Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Oktober 2010

Azmin 'pariakan' Gobala - Apa komen Anwar, Lim Kit Siang dan Murugiah ?


N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) mendakwa Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak) pernah memanggilnya sebagai "paria" dalam satu Mesyuarat Majlis Perwakilan Tertinggi PKR di Kemaman, Terengganu. Gelaran tersebut adalah satu panggilan yang rasis daripada bakal calon Timbalan Presiden PKR tersebut. Gelaran yang disebut oleh Azmin itu lebih rasis berbanding gelaran "si botol kicap". Sewajarnya T.Murugiah, Timbalan Menteri yang menjaga Biro Pengaduan Awam menyiasat perkara ini.

Azmin juga menurut Gobala tidak mengenakan tindakan terhadap Xavier Jayakumar yang didakwa menggunakan samseng untuk membelasah S.Kotappan dalam pemilihan PKR Kota Raja. PKR sudah menjadi semakin celaru. Perpecahan dalam PKR tidak dapat disembunyikan lagi. Sudah terpecah dua team dalam PKR, seumpama pecahnya lambang pada bendera PKR. Satu team diketuai Azmin Ali dengan restu Anwar Ibrahim, manakala satu team lagi diketuai oleh Zaid Ibrahim dengan naungan dari Wan Azizah. Team suami bertembung dengan team isteri. Mahukah wakil DAP seperti Kulasegaran, Karpal Singh, Prof Ramasamy membantah kenyataan rasis Azmin ini? Atau mereka berpihak sama dengan Xavier Jayakumar yang menyebelahi Azmin.







Adakah ini tidak rasis wahai Anwar, Kit Siang dan Murugiah ???

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate