5 September, Kelab Belia Graduan 1Malaysia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Serdang berhubung penyebaran risalah "Perlembagaanku" yang diedarkan di sekitar Lembah Klang dan beberapa institusi pendidikan di Kedah. 15 Ogos 2010, Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) mendedahkan wujud perlembagaan baru untuk menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Apakah ini perlembagaan baru yang dimaksudkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria?.
Kenyataan Harussani mungkin ada kaitan dengan program di atas. Pada 18 Julai 2010, bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim, Kolej Universiti Islam Insaniah (KUIN), Kedah, telah dianjurkan program Perasmian Pelancaran Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah. Hadir sama adalah Zaid Ibrahim sebagai panelis forum (baca sini). Nampaknya kerajaan negeri Kedah dan pemimpin PKR terlibat sama dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru ini.

Paul Linus Andrews (Head of Department of Law, Sunway College University), bersama Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar adalah antara mereka awal terlibat dalam kempen kesedaran "Perlembagaanku", yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara. Kempen ini telah dilancarkan sejak 13 November 2009 lagi. Rentetan daripada itu timbul pula buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" oleh Kim Quek yang mengandungi 361 muka surat. Buku ini didakwa memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan yang sedia ada.
Kempen Perlembagaanku juga ini telah dibuat dalam Facebook yang mengumpul 7,508 orang dan dalam Youtube, ditonton oleh 17, 102 orang. Perlembagaanku bertindak sebagai Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan yang ditubuhkan di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia. Dianggotai oleh para peguam, pelajar, ahli media, ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Antara yang terlibat memberikan sokongan kepada Perlembagaanku adalah DAP (cawangan Pahang), Malik Imtiaz dan Zaid Ibrahim.
Sesudah tuntutan Interfaith Commission (IFC) dan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008 , Bar Council berterusan untuk mempertikai perlembagaan dengan kempen "Perlembagaanku". Dalang-dalang yang terlibat dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru dan meminta agar semua persetujuan sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan dibatal perlu disiasat dan dikenakan tindakan. Kempen mereka ini boleh meracun pemikiran rakyat untuk meruntuhkan segala-gala yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

SUMBER : http://anginperubahan.blogspot.com/
lihat video di bawah ini adakah ini Perlembagaan Komunis Pakatan Haprak ?
video asal :
Assalammualaikum W.B.T
BalasPadamKepada semua pembaca blog Empayar Malaya, blog tersebut telah menjadi mangsa pengkhianat cyber dan disyaki pendokong Pakatan Rakyat dan juga seantero dengan blog Perisik Rakyat.
Walaubagaimanapun, Taming Sari tetap berusaha menulis semula dan membawa wajah baru dalam penulisan Taming Sari demi mendedahkan kepincangan di dalam Pakatan Rakyat dan membawa revolusi perdana bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan di dalam mempertahankan yang hak dan menghapuskan yang batil.
Sama-samalah tambahkan blog ini diruangan blog sahabat sekalian dan berikan sokongan padu kepada Taming Sari.
Wallahhualam.
-Taming Sari-
our country will never progress thanks to people like you!
BalasPadamAyat pertama yang Allah SWT turunkan adalah Iqra'. Bacalah.
BalasPadamMaka bacalah sendiri.
Booklet ringkasan perlembagaan yang dikeluarkan oleh Bar Council boleh download di sini http://www.malaysianbar.org.my/
Teks penuh Perlembagaan Persekutuan boleh baca di sini http://cpps.org.my/resource_centre/Perlembagaan_Persekutuan.pdf
Mintak kita semua jangan jadi bendul dan percaya bulat-bulat apa yang ditulis di dalam blog ini.
enough PR.. you will lose what you have today in the next election..
BalasPadam