Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terkejut apabila ada cabang yang mencalonkannya bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan PKR November ini.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat agung cabang PKR Keningau, Sabah minggu lalu, yang mencalonkan Nurul Izzah.
Cabang yang sama turut mencalonkan ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan presiden.
"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekretariat (pemilihan PKR)," kata Nurul Izzah dihubungi Malaysiakini hari ini.
Anak sulung ketua umum PKR itu berkata, beliau menghargai hasrat cabang tersebut yang mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.
Bagaimanapun, Nurul Izzah menegaskan bahawa beliau hanya akan bertanding jawatan naib presiden.,
Sehingga ini, beliau berada dalam kelompok sepuluh calon yang mendapat pencalonan tertinggi sehingga ini.
Nurul Izzah mendapat 12 pencalonan - terbaru dari cabang Pensiangan yang bermesyuarat hari ini.
SUMBER MALAYSIAKINI
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Itu pencalonan sindiran atau protest. Tak faham ke?
Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaĆr nukilan Al-Imam.
Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)
09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis
12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu
14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang
Zon Sentral
15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor
Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)
18 Oktober 2010
Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka
20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan
Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)
22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak
23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor
Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.
Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.
Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.
Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net
Catat Ulasan