Pages

13 Mac 2011

Catatan Sehari Bersama Datuk Seri Zahid @ Bagan Datoh Siri 1



Ini adalah restoran Mastan Ghani, Bagan Datoh yang terkenal dengan mee celup yang sangat lazat. Gambar dirakam dari bilik penginapan kami di Hotel Melintang, Bagan Datoh. Sebelum bergerak mengikut program yang diatur sebanyak 13 program, kami mengisi perut terlebih dahulu dengan bersarapan di kedai tersebut. Pegawai Datuk Seri Zahid Hamidi (DSZH) En Zamri memberitahu kedai ini tempat kesukaan DSZH jika pulang ke kawasan beliau untuk bercuti. Memang sedap dan tidak rugi jika anda singgah ke kedai ini jika berkunjung ke Bagan Datoh. Harganya juga berpatutan.Klik sini untuk gambar mee tersebut.








Selepas itu rombongan kami telah bergerak menuju tempat program di Taman Kayangan, Simpang Empat. Di mana sebelum itu DSZH telah menghadiri Program Motivasi UPSR Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang pada jam 9 pagi. Program di Taman Kayangan & Taman Desa Bersatu ialah program mesra rakyat dan kempen keselamatan bersepadu pencegahan jenayah. Gambar peragut tumpas di hadapan Panglima dalam artikel semalam adalah dari 'lakonan' kempen tersebut. Nampak real dan pelakonnya juga 'tercedera' sedikit. Namun yang penting ialah semangat tinggi pihak polis untuk memberi kesedaran kepada rakyat perlu kita hargai. Jangan ambil mudah bab keselamatan dan jangan juga serahkan sepenuhnya bab ini kepada pihak polis tanpa kita turut membantu mencegahnya. 

Selepas selesai perasmian kempen tersebut, satu sidang media telah dibuat oleh DSZH dengan para wartawan dan juga pengendali media baru seperti kami. Panglima sempat merakam video beliau mencabar Tony Pua yang membuat fitnah terhadap pembelian aset negara, semasa sidang tersebut dan ia akan disiarkan hari ini Insya Allah. Kenyataan Tony Pua sebelum ini yang dibuat di luar dewan rakyat, berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dituduh diselubungi rasuah kerana kosnya 870 peratus lebih mahal berbanding negara asing, kata DSZH boleh menyebabkan beliau disaman kerana membuat fitnah terhadap Kementerian Pertahanan. Jawapan lengkap DSZH isu tersebut sebelum ini klik sini


Selepas itu kami semua telah bergerak menuju Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Hutan Melintang untuk program Motivasi UPSR. Berita selanjutnya akan dikemaskini dalam Siri 2 tengah hari nanti.


Lihat lagi aksi 'peragut' yang dirakamkan oleh Panglima semalam.

Mencari barang berharga dalam beg


Selesai mengambil wang dan barang berharga

Penjenayah ditahan polis 

Peragut telah berjaya ditangkap

hadirin yang datang


 khusyuk menonton drama 'peragut' ditahan polis


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.