Pages

02 Ogos 2010

Persediaan Menyambut Ramadhan - Video Selawat Maulaya Solli Wasallim Istimewa Untuk Anda




Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan. Maka untuk itu perjuangan sedia ada perlu ditingkat apatah lagi di bulan mulia bernama Ramadhan ini.

Peperangan dalam Islam berlaku ketika Ramadhan, menunjukkan bahawa semangat umat Islam diuji ketika mereka sedang berpuasa. Sangka musuh, kita lemah dan mudah kecundang ketika menahan diri dari makan minum.

Namun prasangka mereka sangat silap jauh tersasar. Rupanya keimanan telah menjana kekuatan yang tidak sama dihasilkan oleh makanan atau minuman. Hingga kekalahan demi kekalahan dialami musuh Islam!

Di sini menunjukkan bagaimana kekuatan rohani itulah yang akan menggugat musuh Islam dan mereka sedar kekuatan iman orang Islam akan mengalahkan mereka tidak kira di alam maya atau alam nyata.

Insya Allah selepas ini Panglima akan siar satu video setiap hari, tujuannya untuk menjana iman dan taqwa kita dalam mengajak hati hati kita semua agar bersiap sedia menghadapi detik sangat besar bernama Bulan Ramadhan ini.

Tarbiyah Ramadhan perlu dijadikan pemangkin kepada kelangsungan iman dan taqwa kita untuk 11 bulan akan datag. Makna kata, bulan inilah yang akan membaiki dan menyegarkan kembali hati kita yang hampir kering dan gersang dari siraman iman dan taqwa ini. Dengan harapan ibadat kita akan berterusan di bulan selepas Ramadhan.

Panglima juga berazam membanyakkan artikel di sini, paling kurang 2 artikel satu hari. Memandangkan detik perang besar kita PRU13 pun sudah semakin dekat. Sekarang Panglima juga agak sibuk memberikan penerangan dengan rakyat di merata tempat dan keterbatasann itu membuatkan masa mengadap laptop tidak lagi seperti dulu.

Doakan yang terbaik dan semoga kita tidak lagi mendabik dada mengatakan kita yang paling sempurna bahkan marilah kita merendah diri dengan merasakan kitalah manusia paling hina di sisi Allah...

Moga tiap hari kita 'berpuasa' dari melakukan perkara yang dibenci oleh Allah seperti berpecah belah atau memecah belahkan umat. Juga dari memusuhi saudara seagama Islam atau berkawan dengan kafir harbi yang anti islam. Di samping 'menahan diri' dari menjatuhkan maruah saudara seagama dengan fitnah yang tidak berasas atau mengatakan orang lain tidak Islam dan kita sahaja yang benar Islam.

Lebih penting, berpuasa (menahan diri) dari melakukan perkara yang boleh merosakkan keamanan atau mencemar maruah negara atau agama kita di dalam atau luar negara...

Wallahu A'lam !



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Panglima, saya cadangkan agar background blog tuan ditukar kepada warna yang lebih mudah, agak pening untuk saya melihatnya kerana tulisan biru dan gambar pun biru

    BalasPadam
  2. Wah, berwajah baru. Terasa sedang terbang di angkasa raya.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.