Tokoh Spritual JI : Abu Bakar Basyir
FAKTOR KEMUNCULAN JEMAAH ISLAMIYYAH / MILITAN
Mas Selamat yang ditahan di Malaysia pada 2009 selepas
melarikan diri dari penjara Singapura pada Feb 2008
PERBANDINGAN ANTARA JIHAD JI DAN JIHAD RASULULLAH S.A.W
JI menggunakan pendekatan yang sangat jauh berbeza dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w terutama dalam bab menggunakan senjata memerangi bukan Islam.
Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar umat untuk melakukan pembunuhan atau kecederaan kepada orang yang tidak berdosa dan tidak terlibat dalam peperangan memerangi Islam. Sedangkan JI telah membunuh rakyat negaa Barat tanpa sebab seperti pengeboman di Bali yang meragut ratusan nyawa manusia tidak berdosa dan bukan anggota tentera.
senarai mangsa Bom di Bali pada 12.10.2002
Islam membenarkan penentangan terhadap kafir harbi yang memerangi Islam apabila Islam telah diancam atau diperangi. Ia mestilah mengikut syarat-syarat yang ketat agar tidak berlaku pembunuhan terhadap lelaki dan wanita tua, kanak-kanak serta dilarang merosakkan tanaman atau memusnahkan pokok.
JI terbukti telah melanggar prinsip ini dan mereka sebenarnya tidak mengikut ajaran Islam dan hanya menggunakan agama untuk tujuan yang tidak dituntut oleh agama sedikitpun. Kenapa mesti orang Kafir dibunuh sedangkan mereka adalah 'sasaran dakwah' bukan pedang atau pistol kita.
JI menggunakan alasan ketenteraan dibuat untuk mendirikan daulah bagi menubuhkan pemerintahan berlandaskan syarak. Sedangkan Rasulullah s.a.w tidak pula menggunakan taktik berperang untuk mendapatkan kuasa pada peringkat awal dakwah baginda.
JI adalah contoh bagaimana serangan pemikiran musuh Islam yang merosakkan teras agama sehingga pemikiran JIHAD menjadi keutamaan mereka dalam menuntut penubuhan NEGARA ISLAM sedangkan Islam boleh disebarkan atau diamal walaupun tidak melalui pendekatan perang/jihad seperti mana yang dibawa oleh mereka.
Ramai orang menyangka Imam Samudera(gambar) adalah syahid sedangkan syahid di sisi Allah mereka yang berjuang melawan mereka yang memerangi Islam bukan membunuh bukan Islam.
Tohmahan orientalis Barat yang menuduh Islam disebar menggunakan ‘mata pedang’ seolah olah benar / betul dengan tindakan JI menyerang bukan Islam. Sedangkan Islam disebar oleh Nabi dan sahabat dengan cara yang tidak menyakitkan serta penuh adab dan hikmah. Sejarah membuktikan Islam berperang apabila mereka diserang bukan menyerang tanpa alasan yang kukuh.
Sangat jelas sekali bahawa imej Islam tercalar teruk dengan tindakan militan yang berjuang menggunakan nama Islam ini. Ramai orang telah keliru dengan imej sebenar Islam yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang. Sirah Nabi sarat dengan kisah baginda menarik hati musuh Islam dengan pendekatan akhlak yang mulia bukan senjata yang berkilau. Penguasaan dengan senjata tidak sama dengan penguasaan hati dan minda yang lebih kekal dan tahan imannya..
Lihat kisah Nabi dengan pengemis buta Yahudi yang anti Islam dibawa baginda http://abubasyer.blogspot.com
Lihat kisah petir mengiringi jenazah tiga pengebom di Bali ketika disemadikan seakan akan tanda kemurkaan Allah atas perbuatan mereka yang mencemar nama Islam...Ia ditulis di laman yang dilink di bawah (syukran.wordpress.com)
Lihat juga gambar Imam Samudera yang tidak ada 'senyuman' seperti lazimnya mereka yang syahid yang melawan Zionis Israel di Palestin di bawah dan fikirkan adakah Imam Samudera itu layak digelar syahid kerana membunuh jiwa tidak berdosa ?
Gambar sudah cukup menjadi bukti beza yang jelas antara mereka yang syahid dan 'didakwa syahid'. Namun malangnya ada juga blog seperti Syukran.wordpress ini yang ingin mengangkat Imam Samudera dan rakan rakan mereka sebagai syuhada !
Mudah mudahan Allah menjaga negara kita dari anasir militan dengan berkat Ahli Bait yang ramai di Malaysia.
Mari kita bersihkan hati dan mewarisi akhlak Nabi s.a.w hingga musuh agama ditawan dengan 'akhlak' hasil dari iman yang mantap kepada Allah Taala.
Amin Amin Amin.
5 ulasan:
Apabila pekara ini didedahkan olih PDRM ,PR dan PAS mengatakan ianya adalah satu konspirasi mengalihkan isu sebenar.
Apabila pekara buruk telah terjadi, maka mulalah mereka menyalak mengatakan PDRM tidak PROFESIONAL.
Ini lah kerja pembangkang.Terus menerus memperlekehkan tugas dan tanggungjawap PDRM. Tak tahu berterima kasih kepada PDRM.
Memang BANGKAI.....
betul tu bro...mereka memang tidak akan bersikap rasional dalam apa jua yang mereka perkatakan.
tidak mustahil PAS akan jadi salah satu parti militan jika unsur unsur radikal menyusup masuk parti tersebut.
dengan jumlah ahli yang sangat taksub dengan nik aziz serta jangan lupa bagaimana anak nik aziz pernah ditahan ISA kerana berjihad di afghanistan, maka tidak mustahil perkara ini boleh berlaku.
Sesiapa pernah mengkaji tentang PAS maka mereka akan terbaca bagaimana rapatnya PAS dengan Ikhwanul Muslimin. Dikhabarkan Hj Hadi ada pergi ke London untuk berunding dengan pemimpin IM tentang kerajaan perpaduan PAS dan UMNO. Ingat IM sekarang berbeza dengan dulu di mana mereka lebih radikal berbanding ketika mula ditubuh oleh Imam Hassan Al Banna.
sebelum ia berlaku mari kita sedarkan mereka tentang diri sebenar nik aziz agar mereka (ahli PAS) tidak menjadi mangsa kecelaruan fikrah bertopengkan islam yang mengajak ke arah subversif ini...
inilah tugas kita dan ayuh kita bersama sama..
demi Agama Bangsa dan Negara kita...
Salam Bro ....
MEMBONGKAR JAMAAH ISLAMIYAH - Nasir Abas ... Bahan bacaan ini amat sesuai dibaca bersempena dengan tajuk yang Bro utarakan .... ia berkenaan Pengebom Bali dan apa yang berlaku di Sana .... Ia merupakan Pengakuan Mantan Anggota JI-Nasir Abas. Walaupun tak seberapa, tapi pengakuannya dpt kita ambil iktibar. Ini Link utk download .. http://www.mediafire.com/?qjwmee4jxml
Salam perjuangan
mereka akan melihat semua perkara yang kerajaan lakukan adalah politik, politik dan politik semata2. sebab itulah negeri2 pakatan haram semakin lama semakin jahanam. politik tak habis2.
Pengajaran Besar dari Kes Tian Chua Kepada Rakyat Malaysia:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/pengajaran-besar-dari-kes-tian-chua.html
ikhwanzm = terima kasih atas komen dan sumbangan link anda.
mozas : mari kita lawan lagi...
Catat Ulasan