GEORGE TOWN, 5 Ogos (Bernama) -- Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) menyeru semua pemimpin politik khususnya pemimpin Islam agar merujuk kepada Mufti, Majlis Fatwa atau musyawarah di kalangan ulama bagi hal-hal berkaitan agama Islam.
Setiausaha PUMPP, Mohd Nizam Mahshar dalam kenyataan yang dikeluarkan Khamis, menyelar kenyataan bersama oleh MCA dan DAP yang menuntut kalimah Allah dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam untuk tujuan agama mereka.
"PUMPP ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa setakat ini Majlis Fatwa dari 10 buah negeri telah memutuskan dengan hujah dan ilmiah, dan jelas bahawa kalimah Allah serta 20 hingga 40 kalimah Islam lain hanya boleh digunakan oleh Islam bagi tujuan keagamaan," katanya.
Katanya konvensyen itu telah diadakan pada 11 Julai lalu.
Sehubungan itu, PUMPP menyeru semua pihak terutama pemimpin politik supaya menghormati keputusan majlis fatwa kerana perbahasan di media akan hanya menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat serta merendahkan kreadibiliti fatwa yang sepatutnya dihormati oleh umat Islam.
"Perbezaan pandangan haruslah disalurkan secara hormat tanpa menimbulkan perpecahan dan bukan untuk tujuan populariti peribadi dan sokongan politik," katanya.
-- BERNAMA
ULASAN PANGLIMA :
ALHAMDULILLAH WALAUPUN HANYA DUA TOKOH PAS MEMPERTAHAN KALIMAH ALLAH DARI 18 AJK PAS PUSAT YANG ADA ATAU DARI BERJUTA JUTA AHLI PAS SELURUH NEGARA.
IA MEMBUKTIKAN KEPUTUSAN KERAJAAN MALAYSIA MELARANG KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH KRISTIAN ATAU AGAMA LAIN, TELAH DIAKUI OLEH ULAMA YANG TULEN DALAM PAS YANG TIDAK GENTAR DENGAN NIK AZIZ ATAU HADI AWANG. JIKA TIDAK TENTU MEREKA TIDAK AKAN MENGELUARKAN PANDANGAN SELARI DENGAN KEPUTUSAN KERAJAAN.
DALAM HAL INI PKR DAN ERDOGAN DALAM PAS GAGAL MELIHAT KEPUTUSAN PERSATUAN ULAMA MALAYSIA DAN JUGA PENDIRIAN ULAMA TULEN PAS SEBAGAI SANDARAN KEPADA PENDIRIAN MEREKA EKORAN TELAH TERKIBLATKAN ANWAR IBRAHIM YANG GIGIH MEMBAWA TOKOH ULAMA KESAYANGAN AMERIKA MENJADI RUJUKAN UTAMA MEREKA.
KESAN KALIMAH ALLAH SANGAT BESAR KERANA IA AKAN MEMBUKA RUANG KEPADA MUSUH ISLAM YANG SANGAT DAMBAKAN MENUKAR AGAMA RAKYAT MALAYSIA KEPADA AGAMA MEREKA SEJAK SEKIAN LAMA.
MOGA ULAMA YANG TULEN DAN MASIH HIDU HATI DAN PERASAANNYA AKAN DAPAT MENERAJUI USAHA MERAPATKAN PAS DAN UMNO SELEPAS MEMBUANG MASA PULUHAN TAHUN BERGADUH SESAMA SENDIRI KERANA SOAL MEREBUT KUASA DAN JAWATAN.
SAMA SAMA KITA DOAKAN DAN BERSEMBAHYANG HAJAT BERAMAI RAMAI....
3 ulasan:
Apalah Nik Aziz nak spin lepas ni...
Alhamdulillah!
Cuma yang peliknya Si Khalid Samad tu ulamak mana ek?
Yang aku tau cuma satu. Allah adalah tuhan semua kejadian tetapi BUKAN Tuhan semua agama.
Kepada yang masih belum mendengar ceramah Ustaz Kazim yang memberikan perbandingan paling mudah boleh dapatkan di sini:
http://tendangterajang.blogspot.com/p/video-ustaz-kazim.html
Tendang Terajang
Salam tuan, umat Islam semua akan memeprtahankannya kecuali PAS khasnya Nik Aziz dan Khalid Samat...
Jika umat Islam bersatu dalam hal ini dah lama isu ini selesai.. tetapi bila ada yang jadi barua dan boneka DAP... cakap demi kawa-kawan syaitan mereka.. maka isu ini akan berterusan..
Apapun syabas kepada pemimpin PAs yang berani pertahankan kalimah Allah.. tapi peimimpin PAS yang lain mana dia? tak de telur ke..
Catat Ulasan