Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Ogos 2010

Gempar - Fasha Sandha dan Maya Karin Bertudung Sempena Ramadhan ?

Gempar dunia Malaysia membaca tajuk Fasha Sandha dan Maya Karin bertudung untuk menyambut Ramadhan. Jika benar mereka bertudung sempena Ramadhan ini maka alhamdulillah kita ucapkan. Kerana mereka telah menutup aurat yang mana menjadi kewajipan bagi melindungi umat dari maksiat samada si perempuan atau lelaki.

Lihat betapa manisnya pelakon seksi Fasha Sandha apabila bertudung di bawah...

38946 1442616179757 1063656925 31181910 6397608 n Gambar Fasha Sandha Bertudung.

39062 1442616779772 1063656925 31181914 5825115 n Gambar Fasha Sandha Bertudung.

Namun menutup aurat sahaja tidak bererti jika akhlak tidak ditutup dengan iman dan takwa. Kerana penilaian Allah bukan sekadar tudung tetapi bagaimana hatinya samada bertakwa atau tidak...

Masyarakat hari ini mengagungkan artis dan artislah yang menjadi ikon mereka. Maka artis bertanggungjawab membawa sahsiah dan perilaku yang baik untuk ditonton kepada rakyat. Lihat juga gambar artis yang menjadi buruan 'jantan' macho Maya Karin yang juga manis dengan tudungnya.

Mereka yang sedar akan tahu bahawa perintah Allah menyuruh menutup aurat adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri agar terhindar dari gangguan. Kerana seorang wanita itu boleh menjadikan lelaki bergaduh sesama sendiri jika ia tidak jujur dan menggoda ke jalan yang dimurkai oleh Allah Taala.


Selain artis, pemimpin juga mampu menjadi petunjuk moral yang baik jika mereka telah berjaya membaiki diri masing masing. Jika tidak, akhlak pengikut akan lebih rosak dari pemimpinnya kerana ibarat kata pepatah 'guru kencing berdiri anak murid kencing berlari'. Pemimpin yang berpura pura baik akan terdedah juga tembelangnya dan pemimpin yang cuba digambar tidak baik, akan dibongkar juga 'keikhlasan dan ketulenan akhlaknya' sedikit demi sedikit.

Begitu juga alim ulama perlu memilik ciri ciri pewaris Nabi yang sejati. Bukan sekadar berjubah dan berserban tetapi hatinya hitam hingga mulutnya mencetuskan perpecahan sesama Islam bukan menyatukan mereka seperti yang dibuat oleh Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Wardina Safiyyah pernah menggemparkan kita baru-baru ini apabila menyelar sikap artis yang tidak membawa moral yang baik dan meminta rakyat tidak menyanjung artis (klik sini) hingga mengejutkan ramai pihak. Namun kata kata beliau sangat benar kerana realiti sekarang ramai artis tidak membawa 'cahaya Allah' dalam hati mereka seharian.

Apabila ada artis yang sanggup lakukan perubahan dari ber'free hair' kepada 'tudung' maka kita perlu ucapkan penghargaan dan sokongan terhadap tindakan mereka. Namun begitu kita tidak boleh mengutuk sesiapa pun yang masih belum bersedia melaksanakannya.

Kerana akhir hayat kita tidak ada sesiapa pun tahu bagaimana kesudahannya. Maka kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita pasti akan mendapat 'husnul khatimah' iaitu kesudahan yang baik dengan sebab sehelai tudung yang dipakai.

Allah akan menilai bukan sahaja perbuatan menutup aurat tetapi Allah juga pasti menilai akidah kita yang menjadi tunjang kepada agama dan iman kita. Jangan terkejut Panglima yakin orang yang tidak bertudung tetapi mempunyai akidah yang betul seperti menolak fahaman mujassimah (mengatakan Allah berjisim iaitu sama dengan makhluk) serta beriktikad dengan akidah yang sesat, lebih besar harapan mereka akan dirahmati Allah berbanding mereka yang sebaliknya.

Sebab itu kita perlu merasai sedikit khuatir kerana kita semua tidak pasti lagi bagaimana nasib kita di alam sana...Maka itu jangan kita menyibukkan diri dengan perkara lain kecuali untuk membaiki diri sendiri dan membaiki tanggungan kita seperti anak atau isteri yang boleh mengheret kita ke neraka jika gagal mendidik dan memberi mereka didikan agama.

Jika baik hati, baikklah keluarga, dan jika keluarga baik akhlaknya maka akan baik dan solehlah masyarakatnya serta negara yang menjadi tempat dia dan mereka itu berlindung.


Didoakan Fasha Sandha dan Maya Karin seperti gambar di atas, akan terbuka pintu hatinya untuk terus menutup aurat, ikhlas kerana mematuhi suruhan dan perintah Allah...

Setinggi tinggi tahniah juga ditujukan kepada para artis yang sanggup bertindak nekad memakai tudung di kepala.

Mari kita lihat himpunan gambar artis-artis yang berhijrah dari tidak bertudung kepada bertudung di bawah :



Wardina Safiyyah,


Siti Nurhaliza,


Ekin Mawi,


Noraniza Idris,



Aishah



dan Nora



Ziela Jalil

Elly Suriati

Nur Khiriah

Gambar-gambar di atas antaranya disalin dari laman Murai.com - http://www.murai.com.my/

1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Aku harap mereka akan mengubah sikap bukan hanya mengubah penampilan.

Aku Yang Bingai
Bila Pemimpin Mula Berubah di Tendang Terajang

Cari Blog Ini

Translate