Gambar di atas disalin dari website rasmi Islamic Fashion Festival
Jawapan balas Panglima memaparkan gambar PM dan isteri serta gambar pakaian yang dipakai oleh model semasa Islamic Fashion Festival telah menggemparkan blogger Pakatan Rakyat.
Berpuluh puluh komen telah diisi dalam kotak komen walaupun sama isinya. Mereka telah memenuhkan komen blog Panglima termasuk menggelar sesiapa sahaja yang mempertahankan Rosmah sebagai 'anjing politik'
Apa yang lebih menggelikan hati Panglima ialah puak pembangkang termasuk blog Amenoworld yang cuba memburukkan PM dan isteri , sanggup membuat video yang memaparkan DS Najib dan Rosmah berdansa...
Meskipun jelas dibuat / direka menerusi kemahiran grafik namun ia menzahirkan kebenciaan teramat sangat mereka kepada pemimpin kita. Seolah DS Najib ada membuatkan mereka kecewa amat sangat.
Beberapa perkara terlintas di hati Panglima tentang gerangan puak ini samada :
mereka ini bukan rakyat Malaysia ?
mereka ini dibayar untuk menjadi sedemikian rupa ?
Teringat RM4 juta disponsor kepada Kickdefella untuk burukkan imej Pak Lah dan tidak pelik jika
ada manusia sanggup menerima wang demi memburukkan pemimpin tertinggi negara kita di akhir zaman ini.
Mereka gelar panglima 'anjing politik' kerana mempertahankan nama baik umat Islam / umat Nabi s.a.w bernama Najib dan Rosmah meskipun kita akui beliau agak kurang sempurna islamnya kerana tidak bertudung, namun kita tidak disuruh mengaibkan orang walau bagaimana keadaan mereka kerana hidayat itu milik Allah.
Dosa tidak menutup rambut dosa ditanggung suaminya. Dan orang yang memburukkan lebih besar dosanya kerana mengaibkan saudara seagama. Apatah lagi melemparkan fitnah yang ternyata diterangkan oleh Allah dalam Al Quran sebagai lebih besar dari membunuh.
Siapa yang layak digelar 'anjing' dalam hal ini ? Siapa 'anjing' sebenarnya ?
Demi Allah sesungguhnya Najib dan Rosmah tidak memberi walau satu SEN pun duit untuk saya pertahankan mereka berdua. Ia lahir dari kefahaman saya bahawa maruah individu perlu dipelihara kerana ia dituntut oleh Allah dan Rasul-NYA.
Tambahan pula DS Rosmah tidak patut dilibatkan sama dalam hal ini kerana beliau bukan ahli politik dan dalam peperangan pun wanita, kanak-kanak dan orang tua tidak wajar dibunuh atau dijadikan sasaran.
Jika ada gambar agak kurang sempurna fesyen yang dipakai oleh model tersebut (seperti laporan BH di sini) maka ia tidak boleh dikatakan salah Rosmah Mansor.
Lihat gambar Festival yang sama dianjurkan di Kuala Lumpur di bawah yang ditemui di blog Satulimatiga http://satulimatiga.blogspot.com/2010/10/bandingkan-islamic-fashion-festival.html
Nampak gaya cara berfikir pembangkang ini sangat teruk sekali kerana sanggup membesarkan perkara-perkara yang sangat kecil walaupun kebaikan yang diperolehi hasil festival tersebut berjaya membawa mesej dakwah dan keindahan pakain Islam kepada bukan Islam tidak dipandang.
Bak kata pepatah jangan kerana nila setitik habis dirosakkan susu sebelanga.
Ambiklah yang baik buang yang agak keruh...
Moga Allah membuka pintu hati kita dan carilah isu lain yang lebih baik untuk mengkritik pemimpin...
Janganlah fitnah dijadikan alat mencari sokongan meskipun menyebabkan nama baik orang lain musnah dan rosak kerana fitnah tersebut.
Dengan berkat hari Jumaat hari ini marilah kita sama sama berubah dan bertaubat demi mendekatkan diri kepada Allah.
Amin...
Tambahan : Lagi penjelasan lebih terperinci sila ke blog ini http://satulimatiga.blogspot.com/
Hoi PPC, err silap.. assalammualaikum PPC,
BalasPadamSuka nya saya menulis artikel ini adalah untuk menerangkan dan menunjukkan betapa bebalnya anda ketika berhujah. Jangan marah saya ppc. saya sekadar bersikap jujur ketika menyampaikan luahan kebenaran.
Merujuk kepada posting ' kelakar giler wa cakap luee' saya ingin jelaskan beberapa kekeliruan fakta yang ppc tak faham, tapi dia buat2 macam dia faham. Malahan siap ada yang mencabar saya dalam blog saya pula tue.. hahahahah.. panglima perang cyber? apa yang panglima nya? kat mana perang nya? apa yang so-cyber nya? Panglima Bebal terlampau lebey sesuai saya rasa.. hahahah opss terjujur..
1. Takde sapa cakap IFF monaco tue di buat di malaysia. Sapa cakap? Aku cakap? Ko cakap? Dia cakap? Rosmah cakap? Sapa cakap? Ke ko yang sangka sendiri?
2. IFF tue, diasaskan oleh Datuk Reza shah, betul. semua tahu. aku tahu (sejak kes IFF neh kecoh, aku baru tahu) ko tahu, tah ble ko tahu, aku pun tak tahu, dan ramai gak aku percaya kat luar sana dah tahu..
3. Tapi, siapa penaung kepada IFF? Datin Rosmah, selaku penaung, ataupun 'tempat engkau berpaut' sudah tentula, dia ada kuasa, sedikit sebanyak. Ingat kalau tak berkelayakan boleh ke jadi penaung? IFF neh mempunyai laluan mudah ke mana2 negara, disebabkan peranan datin rosmah mansur selaku isteri perdana menteri, tak lupa juga ada beberapa badan kerajaan menjadi penaja kepada IFF (duit rakyat tue).
baca selebihya kat sini.
http://amenoworld.blogspot.com/2010/10/jawapan-balas-untuk-panglima-perang.html
ini faktanya
BalasPadam1) http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/14971336.html#prev
2) http://www.vancouversun.com/news/Photos+Islamic+Fashion+Festival+Riviera/3378154/story.html?id=3378154
3) http://www.emirates247.com/islamic-fashion-on-monaco-s-ramps-1.277555
4) http://www.daylife.com/photo/08ji8rS8xg4UO?q=the+Islamic+Fashion+Festival+in+Monte+Carlo+August+9%2C+2010