Pages

09 Mac 2011

Rahsia Tali Leher Saifuddin Abdullah Terbongkar - Syabas Blogger Gelombang Rakyat !!!

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 




Blogger sedang meningkat naik - Gelombang Rakyat ada menulis  di sini

Di sebalik perwatakan seorang Pemimpin UMNO bernama Saifuddin Abdullah, ada terselit di naluri batinnya memuja Penderhaka Bangsa, Anwar Ibrahim. Lagak sombong mempertahan tindakan beliau melambung Kumpulan Pro Mahasiswa IPTA ternyata salah 1 bukti jelas ada agenda tersembunyi menjatuhkan Kerajaan. Melayu CinDia tertarik dengan 1 'hadiah' istimewa yang beliau perolehi daripada Anwar Ibrahim. Bukan seluar, apatah lagi seluar dalam, tetapi Tali Leher.




Tali leher MCKK yang dipakai oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dikatakan sebagai tanda simpati buat Anwar yang dipenjarakan. Kempen mengenakan tali leher ini telah diarahkan secara sulit kepada mana2 pemimpin UMNO yang menyokong Diktator PKR ini. Ramai yang tidak mengetahui akan tagline ini. Jika ada yang tahu sekalipun, sekali dipandang tidak ada yang menyambut seruan kempen ini.

Akan tetapi, dalam terlepas pandang, terkantoi juga seorang ahli Kabinet bernama Saifuddin. Beliau menyahut seruan protes dan simpati terhadap Anwar. Tali leher ini dikenakan pada 1 hari yang ditetapkan seperti yang diarahkan.

Tidak disangka, masih ada totok Anwar di dalam UMNO. Sebelum ini ramai yang mengsyaki beberapa Pemimpin UMNO yang masih setia pada Anwar termasuklah Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi. Akan tetapi, sasaran tidak menjadi. Bukan Zahid Hamidi yang masih setia pada UMNO. Rupa2 nya Saifuddin Abdullah.

Apa yang kita mampu lakukan? Hanya Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak yang layak.

1MALAYSIA...



Panglima : sepandai-pandai Timbalan Menteri KPR melompat akhirnya terjatuh dalam lobang 'kantoi' jua.  Pendedahan ini barangkali boleh menambah kepada apa yang sudah dibongkar oleh ramai blogger yang anda boleh temui sendiri di Google. 

Harap tulisan ini dibaca oleh YAB Perdana Menteri dan orang sekelilingnya.

2 ulasan:

  1. klu x salah setiap hri rabu,sesiapa ahli prlimen x-mckk mmg memakai tali leher mckk...

    BalasPadam
  2. jatuhkanlah sesiapa sahaja yang anda tidak suka, itu hak anda.....

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.