Pages

14 April 2011

Blogger Angin Perubahan Dedah Calon PKR Ustaz Ahmad Nazib Menganiaya Isteri Keduanya !!!



Gambar terbaru Ustaz Ahmad Nazib dengan seorang wanita misteri bernama Dayangku Shi**h yang dipercayai isteri keduanya. Ustaz Ahmad Nazib, calon PKR di Satok tidak mengaku mempunyai seorang lagi isteri dalam siri ceramahnya di Satok pada 8 April 2011.

Pendedahan mengenai kisah isteri kedua Ustaz Ahmad Nazib, seorang peguam syarie yang berkahwin di Thailand setelah gadis tersebut mengandung telah sampai ke pengetahuan kaum keluarga Ahmad Nazib (baca sini).

Hendak berubah bagaimana Ustaz?

Sarawak SUN turut mendedahkan gambar gadis yang dipercayai menjadi isteri kedua Ustaz Ahmad Nazib dan anaknya (baca sini). Pada tahun 2010, tiba-tiba Ahmad Nazib telah menghantarkan surat cerai kepada isteri keduanya itu melalui pos tanpa menyatakan apa-apa sebab.

Selepas menceraikan isteri keduanya, Ahmad Nazib tidak pernah mempedulikan nafkah, termasuklah kepada anaknya. Sekarang bekas isterinya dan anaknya terpaksa bergantung hidup kepada bekas bapa mertua Ahmad Nazib yang bernama Pengiran K (baca sini).

Gambar Ustaz Ahmad Nazib dengan isteri pertamanya.

Bagaimana Ahmad Nazib hendak mewakili wanita-wanita yang dianiaya suami di mahkamah, jika Ahmad Nazib sendiri pun mengkhianati isterinya? Bagaimana Ahmad Nazib hendak jaga puluhan ribu pengundi di dun Satok sekiranya dia menang, sedangkan isteri dan anaknya pun dia tinggalkan begitu saja?

Rakyat Sarawak usah terima calon-calon pembulak daripada pembangkang. Pakatan pembulak mengimport calon-calon bermasalah untuk menjadi wakil rakyat di Sarawak. Tolak Pakatan Pembulak. 16 September 2008 adalah hari pembohongan besar di Malaysia. 16 April 2011, adalah hari rakyat Sarawak mengundi untuk pertahankan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.