Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Ogos 2010

Permohonan Maaf Presiden Mahasiswa MMU !!!




Di bawah ini salinan email Panglima kepada Mr Gavin selaku Presiden Mahasiswa MMU dan juga email beliau kepada Panglima.

Selamat Pagi.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih atas kiriman email Mr Presiden Mahasiswa MMU kepada Panglima. Ia sangat dihargai.

Meskipun agak terlewat dan memakan masa beberapa hari, namun kesudian saudara menghantar email dan sms kepada Panglima dialu-alukan walaupun tidak membawa mesej penjelasan yang saya harapkan.

Saya juga tidak mahu menimbulkan polemik dan mencemar mana mana individu dengan menyentuh isu ini tetapi sekadar mahu penjelasan dari pihak terlibat agar perkara ini akan selesai dengan baik dan harmoni..

Sebagai blogger kita terpaksa membongkar kisah 'bawah karpet' yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak. Bukan untuk membuka aib tetapi demi melihat kebenaran dan menutup kebatilan.

Panglima tidak ada agenda lain dalam hal ini dan DEMI TUHAN tidak mendapat apa apa imbuhan atau tawaran. Inisiatif ini demi untuk melihat Malaysia akan diterajui pemimpin yang bermoral dan tinggi akhlaknya. Samada mereka berugama Islam atau lain lain agama.

Hari ini sudah ada cubaan untuk mengangkat pemimpin tidak bermoral menjadi pemimpin tertinggi negara kita. Pemimpin juga banyak yang terbukti menipu samada mereka itu Melayu, Cina atau India atau lain lain bangsa... Hal ini tidak wajar dibenarkan berleluasa dan maka itu Panglima sebagai Blogger Pembela Negara (BPN) mahu perkara ini dihentikan bersama sama dengan sokongan anda semua.

Panglima yakin tidak ada orang tidak percaya Tuhan. Sebab itu Rukun Negara yang pertama yang diterapkan kepada kita semua sejak kecil ialah Kepercayaan kepada Tuhan.

Ini kerana setiap agama mempunyai nilai yang positif dan sudah semestinya mereka yang beragama perlu berpegang dengan nilai positif yang ada dalam ajaran agama mereka dalam melengkapkan diri sebagai seorang pemimpin.

Apabila ajaran murni ini dipraktikkan maka tentulah aspirasi kepimpinan negara kita agar semua rakyat dapat bersatu padu akan tercapai. Jika tidak tentu pergaduhan antara agama dan kaum akan tercetus dan semua orang akan rugi dalam hal ini.

Bayangkan jika ada pemimpin yang bakal lahir dari generasi anda yang korup dan tidak bermoral tentu mereka akan menggadaikan apa sahaja demi nafsu mereka. Mereka akan jual kepentingan negara kepada pihak asing, mereka akan menghalalkan perbuatan songsang demi kehendak kuasa asing, mereka akan membiarkan huru hara demi keuntungan pihak asing khasnya Barat.

Semua untuk hegemoni kuasa Barat yang rakus atas dasar kapitalis untuk menghirup segala peluang untuk menambah kekayaan mereka.

Mereka yang tidak bermoral itu pasti akan menyokong tindakan menghasut, menghina orang lain, mencabar kaum lain, menggalakan penentangan terhadap pemimpin negara, menganjurkan ceramah haram, mengajak demonstrasi haram dan sebagainya.

Saya terpanggil menulis isu ini kerana mendapat email dari pihak tertentu dan saya juga telah memohon penjelasannya dari anda dan MMU jika ia tidak benar. Jika dibiarkan tanpa penjelasan, seolah olah pihak yang terlibat dan tertuduh dalam hal ini telah mengiakan segala cerita yang ditulis oleh pengirim email tersebut.

Semoga kebaikan akan mengiringi hidup kita sebagai rakyat Malaysia dan marilah kita menyokong hanya pemimpin bebas skandal dan juga bermoral akan menjadi pemimpin kita untuk hari ini,esok dan seterusnya. Sebagai orang percayakan agama kita mesti membantu antara satu sama lain membina perpaduan dan memerangi permusuhan kalangan rakyat di bumi bertuah ini...

Maaf atas kelewatan membalas email anda.

Terima kasih sekali lagi atas kiriman email anda dan selamat berjuang menegak keadilan.....




From: Gavin Fernando
To: panglimaperangcyber@yahoo.com
Sent: Tue, August 24, 2010 1:42:57 AM
Subject: MMU

Greetings,

Terima kasih ke atas tindakan tangkas En. Panglima dalam mengemas kini blog tersebut.

Dengan ini saya ingin memberi tahu sekali lagi bahawa comment yang saya hantar terlebih dahulu bukannya sebarang ugutan mahupun cabaran. Sekiranya En. Paglima mengambil comment tersebut sebagai cabaran atau ugutan, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf. Sekiranya saya menyingung perasaan sebarang pihak, saya sudi memohon maaf. Tetapi tidak sama sekali saya akan meletakkan jawatan saya sebagai Pengerusi MPP MMU. Ini kerana saya tidak melihat sebarang logik untuk saya meletakkan jawatan saya kerana isu yang dibangkitkan ini adalah khabar angin.

Sekiranya saya meletakkan jawatan saya, seolah-olah saya bersalah dan tunduk kepada isu ini. Sekarang inilah kebenarannya dan saya berharap agar En. Panglima boleh membuat pertimbangan yang positif terhadap isu negatif ini.

Sekian.

Warmest Regards.

============END MESSAGE===============

"Integration through Objectivity, Implementation with Sincerity"

Gavin Clement Fernando
President
Students' Representative Council 2010/2011
Multimedia University

H/P: +6016 6588220
SRC Melaka Office: +6 06-2523464
SRC Cyberjaya Office: +6 03-83125059
Official Email: president.srcmmu@gmail.com

2 ulasan:

Buaya-Merah berkata...

salam panglima...

akhirnya kebenaran terbongkar juga...mengaku juga kesalahan bkn tanda kekalah tetapi tanda boleh menerima kritikan secara terbuka...

terima kaish panglima keran pembongkaran ini...

http://www.buaya-merah.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kebenaran apa ni? ini bukan kebenaran sebaliknya ketakutan selepas mengugut utk saman Panglima.

Cari Blog Ini

Translate