fosforus menerpa Palestin umpama persembahan bunga api
Cantik ibarat percikan cahaya sambutan awal tahun umat manusia
Tetapi seksa derita terkena Allah yang Maha Mengetahui
Kepedihan tidak terperi, mustahil diukir mata pena.
Kekejaman Zionis Yahudi makin menjadi jadi
Tidak sekadar kepungan bertahun tahun ke atas rakyat Palestin
Kini tembakan ganas ke atas flotilla misi aman
Yang sarat dengan bahan untuk hidup dan dinding sejuk malam
Hingga ada nyawa turut gugur dalam perjalanan
mujurnya ia mula menarik perhatian
umat dunia atas titisan darah mereka.
Rakyat kita selamat, dan negara lain sudah 'selamat'
Derita Palestin dirasa ke nadi denyut mereka
walau tidak sama tempoh warga Palestin diseksa
namun bau derita mereka yang sudah mula ke angkasa
dihidu oleh insan insan yang perihatin seluruh dunia.
Palestin, kami bersama mu dengan doa dan harapan serta sokongan !
Senjata kamu dan kami ialah ALLAH Tuhan Sekelian Alam
Yang tidak lut ditembak, tidak mampu digugat
Yang Maha Perkasa Lagi Maha Kuasa
Dialah Rabbi Dialah Hasbi…
Jangan jauhkan diri dari 'tali' NYA
Dialah Penentu derita Gaza terus atau henti
akan mula hancur tidak lama lagi !!!!
7 Jun 2010 Jam 9.03 malam
salam pang5,
BalasPadamkebangkitan dunia Islam kena mula dengan kerjasama Mesir dalam membuka pintu sempadan kepada rakyat palestin yang tertindas.
Kita haruslah berterusan berusaha agar bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza.
BalasPadamForced to stop proceeding to Gaza.
Panglima yang perkasa,
BalasPadamMelayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, kata Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu.
Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
Harap panglima yang perkasa bertindak sesuai dengan keperkasaannya.