Pages

25 Jun 2010

Isu Wahabi : Jawapan Zamihan Kepada Asri





Sangat menyedihkan apabila seorang yang jahil pada banyak displin ilmu ber’bajukan’ PHD menggunakan media sebagai wadah lontaran fitnah sambil mempertahankan doktrin lapuknya yang jumud, suka menghukum sesat ulama dan gemar membid’ahkan amalan umat Islam yang ada dalil.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin@Abdul Talib sebelum ini kerap menuduh ulama Islam sebagai sesat dan sesiapa yang tidak sebulu dengannya akan mudah di’cop’ sebagai Syiah termasuk saya selalu dituduhnya dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Tanpa hujah dan dalil maka fitnah dan tuduhan merupakan senjata yang dianggap amat berguna untuk menjatuhkan pejuang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.

Asri sebelum ini menuduh saya mengkafirkan seluruh kerajaan Saudi, bak kononnya sesiapa sahaja yang berada di negara Saudi semuanya saya kafirkan. Subhanallah! Begitu sekali lancang lidah insan ini menuduh.

Waktu yang sama, didapati fahaman Wahabi terkenal dengan hukuman mengkafirkan sesiapa sahaja yang berdoa di kubur, walaupun didapati Raja Saudi sendiri bersama seluruh pemimpin kerajaannya menziarahi maqam Nabi Muhammad di Madinah dengan jelas mereka sengaja berwukuf (berdiri) danberdoa dihadapan kubur Nabi Muhammad. Amalan itu dihukum oleh faham Wahabi sebagai kafir,syirik murtad dan terkeluar dari Islam. Ini membuktikan pemikiran faham Wahabi yang Asri sepemikiran dengan mereka turut mengkafirkan orang. Waktu yang sama juga didapati Asri sering menghina Raja-raja Saudi dengan kutukan yang amat kesat. Maka siapakah dalang fitnah mengucar-kacirkan ummah sebenarnya?!.



Tidak cukup dengan itu, Dr. Asri turut memfitnah dan menuduh saya kononnya saya mengkafirkan para Sahabat Nabi Muhammad dan ini adalah tuduhan yang amat busuk terhadap saya, diluar sana banyak lagi tuduhan-tuduhan dan fitnah-fitnah Dr. Asri ke atas saya. Saya pernah menerima surat samannya kepada saya tetapi saya lebih berminat untuk berhujjah kerana bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah hujjah adalah jalan penyelesaian utama yang dipilih.

Putar-belit fakta adalah mainan Asri. Pernah direka fakta palsu kononnya 2 orang ulama iaitu Imam Ibnu Hajar Al-Asqalany bertemu dengan Syeikh Ibnu Arabi kemudian mereka saling menghukum sesat satu sama lain sedangkan Ibnu Hajar baru lahir selepas lebih 100 tahun Ibnu Arabi meninggal dunia, bila pula mereka bertemu? Inilah sifat pengfitnah, pereka cerita, pemutar belit fakta.

Nah! Terbaru Dr. Asri dalam kenyataannya menuduh dan memfitnah saya buat kali yang entah berapa ribu kali kononnya saya mendakwa Dato’ Seri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai JI, militan dan pengganas. Padahal saya tidak pun menyebut nama Presiden PAS itu.

Hakikatnya pada taklimat jemputan tersebut bertarikh 21.06.2010, saya (Zamihan Mat Zin) tidak langsung menyebut nama Dato’ Sri Hadi Awang (Presiden PAS) sebagai militan atau pengganas atau Jemaah Islamiah (JI). Tidak!. Ini disaksikan juga oleh 'tangan-tangan ghaib' penebar fitnah palsu ini yang hadir pada waktu itu.

Tidak dinafikan mungkin wujud perbezaan pendapat antara saya dengan beberapa orang tetapi ketahuilah bahawa kenyataan melulu bukan pilihan yang tepat. (Sebuah laman berita tempatan telah mengeluarkan berita yang salah berkaitan isu saya ini dan telah diminta mereka merubahnya).

Wahai umat Islam dan pemimpin Islam. Berjaga-jagalah dengan dakyah Asri ini. Sesungguhnya ramai ulama Malaysia mengetahui pemikiran dan tujuan dakyahnya.




Komen saya : PAS memang dipenuhi tokoh wahabi seperti Harun Taib termasuk Hj Hadi dan Nik Aziz.

Mujurlah ada Dato Harun Din yang boleh dijadikan 'check and balance' dalam Majlis Syura.

Kalau tidak memang dah lama kita berbunuhan sesama sendiri. Sekarang pun dah ramai kena 'bunuh' dek fitnah.

Tak guna hidup kalau diri difitnah dengan 'kafir' seperti tohmahan PAS kepada UMNO kerana gelaran 'kafir ' sangat jelas mmerendahkan maruah ahli ahli UMNO seluruh Malaysia.

Cuba darab berapa juta dosa ularmak PAS yang kafirkan Umno ?

Memang tak akan habis dikira sampai kiamat....

Taubatlah wahai Ahli PAS dan juga UMNO sebelum maut menjemput kamu.

Ahli PKR terpulanglah kerana kamu sudah pun dicucuk hidung oleh bukan Islam yang antikan Islam dan segala syiar syiar berkaitan dengannya.

Takbir !!!




nota: jika anda tension petang ini apa kata kita layan blog AnaWahabi di sini http://anawahabi.blogspot.com/2010/06/ana-pun-nak-masuk-umno.html

Kreatif tulisan tuan punya blog.

Harap baca untuk berhibur sahaja.... Tetapi dalam gurauan tu ada makna....

7 ulasan:

  1. J3bat Ana SalafiJumaat, 25 Jun, 2010

    Percaya pada zamihan yg menuduh sijil Dr Asri palsu ? Peh heran.

    BalasPadam
  2. Jumpakan aje dua2 tu...kan senang. Dua2 pun ulamak, biar mereka berbincang. Macam tu lagi gentleman. Kalau guna media sampai bila pun tak settle.

    P/S AlQuran ada satu, Nabi Muhammad pun ada satu...tapi nape ulamak cakap lain-lain?

    BalasPadam
  3. tuan zamihan , sabar dan sabar dengan perangai mereka itu , memang perangai pembangkang suka spin sesuatu ikut selera mereka , lepas itu apabila nak kena saman , mereka cepat2 minta maaf , lepas itu buat lagi ,

    saya pernah mengikuti ceramah
    Asri , memang banyak perkara yg dia cakap bersalahan dengan pendapat ulama ramai , malah banyak pendapat ulama2 silam pun dia kata silap , jadi kalau semua dorang silap , maknanya selama ini kita silap , so Asri seorang je la yg betul ??

    tak payah la menjadi jaguh ilmu , berapa hebat ilmu yg dia ada jika dibandingkan dengan ulama2 muktabar zaman silam ?

    dalam ceramahnya memang ada undur2 wahabi , PAS apatah lagi , banyak pendapat dan perbuatan PAS sepenuhnya perbuatan wahabi , Nik aziz pun dah mula mempersoalkan maulidur rasul dimana lojiknya , mengkafirkan orang lain yg tidak sependapat dengan mereka , celupar dan tidak bersopan , bukankah ini antara ciri2 wahabi ?

    BalasPadam
  4. kita sudah diperingatkan sejak dulu tentang bahaya wahabi , ulama2 seperti syeikh zain alfatani , syeikh abdullah fahim dan ramai lagi telah meninggalkan kepada kita buku2 dan tulisan2 mengenai wahabi dan bahaya wahabi , mereka ini lama tinggal di mekah , bergaul dan berguru dengan guru2 terkenal , berapa dalam ilmu kita zaman ini yg tergamak mengatakan ulama2 ini salah ? sedangkan guru2 kita pun berguru dengan mereka itu ,

    wajib bagi kita berhati2 dan waspada dengan fahaman wahabi , wajib bagi kita memerangi mereka , bahaya wahabi bukan sekadar ditentang di malaysia tetapi seluruh dunia ahlussunnah ,

    BalasPadam
  5. SEBELUM PANGLIMA MENUDUH ORANG BUAT FITNAH, SILA TUAN HAMBA TILIK DIRI SENDIRI DULU, TUAN HAMBA JUGA BAPAK SEGALA FITNAH. SEBELUM TUAN HAMBA MENYERU ORANG LAIN BERTAUBAT, TUAN HAMBA KENA INSAF DAN TAUBAT DULU. TERLALU MUDAH TUAN HAMBA MENGHUKUM SESEORANG DENGAN FAHAMAN WAHABI, TUAN HAMBA KAITKAN TGHA DAN TGNA JUGA DENGAN WAHABI. PERSOALANNYA SEKARANG. ADAKAH UMNO MEMANG BENAR- BENAR MENGIKUT FAHAMAN AHLI SUNNAH WA JAMAAH. BINI PEMIMPIN UMNO TAK TUTUP URAT, BERSALAM DENGAN LELAKI ITU AJARAN AHLI SUNNAH WAL, JAMAAH KE. SETENGAH PEMIMPIN TUAN HAMBA MINUM ARAK, ITU PUN AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KE. ISLAM HADHARI AJARAN AHLI SUNNAH KE. RASUAH DALAM UMNO MENGIKUT AJARAN AHLI SUNNAH KE. SUDAHLAH PANGLIMA , HENTIKANLAH TEMBERANG MU.

    DALAM BAB UMNO DIKAFIRKAN PULA, BIAR HAMBA SAHAJA YANG JAWAB. INI ILAH KERANA UMNO MEMISAHKAN POLITIK DENGAN AGAMA. ITU HAKIKAT YANG PANGLIMA BUAT- BUAT LUPA. AGAMA SUKU, POLITIK SUKU, ADAKAH ITU AJARAN AHLKI SUNNAH WAL JAMAH KE.
    NASIHAT HAMBA RENUNGKANLAH DIRI SENDIRI, SEBELUM MENUDUH DAN MENGFITNAH KERANA TUAN HAMBA SUDAH BERPERANGAI SEPERTI GOLONGAN MUNAFIKIN.

    BalasPadam
  6. Salam tuan sheikh,

    Saya setuju dgn beberapa pendapat diatas, tuan sheikh bermain politik dlm berdakwah ! So inilah padahnya ! Jgn lah kita sesekali menghukum seseorang hanya kerana menafsir pendapat seseorang yg dikeluarkan dlm bentuk risalah kerna kemungkinan kita tidak menafsir secara adil dan ilmiah.
    Saya dah cuba beri pendapat sebelum ini agar tuan sheikh duduk dlm satu majlis ilmu bersama dr asri bagi menjelaskan segala keadaan. Kenapa bertangguh-tangguh ? Ingat org yg benar dan tulus hatinya dlm menyebar perintah Allah Ta'ala tidak akan takut dgn sesiapa saja mau pun pengaruh politik.

    BalasPadam
  7. salam

    sy bersetuju dengan MEGAT.. Jika tuan2 sheikh menuduh pemimpin pas wahabi..sila anjurkan satu debat terbuka LIVE di RTM yg skarang ntah ape2.. kan ade baiknya.. xde la umat islam duk fitnah memfitnah..

    satu lagi.. kenapa lah susah sangat bini2 pemimpin kita pakai tudung dengan betul... x kira lah di kelantan atau d mana2.. PELIK sbb xde sape yg nak tegur di kalangan cdendekiawan agama kita.. Pemimpin kan akan menjadi ikutan rakyat

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.