YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Pages
▼
12 September 2010
Perkasa Umno atau Umno hilang Perkasa ?
TERLEBIH DAHULU PANGLIMA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA SAHABAT BLOGGER SAMADA DARI BPN ATAU TIDAK.JUTAAN KEMAAFAN DIPOHON JIKA ADA TULISAN DI BLOG INI MENYAKITKAN HATI DAN PERASAAN ANDA.BERAYA DI KAMPUNG BERSAMA IBUBAPA DAN SANAK SAUDARA MENGGEMBIRAKAN HATI MESKIPUN ISU ISU POLITIK YANG TERSEBUT DALAM DIALOG RAYA AGAK MENGECEWAKAN HATI KITA. BERADA DI KALANGAN ORANG BAWAHAN DALAM NEGARA KITA SEPERTI DI KAMPUNG YANG TIDAK PERNAH KENAL PUTRAJAYA MEMBERIKAN GAMBARAN BAGAIMANA PERSEPSI MEREKA TERHADAP KERAJAAN KITA. YANG JELAS MEREKA MASIH LAGI DIHANTUI 'HANTU' BERJUBAH BERSERBAN YANG TIDAK SEGAN SILU MEMBAWA SYURGA DAN NERAKA DALAM CERAMAH MEREKA. LANTAS TERINGAT DAJAL JUGA SIFATNYA SAMA DIMANA ORANG YANG MENGIKUT DAKYAHNYA AKAN DIBERI KEMAKMURAN DAN DIPELIHARA MANAKALA SESIAPA YANG ENGKAR DAN MENOLAK AKAN DIAZAB DENGAN API NERAKA DUNIA HINGGA HANCUR SESUATU NEGARA ITU. DALAM KONTEKS INI DAJAL VERSI MALAYSIA TELAH MEMUSNAHKAN MARUAH SAUDARA BAHKAN AGAMA MEREKA SENDIRI SEHINGGA SAUDARA SEAGAMA DIKAFIR DAN DIKOMUNISKAN MANAKALAN KAWAN ANTI ISLAM DIPELUK DAN DI'ULAMA'KAN! AJARAN SIAPAKAH INI KALAU BUKAN AJARAN DAJAL SEBELUM DAJAL YANG DISEBUT DALAM HADIS NABI SAW YANG LEBIH DITAKUTI DARI DAJAL YANG SEBENAR. KERANA DAJAL BERJUBAH BERSEBAN INI PANDAI MEMUTAR BELITKAN KATA KATA MENGGUNAKANA AGAMA SERTA MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI GADAIAN MEREKA DEMI MERAIH KUASA WALAUPUN MENGAKIBATKAN NEGARA AKAN JATUH KE TANGAN PUAK PRO BARAT YANG ANTI SERTA HARBI SIFATNYA TERHADAP ISLAM! MENYENTUH ISU PERKASA DALAM HAL INI PENDEKATAN SEDERHANA PERLU DIAMBIL.PERTAMA UMNO DAN PERKASA ADALAH DUA ENTITI BERBEZA DAN TIDAK BERKAIT SAMA LAIN. PENGLIBATAN AHLI UMNO DALAM PERKASA BUKAN BERMAKSUD PERKASA ALAT KEPADA UMNO. MESKIPUN TUN MAHATHIR JUGA BERSAMA PERKASA TIDAK BERMAKNA PERKASA ITU ADALAH UMNO. NAMUN DARI ASPEK KESATUAN PERJUANGAN MAKA PERKASA DILIHAT SAMA ARAHNYA DENGAN UMNO.YAKNI DALAM KONTEKS MEMPERTAHANKAN HAK HAK ORANG MELAYU DALAM UNDANG-UNDANG TANPA MENGURANGI SEDIKITPUN SOKONGAN TERHADAP HAK KAUM LAIN YANG JUGA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. NAMUN TANPA PERKASA SUDAH TENTU ANCAMAN TERHADAP HAK KITA AKAN TERHAKIS. DALAM BAB INI UMNO PERLU BERTERIMA KASIH KEPADA PERKASA BUKAN MENIDAKKAN PERANANNYA. TINDAKAN MELABELKAN PERKASA SEBAGAI RASIS SANGAT BAHAYA KERANA IA BOLEH MEROSAKKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA UMNO DAN PERKASA DAN MENGUNDANG GEMBIRA PIHAK YANG GERUN DENGAN KESUNGGUHAN PERKASA MEMELIHARA HAK KITA. PANGLIMA KHUATIR TINDAKAN MENGKRITIK PERKASA AKAN MERUGIKAN UMNO DAN MENGUNTUNGKAN PEMBANGKANG. ADAKAH SUDAH ADA MOU BAHAWA CINA INDIA AKAN SOKONG BN JIKA PERKASA DI'JINAKK'KAN ??? KEDUA PERKASA JUGA PATUT MENGULANGI KOMITMENNYA TIDAK SESEKALI AKAN MENDESAK HAK KAUM LAIN DIGUGURKAN. PERKASA PATUT 'MENTENTERAMKAN' RAKAN RAKAN BANGSA CINA DAN INDIA YANG MUNGKIN MERASA TIDAK SENANG DENGAN TINDAKAN PERKASA. WAJAR DIULANG BAHAWA MUSUH PERKASA IALAH SEGELINTIR CINA INDIA YANG BERANI MEMPERSOALKAN PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL NEGARA KITA. BUKAN SEMUA CINA DAN INDIA ! KETIGA : PANGLIMA BUKA KEPADA KOMEN ANDA YANG MUNGKIN ADA PENDAPAT LEBIH BAIK DARI PANGLIMA.SALAM HARI RAYA DAN MAAF CATATAN INI DIBUAT MENGGUNAKAN SMARTPHONE BUKAN NETBOOK.
Tidak faham kenapa pemimpin UMNO membiarkan segelintir ahli/org besar UMNO merosakkan UMNO serta membuatkan orang Melayu semakin jauh hati kepada UMNO. UMNO tidak lagi relevan?
BalasPadamSalam bro dan slmt hari raya...
BalasPadamUlasan yg baik...Bangsa lain khasnya Cina sdh lama tdk senang hati sejak awal penubuhkasa lagi. Setelah melayu yg berkepetingan yg mempertikaikan kewujudan Perkasa maka apa nak di tunggu lagi Cina dalam BN terus mendesak Umno dalam komponen BN supaya menolak perkasa.Kewujudan Perkasa amat baik dan tepat bagi Pakmie memandangkan islam dan melayu masakini terus diperkotakkatikkan oleh pemimpin pembangkang yang bertindak rakus terhadap agama dan bangsanya sdri dalam PR demi merealisasikan cita2nya mahu menjatuhkan Umno. Jika Umno menjauhi Perkasa Umno tetap rugi wpn pas dan melayu dalam PKR menolak kewujudan Perkasa. Jgn mengharapkan bangsa lain binalah kekuatan kita sdri, PRU12 sdh jelas bangsa lain tdk menolong melayu. Kalau perkasa itu racis sdh lama bangsa cina di negara ini bersikap racis...anda semua tahu kan? Apa pn Umno tdk boleh lari dari perkasa...
UMNO perlukan PERKASA tetapi PERKASA tidak perlukan UMNO!
BalasPadam