ADUN 'tidak dibenar' buat gotong-royong di surau
Alasan yang diberikan oleh pengerusi surau tersebut adalah kerana ahli politik tidak dibenarkan terlibat dengan surau berkenaan dan perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu oleh jawatankuasa surau berkenaan.
Namun, yang menariknya, pada tarikh tersebut juga, pengerusi surau itu menjemput Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyampaikan 'tazkirah'nya di situ.
Hamidah ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut berkata, beliau berasa kesal kerana 'tidak dibenarkan' mengadakan program memasak bubur lambuk di surau tersebut pada hari pertama umat Islam berpuasa.
Katanya, semasa permohonan dibuat, pengerusi surau berkenaan memberikan alasan perlu mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara itu sebelum dapat memberi keputusan.
"Dia (pengerusi surau itu) janji hendak hubungi saya balik tetapi tiada apa-apa selepas dua hari.
"Persoalannya, ia begitu negatif sejak awal lagi. Selepas isu itu masuk dalam blog, barulah program saya diluluskan 8 September ini, itu pun dekat hari raya," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Kata Hamidah, beliau tidak mempunyai masalah dengan pengerusi surau tersebut yang merupakan penyokong Pas dan individu yang menjadi pencadang kepada calon yang bertanding menentang beliau di DUN Sungai Rapat pada Pilihan Raya Umum lalu.
"Saya rasa kesal, mereka selalu tunjukkan imej kita, kalau UMNO semua tidak betul tetapi kalau Pas semuanya betul," katanya.
Menurut beliau, sebelum ini, pihaknya pernah dihalang mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul di surau tersebut dan hanya dibenarkan selepas campur tangan Majlis Agama Islam Perak.
"Itu pun, mereka kunci pagar dan tuduh saya menceroboh surau berkenaan. Walhal, saya berusaha mendapatkan peruntukan RM250,000 untuk ubah suai surau itu sebelum ini," katanya.
Beliau juga mendakwa, di Perak sekarang terdapat dua pemimpin bukan Islam dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memakai baju Melayu dan bersongkok menyertai moreh di surau-surau untuk memenangi hati orang Melayu.
"Sekarang ini, orang bukan Islam pun mempolitikkan agama Islam dan apa yang menyedihkan, puak-puak Pas reda dan merelakannya," tegas beliau.
Firman Allah : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #8)
Kalau orang dap nak advance sikit,cubalah biasakan diri cakap 'insyaAllah,alhamdulillah,astaghfirullahh dll nescaya penganut2 pas akan mengisytiharkan jaminan syurga kepada pendakyah dap tadi dan akan menurut saja kehendak dan perintah dap.
BalasPadamMudah betul dap nak handle pas.