Pages

18 Jun 2010

Isu Felda : Penjelasan Yb Ahmad Maslan Jawab Soalan Anwar










Komen : Suara Keadilan telah menyiarkan soalan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dituju kepada YB Ahmad Maslan yang menghasilkan jaapan di atas di sini http://suara-keadilan.com/news-section?t=3118

Bagi kita sangat jelas soalan beliau tidak lebih selain untuk menghasut peneroka agar membenci kerajaan dengan isu wang .

Sedangkan jelas tindakan felda menyalurkan bantuan berperingkat demi memastikan agar wang yang diberi tidak dihabiskan untuk tujuan yang lain.

Jumlah RM17,000 jika disalah guna boleh menyebabkan penanaman semula Felda akan terbantut.

Malaysiakini ketika menulis isu ini cuba mengelirukan rakyat dan menghasut golongan FELDA. Ditulis " Kerajaan akui aliran tunai FELDA menurun"

Dalam berita Harakahdaily yang disiar oleh Anwar Ibrahim di blognya http://anwaribrahimblog.com jelas bertujuan untuk mengalihkan beberapa perkara.

Paling besar ialah isu liwat dan juga kelemahan PAS mentadbir Kohilal yang mengakibatkan berjuta juta wang pendeposit dari kalangan ahli PAS telah gagal menjana dividen untuk mereka.

Ketika Anwar cuba bangkitkan isu ini disertai pemimpin pembangkang yang lain ( tujuan mencari undi Melayu ekoran kekalahan teruk di Hulu Selangor ) maka mereka tidak sedar bahawa aset Felda telah meningkat kepada RM6.2 billion walaupun mengalami kekurangan tunai selepas ia digunakan untuk kebaikan FELDA dan peneroka FELDA.

status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.

Perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan -- RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion
.


Jawapan Yb Ahmad Maslan tentang dana RM 2 billion untuk penanaman semula adalah benar. Ini kerana menurut kajian saya jumlah 17,000 didarab dengan 112,635 peneroka FELDA ( seperti yang tercatat dalam website FELDA di sini http://www.felda.net.my/ ) maka jumlahnya ialah RM 1.914 billion. Ini berdasarkan fakta pada 2009 dan saya pasti jumlah RM 2 billion berdasarkan statistik terkini peneroka FELDA pada 2010.

Dalam Tranungkite Online isu pembinaan pejabat baru FELDA yang berada di lokasi Segi Tiga Emas berdepan dengan KLCC turut menjadi isu. Walhal kos yang dilaburkan bakal menjadi aset yang berharga dan boleh menjana pendapatan kepada FELDA sendiri pada masa akan datang. Tindakan ini jelas menunjuukkan pembangkang sebenarnya musuh kepada peneroka FELDA kerana berniat untuk mengkritik langkah pengurusan FELDA yang jelas memberi keuntungan untuk ahli FELDA dalam jangka masa yang panjang.

Ketika Muktamar PAS 56 di Kota Bharu minggu lepas, usul diikemukakan dalam agenda mencari undi orang Melayu maka tujuan isu ini diwar-warkan pada saya, percubaan pertama mereka untuk mencari sokongan orang Melayu khasnya golongan FELDA yang tegar menyokong Barisan Nasional dan UMNO. Mereka tahu Melayu sudah pun melarikan diri dari menyokong PR yang jelas membawa agenda Cina dan India hingga meminggirkan Melayu.


Saya percaya pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap Melayu akan diingati sampai bila bila. Mereka tidak mudah lupa bagaimana hak hak mereka telah terhakis akibat tindakan yang dibuat oleh golongan pembangkang yang membawa suara golongan minoriti melebihi majoriti. Melayu yang kita kenal tidak sesekali akan memaafkan tindakan jahat para pengkhianat ini yang terlalu ghairah berpolitik untuk mencapai cita cita peribadi walaupun hingga terpaksa mengorbankan maruah agama yan gpaling kita pertahan dari dulu hingga kini.



lihat gambar rumah peneroka FELDA dulu dan sekarang dan lihat gambar sebelah YB Ahmad Maslan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman yang cuba menjadi juara menghasut peneroka FELDA menggunakan NGO ANAK demi mendapat undi peneroka yang jelas telah berjaya hasil perancangan rapi negara mengangkat maruah dan taraf orang Melayu kita.

4 ulasan:

  1. Apa salahnya soalan itru ditanya. DSAI telah menjalankan tugasnya dengan baik sebagai ketua Pembangkang. Tak payahlah panglima nak memperbodohkan orang .

    Macam mana panglima boleh menilai PR telah kalah teruk undi melayu di Hulu selangor. Panglima ni suka benar berbohong. Undi PR bertambah, Umno yang sepatutnya malu. guna wang rakyat, berbilion2 untuk menenag besar di hulu selangor tapi terimalah hakikat dan qadar tuhan bahawa ramai lagi yang bersama PR. Panglima je yang tak sedar- sedar.

    Kesimpulannya, umno mulai risau kerana orang felda sudah nampak penipuan, kepincangan dan penyelewangan dan penindasan yang berlaku kepada mereka yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Sendiri mahu ingatlah panglima, generasi felda dulu, tidak sama dengan generasi sekarang. Mereka sudah berilmu dan tidak bodoh untuk menilai.

    BalasPadam
  2. KOHILAL, KOHALAL, KOHILANG.

    Cara PR uruskan kewangan, macam bagi budak duit sekolah suruh beli buku lepastu budak tu belanja beli mainan dan aiskrim.

    Haritu masa gawat, DSAI suruh mintak dari IMF. Apa ke tolol mamat tu. Sekarang nak komen orang pulak

    BalasPadam
  3. Megat - tak usahlah nak pertahankan lagi kecuali jika anda diberi upah untuk tujuan tersebut.

    Jika atas dasar 'benci' maka anda akan membuang masa anda untuk mengajak rakyat turut sama membenci.

    Apa kita perlu buat ialah bukan benci tetapi betulkan apa jua kesilapan pada pemimpin kita.

    Jika bagus pujilah. Jika salah betulkanlah.

    Memuji perkara salah akan menzalimi pemimpin dan menegur perkara yang betul akan mengelirukan pemimpin.

    Moga kita hormat dan taat pada pemimpin kita yang tidak mengajak ke arah kemungkaran dan maksiat atau menjual agama atau nama Allah...


    Sester : Pas gagal urus kohilal hingga jadi kohilang tanda PAS tak layak terajui kerajaan Pusat...

    BalasPadam
  4. Suara "setan" haprakah cuba untuk mengapi-apikan warga felda supaya membenci PM

    tapi percayalah kebenaran sentiasa akan mengatasi fitnah.. haprakah x kan berjaya untuk menyusup jarum kebencian peneroka haha

    cuma mereka yg bodoh seombong dan ego sahaja yang akan terus mempertahankan haprakah suara fitnah PASrael

    MES = Meranapkan Ekonomi Selangor

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.