Sebentar tadi Panglima menerima email dari individu yang mendakwa mempunyai salinan surat bantahan dari bekas MPP MMU yang sedia maklum akan kerendahan moral Gavin Clement Fernando selaku Presiden MPP MMU 2010/2011. Menurut email ini usaha bekas MPP MMU itu adalah menuntut supaya pihak STAD MMU membuat siasatan semula berhubung kes ini sekiranya tidak percaya dengan dakwaan bahawa Gavin ini terlibat dlm perilaku curi laptop. Menurut email itu lagi surat bantahan ini turut telah dihantar kepada beberapa individu penting MMU antaranya Tun Hasmah menggunakan alamat Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).
Panglima sedikit keliru disini, jika HEP MMU tahu perkara ini kenapa mereka masih berdiam diri hingga kesaat ini tanpa mempedulikan rungutan serta bantahan yang dibuat? Pada pendapat Panglima, HEP MMU harus bertanggungjawab menjalankan siasatan bagi membersihkan nama Universiti Multimedia lantas meredakan keadaan. Ini HEP MMU dilihat seperti sengaja ingin mewujudkan persengketaan jangka panjang antara Gavin dengan mahasiswa yang tidak bersetuju dipimpin oleh seorang pencuri. Rugikah HEP MMU menjalankan siasatan bagi memuaskan hati warga universiti dan bukannya untuk tujuan menghukum mana-mana pihak. Boleh jadi dakwaan terhadap Gavin hanyalah fitnah dan boleh jadi juga dakwaan terhadap Gavin ini memang suatu kebenaran.
Sekiranya Panglima rujuk kepada Surat Bantahan ini, tiada apa yang menjadi masalah dalam kes Gavin ini kerana kes ini sudahpun didalam pengetahuan Pengarah HEP dan pegawai-pegawainya sejak dari pemecatan Gavin lagi pada 3 tahun lepas. Maka logik lah bantahan dibuat oleh sesetengah mahasiswa MMU yang tidak mahu nama baik universiti tercalar. Akal nakal Panglima terdetik seketika, adakah HEP MMU mendiamkan kes ini kerana tidak mahu dipandang rendah oleh mahasiswa MMU kerana kesilapan mereka merestui seorang pencuri bertanding didalam pilihanraya kampus MMU? Bukan susah rasanya untuk HEP MMU meminta maaf dan bukan susah juga rasanya mahasiswa MMU menerima maaf tersebut sekiranya HEP MMU meminta maaf dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
Panglima juga sangat berharap agar Saudara Hafidz Osman selaku Presiden MPP MMU Melaka 2008/2009 yang memecat Gavin dari barisan kepimpinannya boleh tampil memberikan keterangan di blog Panglima ini MENGAPA & KENAPA beliau memecat Gavin pada sesi 2008/2009. Sekurang-kurangnya dengan keterangan yang dibuat maka makin ’clear’ lah kes ini dan diharap ia juga boleh menjadi titik tolak kepada suatu kebenaran. TAMAT.
EMAIL GAVIN JUGA DISIARKAN TANPA TAPISAN DEMI MEMBOLEHKAN BELIAU MEMBELA DIRI ATAS TUDUHAN TERSEBUT.
SEBENARNYA DALAM HAL INI PANGLIMA TIDAK INGIN MEMANJANGKAN ISU INI KERANA ISU LAIN MASIH BANYAK UNTUK DISENTUH.
NAMUN TANPA PENJELASAN YANG KONKRIT DAN DENGAN KIRIMAN EMAIL BERTALU TALU KE KOTAK EMAIL PANGLIMA SUDAH TENTU ISU INI TERPAKSA DISAMBUNG HINGGA SELESAI.
MUNGKIN ISU INI KECIL TETAPI BAGI PANGLIMA IA BESAR DEMI MEMASTIKAN TIADA MASALAH MORAL DI KALANGAN PEMIMPIN MAHASISWA YANG AKAN MENJADI PEMIMPIN NEGARA.
BAIK KITA BERTEKAK SEKARANG DARI MENYESAL DIPERINTAH OLEH MEREKA YANG KORUP DAN TIDAK BERMORAL.
MOGA TUHAN SELAMATKAN MALAYSIA DARI SEGALA BALA BENCANA FIZIKAL DAN MENTALNYA.
AMEN.
Lahir d Malaysia, dah belajar hingga d peringkat Universiti... Presiden MPP .. Kasihan masih ada kelemahan tatabahasa dan ejaan sewaktu
BalasPadammenulis dalam bahasa Malaysia, namun punya peribadi baik memohon maaf atas kelemahan tersebut ... Hanya diri sendiri saja yang tahu samada kenyataan itu ikhlas atau TIDAK ikhlas
"SEBENARNYA DALAM HAL INI PANGLIMA TIDAK INGIN MEMANJANGKAN ISU INI KERANA ISU LAIN MASIH BANYAK UNTUK DISENTUH.
BalasPadamNAMUN TANPA PENJELASAN YANG KONKRIT DAN DENGAN KIRIMAN EMAIL BERTALU TALU KE KOTAK EMAIL PANGLIMA SUDAH TENTU ISU INI TERPAKSA DISAMBUNG HINGGA SELESAI.
MUNGKIN ISU INI KECIL TETAPI BAGI PANGLIMA IA BESAR DEMI MEMASTIKAN TIADA MASALAH MORAL DI KALANGAN PEMIMPIN MAHASISWA YANG AKAN MENJADI PEMIMPIN NEGARA.
BAIK KITA BERTEKAK SEKARANG DARI MENYESAL DIPERINTAH OLEH MEREKA YANG KORUP DAN TIDAK BERMORAL."
Kenyataan panglima disini seperti tarik tali. Konon tidak mahu membesarkan tetapi ada maksud tersirat. Syabas panglima! Anda memang hebat bermain politik.
Terima kasih kerana membawa politik ke MMU.
saudara panglima perang cyber, boleh berikan emel saudara dan hantar kepada anuarsafian75@gmail.com
BalasPadamterima kasih
give the position to someone that deserve for it..
BalasPadamhe definitely deserve the post more than u. MMu culture uses English widely.. Have u guys not seen him on TV?
BalasPadam