Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Ogos 2010

Ramadhan di Malaysia Bukan Esok ?


Salam kepada semua.


Kalau tengok tajuk artikel Panglima memang ia sedikit berbeza dan menimbulkan kekeliruan. Sebenarnya ia betul.

Kerana mengikut waktu tulisan ini dihasilkan Maghrib sudah pun menjelma dan sekaligus Ramadhan sudah bermula hari ini bukan esok.

Teknik mencari tajuk menarik perhatian memang sukar tetapi saya ada belajar dengan Blogger Jentayu kaedahnya...

Apa pun Selamat Berpuasa Hari ini mula Subuh esok hari dan jangan lupa niat untuk sebulan malam ini " Sahaja aku berpuasa sebulan bulan Ramadhan fardhu atasku kerana Allah Taala"

Takut ada masa kita lupa niat pada malam hari maka niat tadi boleh menjadi 'back up' kepada amalan fardhu puasa kita.

Kepada sesiapa 'liat' berpuasa jangan lupa mencari hadis tentang akibat tidak berpuasa seperti akan direndam dalam lautan air liur di akhirat nanti...

Moga Allah menerima puasa dan segala ibadat kita.

Mari jadikan Ramadhan bulan perpaduan di saat musuh Islam semakin berani menunjukkan taring mereka di seluruh Malaysia melalui segelintir manusia yang sanggup jadi barua mereka.

Ayuh kita gegar lagi perpecahan agar kembali bertaut kemesraan dan kasih sayang sesama Islam...


Ramadhan Karim kepada pembaca blog Panglima sekelian...




Sedikit info tentang Sejarah dan Hukum Solat Terawih antara 20 dan 8 rakaat di bawah :


Hukum solat Tarawih ialah sunat muakakad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan banyak pahalanya.

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjamaah di masjid atai disurau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa lebih afdal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah.

Rasulullah pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjamaah. Pada malam keduanya baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggap solat Tarawih itu sebagai wajib. Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadah solat itu sebagai wajib, bukan tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok kelompok di sana-sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan soalt sunat Tarawih itu dalam satu jamaah sahaja yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Saidina Umar ra. itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman khalifah Umar ra., keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam serta suasana masyarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut) bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Hadis)


info dari : http://www.darulnuman.com/soal/





BERITA PUASA MULA ESOK LIHAT DI BAWAH



Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

10/08/2010 9:02pm

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 11 Ogos 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.

Pada 3 Ogos lepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan hari ini untuk melihat anak bulan serta menetapkan beberapa tempat untuk tujuan tersebut termasuk di Menara Kuala Lumpur.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Berikutan dengan pengumunan itu, seluruh masjid di negara ini mula mengadakan sembahyang terawih yang merupakan solat sunat yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadan. - Bernama


sumber http://www.utusan.com.my/



3 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Selamat Berpuasa PPC,
Doa berbuka tak da ke? hehehe... ramai yang tau niat berpuasa tapi doa berbuka ramai yang lupa sebab bila tiba time buka sema dah tak sabar dah.

kih kih kih

YB - Yang Bingai @ Bangang
Sultan Johor Murka Kerana Poster Bingai di Tendang Terajang

cikgulee berkata...

Tuan
mohon untuk masuk tepat ke bloglist tuan
www.cikguleepk.blogspot.com
terima kasih

hilbert berkata...

Salam Ramadhan Panglima,

Selamat menunaikan ibadah puasa dan moga2 kita semua berjaya menempuh segala dugaan yang sukar sepanjang bulan yang mulia dan penuh berkat ini...

Cari Blog Ini

Translate