Pages

11 Oktober 2010

Wow - Nik Aziz penjamin jalan pintas ke syurga pun munafik ? Tulisan Pedas lagi Sedap oleh Blogger Kelate RBF

 

Secara jujur saya nak beritahu anda, dulu walaupun saya bukan ahli Pas tetapi saya masih ada perasaan hormat kepada seorang hamba Allah yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tetapi selepas pru 2008 hingga kini tiada sekelumit pun perasaan hormat saya kepada dia yang masih tersimpan dalam diri saya.

Saya rasa bukan saya sahaja yang mempunyai perasaan begini, saya yakin ramai juga orang lain yang berperasaan begitu.

Dulu memang tidak ramai orang yang berani berlawan dengan Nik Aziz. Kalau ada pun hanya Tun Dr M sahaja. Pendek cerita Nik Aziz tidak pernah diaibkan seperti mana yang berlaku sekarang.

Aibnya dibuka satu persatu, dari isu menantu,kroni, campurtangan keluarga dalam pentadbiran hinggalah kepada isu tajaan haji. Itu belum lagi isu tanah dan balak.

Semua ini adalah kehendak Allah SWT. Sekarang baru kita boleh lihat wajah sebenar seorang manusia yang digelar ulama dan tok guru selama ini.

Sinar Harian 10.Oktober.2010

Semalam Sinar Harian melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz. Katanya kerajaan pembangkang bukan musuh dan dia mendakwa kerajaan pusat tolak pelbagai projek pembangunan di Kelantan.

Dia berkata sehingga kini kerajaan pusat menafikan 118 projek pembangunan di Kelantan. Masyallah wahai sahabatku sekalian. Yang 118 dia pertikai, yang beribu projek sudah dibuat dia tidak ucap terima kasih pun.

Sahabatku sekalian, sekadar kamu mahu membaca kenyataan tersebut bolehlah kamu baca, tetapi untuk percaya jangan sama sekali.

Kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan Kelantan wahai sahabatku sekalian. Daripada sekecil projek membuat pagar kubur sehinggalah sebesar-besar projek membuat jambatan empat lorong dan jalan bertingkat, semuanya kerajaan pusat lakukan demi rakyat Kelantan.

Tan Sri Anuar Musa pernah berkata dulu, jika kerajaan pusat tidak tolong sudah lama rakyat Kelantan jadi lempeng.

Sahabatku sekalian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pernah mempertikaikan peruntukan yang diberikan kepada negeri Kelantan melebihi dari apa yang Melaka dapat, sedangkan rakyat Kelantan tidak pernah memberi mandat kepada BN sejak 20 tahun yang lepas. Manakala Melaka yang sentiasa memberi keputusan pilihanraya yang baik kepada BN mendapat peruntukan yang lebih kecil.

Tetapi oleh kerana kerajaan pusat lebih memandang dan memikirkan rakyat berbanding dengan politik maka mereka beri juga peruntukan yang banyak kepada Kelantan walaupun ianya diperintah oleh Pas.

Jika Nik Aziz kata kerajaan pusat menafikan peruntukan kepada Kelantan ianya dusta semata-mata. Setiap tahun ada sahaja sekolah, klinik, jalan raya ,jambatan, longkang atau apa-apa sahaja yang baru dibina di Kelantan.

Sebagai contoh, sekarang ini projek pembinaan jambatan baru empat lorong dan jalan bertingkat sedang dibina yang menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat untuk mengatasi kesesakan teruk jambatan lama yang hanya dua lorong dan ini boleh melambatkan pemimpin Pas sampai ke tempat ceramah. Sudah begitu sekali orang bagi pun masih nak menipu lagi. Dasar munafik !

Sahabatku sekalian, bukan sahaja projek besar-besar yang dibuat di Kelantan, projek kecil pun sentiasa berterusan. Saya pernah lihat di satu kampung, pagar kubur pun kerajaan pusat lagi. Pasar pun kerajaan pusat bina. Lihat di sini.

Lihat sahaja dalam kes air, kerajaan pusat pernah memberi pinjaman mudah sebanyak RM 600 juta kepada Kelantan, tetapi sehingga ke hari ini pun masalah air di Kelantan belum selesai lagi. Siapa yang menafikan hak rakyat sekarang ? Siapa yang gagal jalankan tanggungjawab ? Kerajaan BN atau Kerajaan Pas ?

Jika RM 600 juta pun gagal diuruskan dengan baik, lagi nak minta duit royalti minyak berbilion-bilion ke ? Andailah ditakdirkan mereka dapat duit berbilion-bilion itu, saya rasa mereka bahagi-bahagikan "satu untuk kau, dua untuk aku" , dua untuk kau, tiga untuk aku", "tiga untuk tok guru, empat untuk tok gAru", akhirnya rakyat makan angin keluar asap. Yang kaya mereka dan kroni-kroni mereka.

Sahabatku sekalian, saya nak beritahu anda. Yang gagal membangunkan Kelantan adalah kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat. Tahun ini sudah masuk 20 tahun Pas perintah Kelantan, tiada satu pun yang dibangunkan oleh Pas untuk kepentingan rakyat. Kemudian Nik Aziz kata banyak perubahan yang dibuat olehnya di Kelantan. Perubahan apa Pok Nik ? Nak ubah dari kotor kepada bersih pun tak mampu buat. Lihat di sini. Nak lihat syiar Islam yang dibawa oleh Pas sepanjang 19 tahun di Kelantan sila lihat di sini

Masjid - sebiji pun mereka tak pernah bina, semuanya hasil duit orang ramai. Pasar di setiap daerah- semuanya hasil peninggalan BN 20 tahun lebih yang lampau. Balai Islam- peninggalan BN. Kota Darulnaim dan pejabat-pejabat daerah- peninggalan BN. Stesen bas di bandar Kota Bharu pun dia tak mampu nak bina. Sesiapa yang nak tengok stesen bas yang dibina oleh kerajaan Pas, sila ke stesen bas ekspress berhampiran Tesco. Macam stesen bas tahun 70an.

Di negeri Kelantan, masalah rumah banyak dihadapi rakyat yang tinggal di Kota Bharu. Semenjak Pas perintah sehingga kini tiada satu perumahan yang dibina untuk rakyat berpendapatan rendah di Kota Bharu. Sebaliknya mereka lebih ghairah jual tanah kepada orang luar untuk dibina dengan rumah-rumah mewah.

Di zaman pemerintahan BN pada tahun 80 an, mereka sedaya upaya menolong rakyat yang berpendapatan rendah dengan membina rumah-rumah pangsa di Kota Bharu. Antaranya ialah rumah pangsa Jalan Bayam, Kg Sireh dan Buluh Kubu serta perumahan kos rendah di besar-besaran di Padang Tembak Pengkalan Chepa.

BN memerintah Kelantan selama 12 tahun (1978 -1990) pelbagai kemudahan yang dapat mereka berikan kepada rakyat dan kakitangan kerajaan. Tetapi nak buat macamana, jodoh BN tak panjang di Kelantan, jika tidak sudah tentu Kelantan sehebat Melaka sekarang. Semuanya kerana rakyat Kelantan memilih jalan pintas untuk ke syurga dengan memilih Pas.

Di negeri Kelantan semuanya ada, tinggal lagi kepada kecerdikan pemerintah untuk memajukannya. Pantai cantik di Kelantan, tanah subur di Kelantan, makanan sedap di Kelantan, seni budaya, sumber alam dan sebagainya. Pendek kata di Kelantan semuanya ada.

Saya pernah beritahu kepada seorang rakan, Kelantan kalau dapat kepada Ali Rustam aku yakin ianya akan menjadi sebuah negeri yang hebat dan destinasi pelancongan dunia. Dalam dunia ini mana ada negara yang ada beruk panjat pokok kelapa ? Ianya bermula di Kelantan dan hanya ada di Kelantan. Itu pun sudah boleh dijadikan produk pelancongan. Dalam dunia ini mana ada orang boleh lukis batik pakai tangan dan hasilnya seperti menggunakan mesin ? Hanya ada di Kelantan. Dalam dunia ini mana ada orang boleh buat wau bulan dengan begitu cantik sekali ? Hanya ada di Kelantan.

Sungai Kelantan yang airnya bagaikan air susu sekarang, jika dibangunkan dengan sempurna ianya boleh menjadi sebagai satu produk pelancongan yang menarik sepertimana Sungai Nil di Mesir.

Ambil sahaja contoh Sungai Melaka, dulu kotornya yang amat sangat. Sekarang apa sudah jadi ? Semuanya kerana kekreatifan seseorang pemimpin. Di Kelantan mereka ada juga seorang exco yang kreatif, tetapi kreatif apa ? Kreatif kira duit royalti minyak berbilion-bilion dan kreatif nak hantar tok-tok guru pergi berdoa di Mekah.

Cukup setakat itu pasal kegagalan Pas di Kelantan. Kalau nak tulis empat hari empat malam pun tak habis. Sekarang saya nak balik kepada kisah Nik Aziz seorang munafik.

Dalam Sinar Harian semalam Nik Aziz kata seperti dibawah.

"Lapangan terbang pula baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu"- rujuk tulisan yang dikuningkan dalam keratan akhbar di atas yang dilaporkan oleh media kesayangan Pas iaitu Sinar Harian, bukannya Utusan Malaysia.

Munafik ! Nik Aziz seorang yang munafik.



nak baca lagi sila ke blog asal di sini : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/ 


pendedahan bahawa Kelantan dapat RM7 bilion dalam RMK 9 ada diulas di sini http://bumiyang.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. hanya satu sahaja pertanyaan saya:)
    kepada mereka2 yang terlaku agungkan MELAYU :
    pilih antara dua yang mana lebih baik:

    1) menjadi MELAYU tanpa ISLAM : istimewa di malaysia,hina di mata Allah

    2) ISLAM tapi bukan MELAYU : hidup mungkin sukar dimalaysia, tp insyaALLAH bahagia di Akhirat Kelak


    p/s : tak ada apa nak di bangga dgn bangsa, tp berbanggalah dengan ISLAM. ISLAM memajukan melayu dan bukan sebaliknya:)

    BalasPadam
  2. Ir.Malaysian 2020Isnin, 11 Oktober, 2010

    Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka. Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

    اِذَا قَلَّ الْعِلْمُ ظَهَرَ الْجَفَا وَاِذَا قَلَّتِ اْلآثَارُ كَثُرَتِ اْلاَهْوَاءُ وَلِهَذَا تَجِدُ قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ يُحِبُّوْنَ قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ قَوْمًا لاَجْلِ اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ يُوَالُوْنَ عَلَى اِطْلاَقِهَا اَوْ يُعَادُوْنَ مِنْ غَيْرِ اَنْ تَكُوْنَ مَنْقُوْلَةً نَقْلاً صَحِيْحًا عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَسَلَفِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَكُوْنُوْا هُمْ يَعْقِلُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ يَعْرِفُوْنَ لاَزِمَهَا وَمَقْتَضَاهَا. رواه مالك.

    "Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya". H/R Imam Malik

    “Wahai orang beriman jauhilah daripada banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah DOSA dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat : 12)

    Begitulah beratnya dosa seseorang yang melakukan ghibah baik secara sengaja atau tidak. Mereka yang mengumpat atau memperkatakan sesuatu perkara tidak benar atau tidak disukai oleh saudara mereka digambarkan sebagai orang yang memakan daging mayat saudara mereka. Satu perbuatan yang jijik dan mengejikan, yang tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang waras.

    BalasPadam
  3. Bab Ali Rustam dgn melaka...setuju bangat 1001pcent. Negeri Kecil tp cantik, bersih dan kreatif. Bila negeri ada pemimpin kreatif boleh fikir tentang keuntungan yg rakyat boleh dapat maka kecil mana peruntukkan pun kalau ada inisiatif pastinya ada hasil. Saya pun hairan kenapa pemimpin PAS tidak menggunakan akal fikiran atau lebih baik sikit kalau tak tahu nak perintah serta nak mentadbir urus kewangan yg ada boleh bertanya kepada mereka yg lebih bijak pandai, saya rasa kalau MB besar itu seorg wanita dan dikuasai oleh wanita gamaknya mereka ini lebih baik dari kaum lelaki, kerana di Kelantan pun kalau kita lihat kaum wanita lebih banyak berniaga serta tahu memajukan diri dan keluarga.

    Jadi tak moleklah kalau nak tuduh Kjaan Pusat semata mata. Nik ajis ni telah mengabaikan serta lalai dlm mentadbir Kelantan dengan membiarkan "musuh2" beliau bermaharajalela buat apa yg mereka fikir boleh mengenyangkan tembolok mereka. Kalau nak dibandingkan Pak Lah...Pak Nik Ajis lagi teruk dipermainkan dibelakang...

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.