Pada awalnya kami merancang ke majlis PM namun ramai rakan blogger yang sudah pergi ke sana maka tindakan mengubah arah perjalanan dibuat oleh 'pilot' kereta kami. Akhirnya sampailah kami di Kg Kuala Tekal dan Kg Lipat Kajang untuk bersama majlis DS Zahid Hamidi.
Katanya beliau berharap anak saudara Syed Ibrahim Syed Ahmad akan menjadi bakal Wakil Rakyat Kerdau kerana ketokohannya sebagai ahli agama yang telah lama menjadi pegawai khas Menteri Besar Pahang.
Kami juga sempat menemuramah dengan abang Calon Kerdau iaitu Syed Agil Syed Ahmad,62 tahun bekas Komando Regimen 22 satu ketika dulu. Video beliau akan dikeluarkan seketika nanti yang 'panas' dengan kemarahan beliau terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap adiknya yang dikatakan tidak memiliki sijil Al Azhar. Liputan majlis Naib Presiden UMNO DS Zahid Hamidi bersama penduduk kampung tersebut turut dibuat yang mana mereka sangat gembira dengan pertemuan tersebut. Berbagai permasalahan telah diselesaikan dengan berkat kunjungan DS Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan. Sesi berlangsung dengan penuh ceria dan gembira.
Kebanyakan penduduk kampung Kuala Tekal kebanyakannya adalah sanak saudara Syed Ibrahim Syed Ahmad Calon BN. Semasa majlis tersebut mereka berikrar untuk memastikan undi total kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad pada pengundian 6 Mac 2011 nanti.
Seterusnya pertemuan kedua dengan penduduk kampung Lipat Kajang turut diadakan. Pada awalnya DS Zahid telah menjelajah kampung sambil menunggang motor diiringi penduduk. Selepas itu beliau dihidangkan minum petang oleh penduduk setempat.
Antaranya tentang isu-isu semasa seperti dakwaan PM tuduh Ikhwanulmuslimin ada kaitan dengan militan yang tidak benar sama sekali, tuduhan liar Tony Pua tentang isu pembelian kapal perang TLDM dan isu PTPTN. Video jawapan beliau boleh dilihat di sini http://www.facebook.com/ Ia juga akan diceritakan panjang lebar dalam siri II nanti.
kemaskini terakhir : Jam 10.32 pagi 28.2.2011
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.