KUALA LUMPUR 23 Okt – Ahli UMNO dinasihat supaya merenungi kisah kehidupan pada zaman Rasullah S.A.W untuk dijadikan panduan dalam perjuangan parti bagi memastikan Putrajaya terus dipertahankan oleh Barisan Nasional.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kisah itu dijadikan contoh kerana setiap mereka mempunyai cerita yang berbeza untuk dijadikan panduan, enam mereka itu ialah Abu Bakar, Abu Talib, Abu Suffian, Abu Hurairah, Abu Lahab dan Abu Jahal.
“Dengan sifat menerima dan memperakui, kita ingin melahirkan ahli-ahli parti yang seperti Abu Bakar yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi parti dan Abu Suffian yang menentang Rasulullah tetapi bersungguh-sungguh mempertahankannya, setelah menerima Islam.
“Abu Talib sentiasa berada di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah S.A.W. tetapi apabila disemak beliau tidak menyokong Rasulullah. Ini boleh disamakan dengan penyokong UMNO yang kata menyokong parti tetapi malangnya tidak berdaftar sebagai pengundi,” katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2010.
Beliau turut menasihati ahli UMNO supaya tidak menjadi seperti Abu Lahab dan Abu Jahal walaupun mereka mengiktiraf Nabi Muhammad S.A.W. dan perkara seperti itu tidak harus berlaku di dalam pari dan orang Melayu.
“Marilah kita membawa obor UMNO, marilah kita bersifat sebagai Saidina Abu Bakar, marilah kita bersifat sebagai Abu Suffian, marilah kita bersifat sebagai Abu Hurairah. Marilah bergerak dalam satu suara, satu harapan, satu semangat, satu impian dan satu wawasan 1Malaysia, berjuanglah demi kepentingan, agama bangsa dan negara,” katanya.
Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan bahawa UMNO akan mengadakan kursus secara serentak di semua peringkat bagi mengukuhkan perjuangan parti sejajar dengan transformasi yang dilakukan oleh presiden parti.
“Demi meniupkan terus roh perjuangan UMNO, Presiden mahukan pimpinan UMNO di 20,342 cawangan di seluruh negara diturut sertakan melalui kursus-kursus secara serentak selepas pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi..
“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Presiden kerana memberi sokongan untuk kami mengembangkan program ini ke peringkat cawangan-cawangan dan inilah elemen asas dalam aspirasinya mahu melakukan transformasi dalam UMNO.
“Sejak diamanahkan mempengerusikan Biro Latihan oleh Presiden, biro ini berperanan untuk menjadi nadi penggerak kepada pembentukan jati diri ahli dengan mengembalikan roh perjuangan Umno supaya lebih dinamik,” katanya. -MediaUMNO.
Panglima : Jika pandangan ini dihayati maka usaha menguatkan UMNO akan mudah dan diberkati Allah.... Satu lagi kena tambah bagaimana nak jadi macam Abu Bakar yang taat setia kepada Rasulullah s.a.w.
Modul tu kena dicari guru tasauf lagi mursyid untuk bimbing para pemimpin UMNO khususnya dan semua orang Islam agar tidak 'cinta dunia dan takut mati' ... Kalau harap ulama muda saya bimbang semua akan jadi 'wahabi'
Siapa kata UMNO tidak boleh berubah ? Saya kata pasti boleh dengan izin ALLAH....
Ayuh kita kuatkan parti keramat ini kerana tiada lagi pilihan lain yang boleh menandinginya....
Jangan hanya berani dengan bangsa sendiri dan kumpulan sendiri atau syok sendiri!!!!!!
BalasPadam