Bukan setakat orang Felda, atau pak cik tua di pendalaman Bario, tetapi mahasiswa kita juga tidak dilupakan. Keperihatinan yang tercerna dari tagline 'rakyat diutamakan' dalam 1Malaysia, adalah cermin daripada sifat 'rahmat seluruh alam' yang dibawa oleh utusan Allah Nabi Muhammad saw.
Pemimpin yang baik untuk rakyat yang baik dan pemimpin yang korup lagi zalim akan menjadi pemerintah kepada rakyat yang suka kejahatan dan maksiat. Untuk mengekalkan pemimpin yang baik lagi jujur menjadi pemimpin kita maka sayugia kita membaiki diri dan menambahkan amalan akhirat agar kita sentiasa dipimpin pemimpin yang baik bukan sebaliknya.
Syabas PM atas kata-kata semangat dan kepada para mahasiswa, belajarlah bersungguh-sungguh demi menjadi penerus kecemerlangan negara di masa hadapan. Buang halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan usaha anda menuntut ilmu apatah lagi gangguan untuk melibatkan diri dalam politik jalanan tajaan pembangkang.
Semoga kejayaan anda akan membawa kebanggaan kepada ibubapa, agama, bangsa dan juga negara kita. Selamat berusaha !!!
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.