Pages

26 September 2010

Panass : Izzah dicalon untuk lawan Azmin dan Zaid dicalon Presiden!!!

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terkejut apabila ada cabang yang mencalonkannya bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan PKR November ini.

nurul izzah interview 090910Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat agung cabang PKR Keningau, Sabah minggu lalu, yang mencalonkan Nurul Izzah. 

Cabang yang sama turut mencalonkan ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan presiden.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekretariat (pemilihan PKR)," kata Nurul Izzah dihubungi Malaysiakini hari ini.

Anak sulung ketua umum PKR itu berkata, beliau menghargai hasrat cabang tersebut yang mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menegaskan bahawa beliau hanya akan bertanding jawatan naib presiden.,

Sehingga ini, beliau berada dalam kelompok sepuluh calon yang mendapat pencalonan tertinggi sehingga ini.

Nurul Izzah mendapat 12 pencalonan - terbaru dari cabang Pensiangan yang bermesyuarat hari ini.





SUMBER MALAYSIAKINI

2 ulasan:

  1. Itu pencalonan sindiran atau protest. Tak faham ke?

    BalasPadam
  2. Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaĆ­r nukilan Al-Imam.


    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis


    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang


    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor


    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan


    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor





    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.




    Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.