Nik Aziz sekali lagi menimbulkan polemik baru atas nama Nabi kekasih Allah yang mulia. Polemik terbaru dengan mengatakan Nabi juga turut berebut kuasa, telah disiarkan oleh Harakahdaily dan cukup mengguris hati kita semua di sini http://www.harakahdaily.net/v2/
Kata Nik Aziz : "Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.
Bukan sekali ini Nik Aziz hina Nabi bahkan sebelum ini beliau turut menuduh Nabi juga amal kronisme seperti link ini http://tokwan.wordpress.com/ di mana beliau dilaporkan berkata pada 9 Ogos 2010 yang lalu seperti laporan Utusan Malaysia di sini http://utusan.com.my/utusan/
" Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa’ Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.
“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya.
Persoalannya : Adakah benar Nabi Muhammad s.a.w rakus merebut kuasa sedangkan sejarah menunjukkan Nabi telah ditawarkan kuasa namun ditolak oleh baginda sebelum dijemput menjadi penguasa bagi rakyat Madinah tanpa syarat apa apa ?
Jelas Nabi tidak pernah cuba berebut kuasa dengan Quraisy Mekah sebaliknya jawatan ditawarkan kepada baginda oleh penduduk Madinah.
Peperangan yang berlaku juga adalah demi mempertahankan Islam bukan merebut kekuasaan. Sebab itu apabila pembukaan kota kota dibuat maka tiada pertempuran berlaku apabila risalah Islam diterima dan penguasa asal kota tersebut dikekalkan kedudukan mereka
Nik Aziz jelas cuba menghalalkan perbuatan PAS menjatuhkan Umno dengan mengatakan Nabi Muhammad juga berebut kuasa.
Sila lihat bukti laporan berita Harakahdaily di bawah
Maka memang patut pun Nik Aziz digelar 'celaka' kerana sanggup berbohong atas nama Nabi Muhammad yang mulia demi politik kotornya...
sila baca penipuan Nik Aziz tentang isu Pas didakwa ditendang keluar BN sedangkan berlaku sebaliknya di sini http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/10/penting-dan-sebarkan-sebab-sebenar-pas.html
Lagi bagus banner RBF ditampal di blog anda untuk menyedarkan ahli PAS penipuan pemimpin mereka yang bergelar Mursyidul AM PAS.
Kalau LGE jadi Ketua Menteri bertaraf kahlipah Harbi paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang, Nik Ajis pula Menteri Besar paling celaka dalam sejarah Kelantan. Sedih manusia bertopengkan Tok Guru ini semakin sesat akibat rakus berpolitik.
BalasPadamMulai saat ini mari aku gelarkan Nik Ajis sebagai MB Kelantan paling celaka dalam sejarah Melayu - Islam di Kelantan. Malu ambo weh kek mung!!!
Salam,
BalasPadamSaya bukan menyebelahi mana-mana pihak cuma ingin mendapatkan yang haq semata-mata.
Kajian Kes Pertama :
Kata Nik Aziz : "Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.
Anda membalas bahawa nabi Muhammad hanya mempertahankan islam.
Pada pandangan saya,
Maksud Nik Aziz itu mungkin beliau ingin menyatakan bahawa Baginda saw ingin mengangkat martabat Islam. Maka, tampuk pemerintahan politik merupakan aset penting dalam menubuhkan negara Islam. Maka jelas lah baginda ingin mendapatkan kuasa agar Syiar Islam dapat di tegakkan. Selain itu, nik aziz tidak pula berkata bahawa baginda merebut kuasa dengan peperangan. Maka betullah fatahul Mekah itu dengan cara diplomasi.
Kajian kes kedua :
“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit,” katanya.
Anda menuduh bahawa PAS sedang menghalalkan yang haram.
Namun pada pandangan saya hal itu benar. Sebagaimana doa nabi Musa di mana baginda memohon agar dilembutkan lidah agar rakytanya memahami kata2 nya dan baginda memilih Harun AS sebagai pembantunya.
Maka hal ini jelas bahawa sekiranya kita ingin melakukan sesuatu, mereka harus dari kalangan mereka sendiri lagi ahli dalam bidang itu. Maka begitu juga lah yang dilakukan Nabi Muhammad agar pekerjaan baginda menjadi mudah dengan asbab khulafa' ar Rasyidin.
Wallahua'lam
Subhanallah.....xtahu apa nak dikata terhadap manusia sebegini....
BalasPadamkenapa nik ajis terlalu hipokrit? dulu apabila puak pas menuduh umno mengamalkan kronisme , tidak pula nik ajis mengatakan nabi juga mengamalkannya....tapi dah terkena dibatang hidung sendiri...pandai pula mendakwa nabi muhamad SAW mengamalkan kronisme...kini jelas dengan cantiknya Allah SWT telah menunjukkan secara tunai dari mulut busuk nik ajis...benar apa yang dikatakan oleh mereka yang hampir dengannya dahulu seperti ustaz mohd noh , nik ajis hanya berkata untuk kepentingan politik semata2...nahuzubillah...
BalasPadamkepada islamic neutron....
BalasPadamsaya bukanlah begitu arif didalam hal ini...
cuma persoalanya ialah...
apakah telalu mulia seseorang itu sehingga setiap perlakuannya disamakan dengan nabi???sedangkan kita tahu sebagai manusia biasa kita sebenarnya tidak sama sekali setaraf dengan nabi yang sentiasa terpelihara dari dosa dan maksiat...
mungkin benar pihak umno ada mengamal kronisme tetapi mereka tidak pernah menyamakan diri mereka dengan nabi....
sila betulkan saya sekiranya saya tersalah...
Hmm memang itu juga saya x nafikan... Pada hemat saya, UMNO x berani untuk menggunakan isu agama Islam dalam politik mereka. Mungkin sebab hormat. Tetapi permainan mereka pada perkauman dan kebangsaan.
BalasPadamPAS pula lebih mengguna pakai isu agama dan kadang kala, agama seperti dipolitikkan.
Kelemahan UMNO bagi saya ialah harta. Itulah fitnah terbesar bagi mereka. Tuh yang ada rasuah, kronisme n so on..
Tapi PAS ni, yg menjadi ujian kepada mereka ialah ilmu mereka sendiri... Jadi dalam kedua-dua parti komponen ini, masing2 ada kesalahan dan kebaikan. Yang peliknya, kenapa mereka x nak saling lengkap-melengkapi? Bahkan bermusuhan lagi...