Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Ogos 2010

Terima kasih Yb Hamidah Exco Perak Sudi Singgah di Blog Panglima !

Semalam ada satu komen atas nama Kak Midah Sg Rapat ada dalam kotak komen Panglima. Pertama kali rasanya komen VIP singgah di blog ini sejak dua tahun usia blog membela Alif Ba Ta!

Perasaan sangat gembira melihat kesudiaan pemimpin meluangkan masa menulis sedikit ucapan selamat dan ia ternyata satu motivasi yang sangat bagus jika diteruskan lagi di blog-blog rakan siber kita.

Ramai antara pemimpin VIP kita mempunyai blog walaupun tidak aktif atau tidak dibaca ramai orang kerana tidak ada liputan di dada akhbar. Namun untuk melihat komen mereka di blog rangkaian blogger membela Alif Ba Ta sangat sukar sekali. Bahkan setakat ini saya tidak pernah bertemu sepatah perkataan pun ! Termasuklah dari pihak VIP pembangkang.

Bagi Panglima tidak salah melantik pegawai khas menguruskan blog atas nama VIP kita dan membuat hubungan baik sekali sekala dengan blogger. Lagi hebat jika pegawai pemimpin kita dapat menjelaskan lagi isu isu yang berlegar di sekeliling minda rakyat. Selain membuka FB untuk VIP kita.

Biasanya VIP kita dapat banyak pendedahan dan maklumat dan di tangan mereka tersimpan seribu jawapan. Tulisan di blog boleh membantu blogger lain mencari kupasan idea menjawab isu yang diutarakan atau mengetahui apakah serangan terbaru Pakatan Pembangkang kepada Kerajaan.

Harap pemimpin kita makin aktif menulis dan menyebarkan sebarang info kepada rakyat melalui blog atau FB mereka. Contoh yang boleh kita sebut seperti Datuk Nong Chik,Datuk Noh Omar dan Tan Sri Isa Samad di FB masing masing. Sudah tentu dalam hal ini yang paling hebat ialah Perdana Menteri kita YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat aktif menghubungi rakyat melalui blog, twitter serta FB beliau. Banyak kali kenyataan blog YAB PM disiarkan di dalam akhbar media massa. Harap pemimpin lain pun boleh diambil tulisan mereka melalui blog.

Berbalik kepada komen Yb Hamidah Exco Perak di blog Panglima ia disiarkan di link ini http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/

Panglima secara peribadi sebelum ini pernah makan semeja dengan Yb Hamidah di PWTC bersama blogger PapaGomo. Ketika program tahun lepas. Namun Kak Midah tidak dimaklumkan tentang blog Panglima kerana merasakan blog ini masih lagi 'tak layak' untuk dipromosikan lantaran banyak kekurangannya. Jadi didiamkan saja.


Tulis Kak Midah di ruang komen Panglima :

kakmidahsgrapat@gmail.com said...

Salam Saudara Panglima Perang Cyber,

Salam Ramadan Al-Mubarak dari Kak Midah Sekeluarga.

Terima kasih menulis dan memberi teguran kepada pemimpin dan masyarakat. Teruskan mendidik dan menyedarkan masyarakat umum.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

mohon maaf lewat memberikan ucapan ini

Hamidah Osman




Secara peribadi bagi saya, ucapan sebegini sangat kecil dan ringkas sahaja, namun sebenarnya ia sangat besar ertinya kepada para blogger. Mereka akan melihat bagaimana kehadiran mereka di alam siber dihargai. Kunjungan sebegini seperti menerima kehadiran VIP menziarahi rumah kita tanpa kita sangka...Mungkin sekali sekala VIP kita patut menjenguk blog para pejuang siber dan meninggalkan komen menggunakan identiti mereka yang sebenar.

Ia juga boleh menunjukkan kepada rakyat bagaimana pemimpin kita mendahului pemimpin pembangkang. Dalam menggunakan blog dan internet sebagai wadah pertemuan dengan rakyat. Kerana seingat saya tidak ada VIP pembangkang yang meluangkan masa menulis komen mengucapkan selamat berpuasa seperti Kak Midah ! Inilah kali pertama dan moga-moga tidak menjadi yang terakhir !

Harapan kita ialah benda baik sebegini akan terus berjalan dalam misi memberi pandangan dan memuji siapa sahaja yang bagus pada pandangan kita tanpa meninggalkan teguran yang berhemah jika ada sebarang pendapat atau pandangan yang dirasakan tidak baik kepada alif ba ta dalam ucapan atau perbuatan VIP kita.

Jangan sesekali kita sanggup menukar maruah sebagai blogger atas nama 'wang' dan 'imbuhan' sehingga sanggup menjadi alat untuk menjatuhkan orang lain dan menfitnahnya. Jika ada masalah kewangan kita boleh berusaha mendapatkan bantuan rakan siber yang boleh membawa masalah kita kepada VIP yang berkemampuan untuk menolong dalam kadar yang diperlukan.

Perbuatan membodek pemimpin untuk mendapatkan duit sangat negatif kerana ia boleh melahirkan pejuang siber yang sanggup tulis apa sahaja mengikut kadar wang yang disalurkan. Mereka ini akan 'jatuh' juga akhirnya walaupun pandai 'bersilat' dan 'memutar belit' fakta kerana blogger mempunyai risikan yang hebat termasuklah untuk mengetahui info sesama mereka.

Terima kasih YB Hamidah Osman Exco Kerajaan Negeri Perak atas kunjungan di blog Panglima dan moga YB YB lain akan turut bergiat lebih aktif lagi menghubungi rakyat di alam siber khasnya golongan muda yang obses dengan internet.

Itu sahaja dulu pagi ini, selamat berpuasa !




Pesanan : Blog Yb Hamidah Osman boleh dilayari di sini http://hamidahosman.blogspot.com/ dengan tajuk terbaru 'jangan dibuang bayi itu' berkisar tentang kes pembuangan bayi yang makin menjadi-jadi di negara kita.

Mohon rakan-rakan dapat linkkan blog pemimpin kita Yb Hamidah di blog anda...Terima kasih.

3 ulasan:

amieiezam berkata...

panglima,

di perak DAP melalui ngeh dan nga telah memulakan satu kempen "WALAU APAPUN TERJADI YB HAMIDAH OSMAN PERLU DI TUMBANGKAN PADA PRU13" satu-satunya kerusi melayu dalam paslimen GOPENG yg sgt di idam2kan

Unknown berkata...

Aslmkum Panglima,

Lekir kembali

Azizan-Melayurayadaily berkata...

Panglima,

Betul apa kata Panglima, pemimpin kita harus kebawah bukan sahaja konsep turun padang cara tradisional tetapi turun padang alaf baru - melawat sekali sekala kelaman blog pro pemerintah serta meninggal sedikit salam dan pesan. Ia sangat rasa berharga. Tq

Cari Blog Ini

Translate