Masih Ingatkah Anda Siti Kasim?Kali Ini GEMPAR Beliau Mahu Hapuskan JAKIM Pula..Cuba Baca!
February 3, 2018
Kuala Lumpur: Peguam pejuang hak golongan LGBT, Siti Kasim mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin demi kesejahteraan negara.
Aktivis Perhimpunan BERSIH tersebut menghebahkan keinginannya itu setelah teruja dengan tuduhan Tengku Razaleigh Hamzah di sebuah forum anjuran kumpulan Melayu ulung G25 bahawa kononnya JAKIM sebagai "tidak berperlembagaan".
Beliau berkata, "Oleh sedemikian, mari hapuskan organisasi tersebut secepat mungkin. Malaysia akan lebih baik sepertimana kita bermula kali pertama dahulu. Dana 1 bilion yang diberikan kepada JAKIM boleh digunakan untuk kesihatan kita, pendidikan dan infrastruktur untuk mensejahterakan negara ini."
"Bubarkan JAKIM," desak Siti Kasim lagi.
Peguam Saha Deva yang dianggap oleh Siti Kasim sebagai gurunya juga meluahkan perasaan teruja beliau kerana dapat merasakan peluang yang ditunggu-tunggu oleh Siti Kasim untuk mencabar JAKIM di mahkamah telah pun hampir tiba.
"Kita tunggu langkah selanjutnya. Melayu-Melayu yang sedang senyap sedang meluat dengan tindakan mereka memaksa kita," balas Siti Kasim.
Mantan Timbalan Pengerusi BERSIH merangkap sahabat Siti Kasim, Sarajun Hoda Abdul Hassan juga pernah membuat gesaan yang sama tidak berapa lama dahulu agar JAKIM dapat dihapuskan dan dimansuhkan.
Desak penerima Pingat Kelakuan Terpuji Pulau Pinang (P.K.T.) tersebut, "JAKIM menjadikan Islam bahan jenaka, ia sepatutnya dihapuskan dan dimansuhkan. Mereka menjadikan kehidupan orang Islam sengsara dengan pengawasan moral yang tidak ada di dalam al-Qur'an."
Sarajun Hoda juga pernah menuduh "pegawai-pegawai agama" menyara keluarga mereka dengan wang 'haram' di samping mendakwa umat Islam Malaysia bakal mati kebuluran sekiranya sumber rezeki mereka diasingkan antara halal dan haram.
Tuduh beliau, "90% peruntukan JAKIM datang daripada wang cukai kaum Cina pemakan babi. Pegawai-pegawai agama mendapat wang gaji daripada sumber 'haram' yang sama untuk memberi keluarga mereka makan."
"Jika diasingkan sumber halal dan haram … orang Islam Malaysia akan mati kebuluran," dakwanya lagi.
Kenyataan Siti Kasim tahun Lalu
'Tuhan terhasil melalui tenaga', Siti Kasim akan dipanggil Jakim
Jakim akan memanggil Siti Kasim (gambar) untuk mendapatkan keterangan secara terus daripadanya. – Foto: Facebook Siti Kasim
Jakim akan memanggil Siti Kasim (gambar) untuk mendapatkan keterangan secara terus daripadanya. – Foto: Facebook Siti Kasim
PASIR PUTEH: : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam, Siti Zabedah Kasim, atau Siti Kasim bagi mendapatkan penjelasan beliau tentang satu kenyataan yang dipetik olehnya sebelum ini berkenaan asal usul kewujudan Tuhan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata demikian ketika ditanya tindakan yang boleh diambil pihak berkuasa terhadap peguam berkenaan yang menyebut tentang hal berkaitan Tuhan 'yang berkemungkinan diciptakan oleh 'sesuatu'.
"Kita akan memanggil beliau.
"(Dalam hal) ini ramai yang keliru. Jakim tak ada kuasa untuk menguatkuasa Enakmen Akidah Kuasa Negeri atau mempunyai autoriti berkaitan akidah.
"Apa yang Jakim boleh buat, kita akan panggil dan harap jabatan agama Islam negeri mungkin boleh ambil tindakan. Jakim akan panggil (Siti Kasim). Mungkin dia ini tidak tahu, jadi kita nak tahu apa sebenarnya dari mulut beliau," ujar Asyraf.
Aktivitis liberal itu dalam satu rancangan temu bual media berbahasa Cina beberapa tahun lalu berkata bahawa beliau berfikir tentang asal usul kewujudan Tuhan.
Katanya, seseorang telah memaklumkan kepada beliau bahawa Tuhan itu wujud melalui tenaga yang dihasilkan daripada manusia iaitu setiap darinya bergantung sama ada ia mempunyai aura tenaga positif atau negatif.
Siti Kasim seterusnya menyebut sumbernya memberitahu, jika aura tenaga positif yang baik beliau percaya Tuhan yang baik akan dapat dihasilkan, begitu juga sebaliknya.
Menurut Asyraf lagi, kenyataan yang dipetik oleh Siti Kasim itu bercanggah dengan akidah Islam dan bersifat mengelirukan.
Siti Kasim Adalah Anak Kasim Ahmad Pemimpin Anti Hadis
NAMA Siti Kasim mula dikenali umum di Malaysia setelah peguam itu acapkali tampil memperjuangkan pelbagai isu berkaitan hak asasi manusia.
Tetapi masih ramai yang tidak kenal siapa sebenarnya Siti Kasim yang disebut-sebutkan ini? Dari manakah dia dan apakah sebenarnya perjuangannya?
Cerita Siti Kasim ini sebenarnya sudah lama. Pada tahun 2014 lalu, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, 'The Herald' dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis 'Allah sekelian alam.'
"Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.
"Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.
"Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia," kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.
Selain itu juga, Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) 'Seksualiti Merdeka' yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).
Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.
Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.
Malahan, ada yang mengatakan bahawa Siti Kasim sebenarnya merupakan anak kepada seorang intelektual kontroversi Dr Kasim Ahmad.
Kasim Ahmad merupakan bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan merupakan perjuang anti hadis di negara kita.
Gerakan Anti-Hadis dianggap dipelopori oleh Dr Kasim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali pada 1985. Beliau terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi 'Hadis : Satu Penilaian Semula'.
Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Sumber: https://www.menara.my/bubarkan-jakim-siti-kasim/#
via
via
http://kakipalu.blogspot.my/2017/03/siti-kasim-adalah-anak-kasim-ahmad.html?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan