Pages

12 Ogos 2010

Update : Siapa lelaki beri bunga dan cium Anwar Ibrahim di Mahkamah pada hari jadinya?

Selamat berpuasa !


Hari ini kita berpuasa untuk hari kedua. Moga puasa semalam telah selamat diangkat oleh Malaikat ke hadrat Allah Taala yang tidak ada tempat atau arah atau kerusi.

Semalam berbagai peristiwa telah berlaku antaranya kisah di Johor yang menyebabkan Sultan Ibrahim sekali lagi murka buat kali kedua selepas isu kain rentang pembangkang meletakkan gambar baginda. Semalam isu pemalsuan anugerah baginda telah terbongkar dan Panglima syak ini ada kaitan dengan isu Chua Jui Meng yang telah ditarik darjah kebesarannya. Lagi teruk isu ini apabila ia didakwa dilakukan oleh BN khasnya Umno seperti tulisan blog ini http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/08/bekas-mb-johor-didakwa-dalang-pasang.html

Pihak di Johor perlu memeriksa kaitan antara dua kes ini dan apakah mereka menjadikan Sultan Johor sebagai sasaran balas dendam mereka selepas gagal membuat rayuan isu darjah kehormat yang diberi, telah ditarik balik oleh DYMM Sultan.

Mereka perlu sedar darjah kebesaran Sultan Johor antara yang sukar diperolehi kerana syaratnya terlalu ketat. Maka sesiapa yang memperolehinya memang bertuah dan barangkali sebab itulah ada pihak sangat marah apabila mereka telah ditarik pingat tersebut dan cuba membuat sesuatu untuk membalas dendam.

Namun untuk mengemukakan bukti tidak ada sama sekali... Cuma andaian yang tidak layak untuk dijadikan sandaran kecuali sebagai 'kunci' untuk ke peringkat seterusnya. Kita perlu menunggu siasatan lanjut dibuat oleh pihak polis dan bersabar.

Oh ye, jika anda mahu melihat gambar lelaki yang menghadiahkan 11 kuntum bunga ros dan mencium pipi Anwar boleh pergi ke blog baru bernama Anwar Pembohong yang baru muncul ini http://anwarpembohong.blogspot.com/2010/08/bunga-ros-unggu-di-hadiahkan-buat.html



Linkkan blog rakan kita ini untuk membantu beliau dikenali dengan cepat oleh pejuang siber yang lain...

Terima kasih atas masa tuan puan di blog Panglima.


Selamat berpuasa zahir batin !!!

1 ulasan:

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.