Pages

03 November 2010

Calon Galas mengaku berkhalwat dan Pas tidak kisah?


Apabila kredibiliti calon tidak lagi menjadi perkara utama dalam pemikiran pemimpin Pas maka ia bermakna kata-kata Pas selama ini kepada lawannya UMNO, hanya retorik dan begitu hipokrit.
Imbas kembali betapa buruknya Umno di lidah penceramah Pas sehingga apa yang jahat dan busuk itu telah dilontarkan najisnya kepada Umno dan BN dan yang wangi itu ditompokkan kepada Pas.




Bayangkan betapa berbezanya Pas hari ini berbanding Pas satu ketika dulu. Sila cari artikel bertajuk 21 dalil Pas hari ini dan dulu dalam 'google'.
Maka apabila Pas menjalinkan hubungan 'haram' dengan PKR dan DAP maka Pas semakin berubah. Justeru tidak peliklah jika seorang bekas banduan Penjara Sg Buloh yang dipenjara kerana kesalahan liwat pun boleh diterima menjadi pemimpin Pakatan Rakyat yang disertai oleh Pas.

Kesalahan tersebut tidak menanggalkan ketaksuban ahli Pas kepada individu bernama Anwar Ibrahim sehingga kini ramai 'trojan horse' Anwar berada di kedudukan strategik dalam Pas atas dasar baik hati pemimpin Pas sendiri. Adakah orang itu membawa kebaikan atau lagi merosakkan perjuangan asal Pas? Wallahu a'lam dan kita tahu apa yang berlaku banyak membahayakan Pas sendiri.
Jangan lupa Anwar juga terlibat dengan berbagai skandal. Seperti penyelewengan dan korupsi. Termasuk mempunyai hubungan yang rapat dengan tokoh judi Nallakarupan. Bahkan ramai juga mengatakan Anwarlah punca UMNO rosak dab mengamalkan rasuah politik wang pada masa sekarang !!!
Apabila Pas tak kisah lagi dengan moral calon yang mengaku berkhalwat maka saya boleh kata bahawa dunia dah akhir zaman dan parti bernama Islam hari ini jelas belum tentu kuat dan kukuh akidah Islamnya dek terlalu asyik merebut kuasa untuk memerintah.
Mereka menghalalkan apa yang diharam dan mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah.
Patutlah antara tanda akhir zaman ialah apabila pemimpin homoseks dan jahil akan naik jadi pemimpin diangkat oleh mereka yang sudah gelap pintu hati.ia tanda kiamat dan ia sudah pun berlaku di merata tempat termasuklah negara kita sendiri.

Apa lagi mahu kita harapkan dari Pas? Adakah kita makin bahagia jika Pas kuat hingga menguatkan PKR dan DAP yang terang terangan menolak hudud Pas dan menghina Islam ?
Jelas undi Pas bermaksud undi menyokong DAP PKR yang jelas menghina Islam dan jika tidak bertaubat ia boleh membawa kepada kemurkaan Allah Taala di di dunia dan akhirat.
Say bye bye to Pas dan ayuh kita sokong Umno dan Barisan demi perpaduan dan keamanan.
Hancur PAS Pupuslah DAP leburlah PKR!!!

Takbir !!!

Allahu Akbarrrrrrr...

Mohon jasa baik tulisan ini disebarkan...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 ulasan:

  1. nothing much la

    Mat Sabu pun pernah di tangkap khalwat PAS still sayang .....

    khalwat bukan dosa besar kot? kadang kadang susah nak faham tafsiran agama PAS...lol

    BalasPadam
  2. ape nak kisah.. yang dok meliwat pon dieorang tak kisah.. ni kan pulak berkhalwat..

    ape la sangat..

    BalasPadam
  3. LIHATLAH BETAPA BURUKNYA PERANGAI PAS WAHAI ORANG-ORANG ISLAM YANG BERIMAN. MASA DI PERMATANG PASIR DULU ISU CALON BN DIMAINKAN DENGAN HEBAT SEOLAH-OLAH TIADA MAAF. TAPI KEBNA PADA CALON DI GALAS, CEPAT-CEPAT NAK TUTUP BUKU. INILAH SIKAP DOUBLE STANDARD ORANG YANG DIKATAKAN ALIM. ALIM TAIK KUCING.

    BalasPadam
  4. Sesat betul PAS la ni... Merokok tak leh, Khalwat tak pe lak...

    Wal Halal untuk ku, Wal Haram untuk mu...

    Parti Hipokrit dan Laknat sungguh...

    KENAPA PENGIKUT PAS MASIH HITAM HATI MEREKA... FAKTA APA LAGI YANG NAK...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Apa khabar Panglima?

    Lekir terfikir isu pengambilan Tanah di Balik Pulau utk hab universiti.Apa cerita sebenarnya?

    Takut hak Melayu diambil secara halus

    Pencerobohan besar bermula dari pencerobohan kecil

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.