3 Hari yang lalu Pisau mendedahkan bukti pembohongan Guan Eng dengan tersiarnya video dakwaan beliau mengelar pegawai SDO Nik Ali berlidah biawak.
Untuk pengetahuan anda,video yang diedit oleh Pisau telah dipadam di youtube oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan pembohongan Guan Eng. Pemilik video tersebut dengan niat untuk menyembunyikan video tersebut dengan memadam dari portal Malaysiakini dengan harapan untuk memadam bukti agar Guan Eng boleh meneruskan saman terhadap Utusan.
Sebaliknya Pisau bersama rakan blogger telah mendedahkan bukti pembohongan Guan Eng yang mendapat liputan oleh pihak media massa baru baru ini.
Lagi pembohongan Guan Eng dan memperbodohkan seluruh rakyat Pulau Pinang,beliau sanggup berbohong kononnya sejak negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP dengan dasar CAT telah berjaya mengumpul RM1.2billion berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini.
Pembohong ini mendabik dada dengan angkuh dalam mana mana ceramah dan majlis kononnya ia adalah kejayaan dibawah kerajaan DAP dan pakatan haprak.Dalam masa yang sama memperlekehkan kerajaan BN sebelum ini kononnya tidak tahu mengurus dan membazirkan kewangan negeri.
Sudah banyak kali Pisau ingatkan agar berhati hati dengan pembohongan licik Guan Eng,sebenarnya untuk pengetahuan semua orang Guan Eng boleh disamakan dengan manusia sesumpah Anwar berahi,mengikut hierarki pemimpin juak haprak Guan Eng menduduki carta pembohong no 2 selepas Anwar.
Untuk makluman anda,Guan Eng hanya terlibat dua kali sahaja dalam pembentangan Penutupan Akaun Kerajaan Negeri yang semua rakyat tidak tahu hanya mencatatkan lebih kurang dari RM150juta.Jumlah itu diambil kira dalam sebahagian tahun kewangan 2008 iaitu semasa bajet kerajaan BN yang terdahulu.
RM1billion yang didakwa oleh pembohong ini bukannya nett cash Kerajaan Negeri,sebaliknya ia adalah duit yang kerajaan negeri miliki terdiri salah satunya dari akaun amanah atau deposit simpanan tetap.
Tahukah anda sejak berpuluh tahun dibawah pemerintahan BN,wang sebanyak itu dikumpul oleh kerajaan negeri sebelum DAP mengambil alih,sebelum PRU12 kerajaan BN telah pun meninggalkan dana (bukan net cash) melebihi RM1 billion.
Guan Eng dengan lagaknya berbohong dengan menyatakan jumlah itu adalah hasil usaha beliau kononnya atas kecekapan dalam pengurusan kewangan.Anda diperlihatkan lagi betapa ketua menteri paling bangsat ini berbohong secara terang terangan.
Jika sicelaka ini benar benar jujur dan tidak bercakap bohong,seharusnya beliau mendedahkan berapa jumlah hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan,dan berapakah tunggakan hutang yang belum dibayar kemudian barulah mendedahkan jumlah sebenar kepada rakyat.
Pisau kata "Inilah kerja Guan Eng,licik dan amat gemar berbohong,pembelit dan licik. "
tulisan Blogger Pisau
Komen Panglima :
Syabas kepada Sahabat kita Blogger Pisau yang sangat aggresif mendedahkan pembohongan Lim Tee Pooh @ LGE. Sebagai sokongan mari kita dedahkan video ini di blog dan fb kita semua.
Ayuhhhh kita mulakan sebelum terlambat....
ayuh segera jalankan kempen selamatkan P.Pinang. kempen ini harus jalan serentak dengan roadshow selamatkan selangor.
BalasPadambarulah orang nampak umno sudah berubah.