Pages

23 Oktober 2010

Pak Habib Al Attas @ Persamaan Wajah Salman Rushdie Dan Anwar !!!

Saiful_Nenek_SHA_

Oleh SH Alattas

Siapa yang tak tahu betapa hebatnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Mereka yang meminati dan 'taksub' kepada Anwar boleh terlopong mulut bila mendengar Anwar bercakap. Pemidato terbaik di Asia. Anwar ada karisma, ada gaya, ada stail dan ada aura yang boleh membuat siapa saja boleh terpukau bila berdepan dengannya. Sebab itu apapun dia cakap, berjuta manusia boleh percaya, inikan pula Saiful anak muda 24 tahun, masakan tak boleh terpesona, terpukau dan tersihir dengannya.



Kalau tokoh pemimpin macam Al-Gore, macam Wolfowitz, bekas pemimpin korporat macam Tan Sri Khalid Ibrahim malah terdapat juga ustaz dan tok guru yang percaya bulat-bulat dengan Anwar, masakan budak mentah macam Saiful tak percaya apabila Anwar mahu mengambil dia bekerja menjadi pembuat kopinya dibawa ke mana sahaja Anwar pergi termasuk di luar negara. 
Bukan dia tak boleh lawan Anwar, dia seperti dalam keadaan 'terpukau' hilang ingatan, lupa diri, lupa segala-galanya ketika berada di dalam bilik bersama Anwar.

Saiful cuma budak kampung yang baru nak kenal dunia. Saiful ambitious, mana dia boleh sangka Anwar ada dua watak? 

Bila dibawa ke tempat macam bilik hotel 5 bintang Dusit Tani Hotel di Bangkok, atau macam Royal Executive Suite di Kowloon (Hong Kong) atau macam di Hotel Hilton di Singapura yang ibarat mahligai, mana dia hendak sedar yang dia boleh disondol dari belakang. Kalau cerita pun susah orang nak percaya, orang masih beranggapan yang Anwar sakit pinggang.

Kenapa Saiful yang bekerja sebagai pembantu peribadi, 'coffee boy' yang dibawa ke mana dia pergi? Kenapa tidak bawa isterinya Wan Azizah? Bukankah Wan Azizah Presiden PKR? Pergi Hong Kong cari pelabur atau melabur setor kunyit?

Anwar dan Saiful tinggal berdua-duaan di bilik hotel di tempat-tempat sunyi. Gantung saja 'do not disturb' di pintu, siapa pun tak ganggu jika tengah buat 'projek', 'baik punya projek'.

Sebab itu Islam tak galakkan dua orang manusia berada berdua-duaan di tempat tertutup kerana bila berdua-duaan ada syaitan di tengah-tengah. Jadi dalam perkara buntuti ini Anwar dan Saiful tak salah. Yang salah ialah syaitan kerana menghasut Penasihat Parti KeADILan Malaysia supaya membuntuti 'coffee boy'nya. Kesian Anwar dan Saiful sebab kena hasut dengan syaitan. Syaitan memang jahat, kalau tak, tidak dinamakan syaitan. Siapa syaitan sebenarnya? Bukankah di kalangan manusia pun ada syaitan juga?

Mula-mula berlaku memanglah tak ada laporan di buat sebab masih terpukau, termakan cakap 'ayat power'. Sama macam perempuan kena rogol. Tak ramai perempuan yang kena rogol oleh bapa, datuk, kawan, jiran yang buat laporan pada mulanya, kenapa? Cuba tanya? Bila ada masalah atau kalau apa yang dijanjikan tak dapat dan akhirnya fade up, barulah buat laporan. 

Sebab itu banyak kes rogol dan liwat yang macam ini dilaporkan bila dah lama berlaku, dua tiga tahun atau lebih.

Anwar mengaku yang dia ada membawa Saiful bersama semasa ke luar negara. Sekadar bertanya, atas belanja siapa Anwar bawa 'coffee boy' ikut bersama, terbang ke sana ke mari, tinggal di hotel lima bintang? Kata dia tak ada duit? Ada peminat Anwar kata dia percaya Anwar 'rasuah' bila melihat cara kehidupan Anwar, kalau macam itu macam mana mahu menghapuskan rasuah, seperti yang dijanjikan oleh Parti Keadilan Rakyat di mana dia menjadi penasihatnya? 

Nampaknya belum jadi Perdana Menteri sudah hidup seperti 'the rich and famous', bagaimana bila jadi Perdana Menteri nanti? Berapa ramai 'coffee boy' dan 'hareem' dalam istananya nanti?

Macam-macam soalan kita boleh tanya. Takut apa hendak tanya? Tanyalah ada tak persamaan antara Anwar dan Salman Rushdi?

Ramai yang tak terfikir Anwar sehebat Salman Rushdie yang mendapat sokongan dan perlindungan dari Great Britain akhirnya mendapat darjah kebesaran 'Sir' kerana dia berani merosakkan imej Islam. 

Bagaimana dengan Anwar yang ada hubungan dengan Amerika, Bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika? 

Paul Wolfowitz yang diberikan peranan untuk menulis tentang Anwar dalam majalah Times untuk edisi yang menyenaraikan Anwar sebagai 100 tokoh paling berpengaruh, 'The 2008 Time 100'.

http://farm5.static.flickr.com/4076/4862108917_0ee92733cc.jpg

Cuba perhatikan, ikut firasat adakah persamaan wajah di antara Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie? 

Cuba letak gambar Anwar disebelah gambar Salman, perhatikan kening Anwar dan kening Salman. 

sumber  : shalattas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.