Pages

14 Januari 2011

PM jawab soalan Twitter dan Facebook guna YouTube !!!


14/01/2011 9:15pm

KUALA LUMPUR 14 Jan — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyiarkan tiga video melalui laman web Youtube, sebagai respons kepada soalan-soalan yang dibangkitkan daripada orang ramai kepada akaun Twitter blog mikronya, Selasa lalu.

Sambil menyifatkan sesetengah soalan itu sebagai kelakar, Najib berkata, usaha itu telah memberikan beliau satu ”pandangan sebenar” mengenai cara rakyat Malaysia berfikir dan menggunakan media sosial.

"Ribuan terima kasih atas (respons) menggalakkan untuk sesi Twitter dan Facebook Selasa lalu.#tanyanajib merupakan kali kelima berhubung Twitter”s Trending Topic di seluruh dunia.

"Saya teliti beberapa komen dalam tweets dan fb, dan ia sebenarnya benar-benar menarik. Sebenarnya sesetengahnya sangat kelakar,” katanya melalui video yang disiarkan.

Inisiatif Najib itu sebenarnya menunjukkan bahawa beliau melaksanakan cara yang interaktif di mana Najib dapat berhubung dengan orang ramai secara langsung antara satu sama lain menggunakan media sosial. — Bernama

1 ulasan:

  1. salam perjuangan tuan rumah..satu blog yang menarik dengan ulasan yang jitu. Saya mohon ingin berpaut dengan blog tuan http://pantausblog.blogspot.com

    terima kasih

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.