Pages

09 Oktober 2010

Inilah punca kenapa Nik Aziz dan Husam nak hantar ramai tok guru pondok ke Mekah !!!




Kekuatan Nik Aziz kerana gelaran tok guru yang dipropagandakan oleh ahli gerak saraf PAS yang diakui oleh bekas orang kanan beliau Ustaz Omar Khalid.

Tok guru pondok di Kelantan sangat disanjung tinggi dan apabila tok guru pondok bangkit maka PAS sudah tahu masa depannya di Kelantan akan berakhir.

Untuk mengambil hati para tok guru pondok tersebut maka inisiatif membawa tok guru seramai 40 orang selama 40 hari demi munajat royalti minyak.

Apatah lagi rakyat dapat mendengar kupasan yang jelas lagi terang oleh alim ulama pondok tentang penyelewengan PAS - yang tidak ada cita cita menjadi ahli politik sedikitpun seperti di atas.

jelas nampak sangat PAS mahu menghina alim ulama ini dengan merasuah mereka ke Mekah dan meminta mereka bermunajat kepada Allah demi mencari royalti dunia. Adakah 'dosa' terima rasuah haji Nik Aziz mahu dicalarkan juga kepada tok guru pondok yang lain ? Ajaran paderi manakah ini wahai Husam ?

Penghinaan yang tidak pernah pun berlaku tetapi berlaku pada hari ini disebabkan geng Erdogan Husam Musa. Beliau sangat kemaruk jawatan politik sama seperti Anwar dan sanggup buat apa sahaja demi masa depan politiknya.

Bukankah bagus jika duit tersebut digunakan untuk memupuk perpaduan dan kasih sayang umat Islam seperti yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw ketika mana berhijrah ke Madinah ?


PAS jelas sudah jadi Parti Ajaran Songsang dan sama samalah kita seru agar rakyat GALAS menolak PAS tidak lama lagi.




Berita lanjut sila tengok di bawah :



Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, laporSuara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

NONEMenurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.

"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.

NONETuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.

Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.