Dalam hal ini Kitab Riadussolihin bab 256 tentang bab mengumpat yang pernah disyarah oleh Ketua Pemuda PAS di blog beliau http://www.eperjuangan.com/2009/08/hukum-dedahkan-kesalahan-pemimpin.html ada huraiannya tentang keharusan tersebut seperti di bawah :
4 - Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.
Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu.
Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini.
Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain).
Bagi Panglima, Anwar adalah seorang yang berbahaya. Mengancam bukan setakat politik tetapi juga agama kita. Maka perbuatan buruk yang dibuat samada video seks atau perkataan atau perbuatan yang menyalahi syarak perlu didedahkan. Samada di blog atau facebook atau twitter. Kita takut masa depan anak cucu kita akan tergadai dengan tindakan mereka.
Huraian lain sila klik sini :
http://tasekpauh.blogspot.com/2006/11/hadis-bab-256-riyadus-solihin.html
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
2 ulasan:
Sex..sex..sex..Masih tak habis-habis udara Malaysia dicemari kisah-kisah sex sepertinya pemimpin2 & blogger2 PR & BN sudah tak ada kerja lain, membincang soal-soal sex yg hanyir itu saja pada setiap hari.
Kesian Malaysia, dunia sedang mentertawakan kebodohan kita yang membiarkan rakyat terjebak dalam isu sex yang memualkan tekak itu. Tak ada sandiwara lain lagi kah nak dipentaskan oleh pemimpin2 PR & BN serta pengikut2 mereka, mencipta escapism ketika rakyat sedang bertarung dengan harga barang yang semakin melambung?
Yang pasti kini malaikat Akib tak menang tangan mencatat dosa demi dosa demi dosa demi dosa yang dicipta oleh pemimpin2 PR & BN serta blogger penyokong2 mereka . Kesiannn.....
orang bermoral akan bincang isu moral.
mereka tidak akan pilih orang tidak bermoral.
di barat mereka tidak berapa bermoral seperti rakyat malaysia.
sebab itu mereka tidak berapa bincang isu moral.
tetapi yg bagus mereka letak jawatan jika gagal menjaga moral walau mereka bukan masyarakat kuat moralnya.
Catat Ulasan