Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 September 2010

SELAMAT BERSARA TAN SRI MUSA HASSAN - JUTAAN TERIMA KASIH ATAS BAKTI KEPADA MALAYSIA SELAMA INI

Musa Hassan
  1. Tan Sri Musa Hasan akan bersara pada 12 September 2010 depan selama 41 tahun berkhidmat dalam polis. Beliau mula menjadi KP pada12 November 2006 menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Hj Omar.
  2. Beliau akan diganti oleh Tan Sri Ismail Omar manakala Timbalan Ketua Polis akan diganti oleh Datuk Hussin Ismail. Perkara ini diumum oleh Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein semalam.
  3. "Saya tidak pernah merasa kecewa bertugas dalam pasukan polis. Saya telah memberi jiwa raga saya sepenuhnya dan sampai masanya saya berundur oleh kerana dah cukup umur," komen beliau
  4. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau atas jasa bakti beliau kepada negara selama ini. Nama beliau pasti terpahat sebagai seorang yang akan diingati sebaris dengan pendekar terbilang Melayu yang lain dalam mempertahankan keamanan negara kita.
  5. Banyak kes yang telah berjaya diselesaikan dan banyak juga kumpulan penjenayah dalam dan luar negara yang ingin merosakkan rakyat kita dengan dadah, judi, pelacuran dll telah ditumpaskan.
  6. Selamat bertugas juga kepada bakal KP yang baru dan semoga pencapaian lebih baik akan dapat dicapai pada masa akan datang. Moga Allah memberi kekuatan kepada yang memegang amanah agar dapat memikulnya dengan sebaik baik dan seikhlas hati !
  7. Dengan itu selamat bersara kepada Ketua Polis Tan Sri Musa Hassan dan semoga bakti kepada negara akan diteruskan hingga akhir hayat...



Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hj. Hassan.

  • 1969 -Insp. Pelatih (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru)
  • 1970 -Insp. Siasatan Khas (IPD Melaka Tengah, Kontinjen Melaka) / Inspektor Percubaan
  • 1973 -Pegawai Pendakwa (IPD Alor Gajah, Kontinjen Malaka) / Inspektor
  • 1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / Inspektor
  • 1981 -PPP Bah. 'A' CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
  • 1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
  • 1986 -Pensyarah Undang-Undang (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / ASP
  • 1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / DSP
  • 1991 -TPP Latihan B1 (Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / DSP
  • 1992 -PP Latihan (Peperiksaan)(Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / SP
  • 1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang)(JSJ Bukit Aman) / ACP & SAC II
  • 2000 -Timbalan Pengarah II (JSJ Bukit Aman) / SAC I
  • 2001 -Timbalan Pengarah I (JSJ Bukit Aman) / DCP
  • 2003 -Ketua Polis Johor / DCP
  • 2004 -Pengarah JSJ (JSJ Bukit Aman) / CP
  • 2005 -Timbalan Ketua Polis Negara / DIGP
  • 2006 -Ketua Polis Negara / IGP








2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa pun KPN,
kita hendaklah mematuhi undang undang yang sedia ada.
Orang yang mempertikaikan siapa dia KPN,adalah orang yang suka kepada pelanggaran undang undang.

Megat Alam Gempita berkata...

Selamat Bersara Tan Sri KPN dan terima kasih atas segala jasa tuan selama ini. Jadi Duta Besar pulak ye lepas nih, Insya Allah...

Tan Sri KSN bila plak nak pencen?asyik sambung, sambung, sambung...orang kerajaan dan rakyat di luar sana dah lama meluat...sedor-sedor le.

Cari Blog Ini

Translate