Pages

21 April 2011

Kenapa Anwar Bela Nik Aziz Dibongkar & Siapakah Liabiliti Kepada PAS Yang Sebenar ???





  1. PAS adalah ancaman kepada musuh Islam dari segi nama dan juga perjuangannya satu ketika dulu. Dengan tokoh pemimpin di dalamnya yang yang gigih memperjuangakan negara Islam dan undang-undang Islam, ia dilihat sangat berbahaya dari luarannya. Namun sayang,  isi perjuangan PAS sekarang sudah pun bertukar 'rasa, warna dan baunya'. Tidak lama selepas berpelukan dengan Parti Terasis DAP dan Parti Perasis PKR.
  2. Untuk menjatuhkan PAS bukan senang. Maka agen Barat telah menggunakan taktik diajar oleh CIA / Mossad yang sangat berbeza dari apa yang kita fikirkan. Membunuh dalam senyap tanpa meninggalkan kesan adalah caranya.
  3. Kaedah mengajar 'get your enemy closer' atau  'mendekatkan musuh' diguna dalam memusnahkan musuh dan itulah yang terjadi pada PAS. Ketika DAP memeluk PAS dijodohkan oleh PKR, ketika itu juga pisau ditikam kepada PAS dengan menanam ajaran PAS FOR ALL. Akhirnya kalimah Allah dan juga kesucian Al Quran telah digadaikan demi KUASA.
  4. Sejak PRU 12 kita dapat lihat PAS semakin musnah dalam senyap. Ketika DAP makin banyak meraih undi dan PKR makin mendapat sokongan, ironinya PAS pula telah terbenam perlahan-lahan. Lihat di Sarawak, PAS gagal di kerusi yang ditandinginya manakala DAP meningkat dua kali ganda jumlah kerusi dan PKR pula meningkat tiga kali ganda.
  5. Siapa tidak tahu bagaimana hubungan rapat Anwar sejak muda lagi dengan Amerika dan semua sudah syak beliau adalah orang yang menjadi balaci kepada musuh Islam. Ketika Anwar dan Nik Aziz berganding memusnahkan PAS secara perlahan-lahan ketika itu juga ramai orang tidak sedar peranan mereka berdua dalam memusnahkan PAS. Jatuh PAS, tentu PKR akan makin kuat dan DAP menjadi parti terkuat kalangan mereka.
  6. Selepas Anwar mula menerajui Pakatan Rakyat dan PAS diajak bersama-sama dalam Pakatan ini yang masih lagi gagal didaftarkan sehingga hari ini, maka niat sebenar Anwar semakin jelas untuk merosakkan PAS dengan menggunakan Nik Aziz. Imbas kembali segala perkataan Nik Aziz sebelum ini yang jelas menjadikan PAS makin ditolak oleh orang Melayu Islam dan mencemar imej PAS sebagai parti Islam itu sendiri. Nik Aziz juga lebih pertahankan Anwar melebihi Hj Hadi.
  7. Sebelum ini UMNO juga telah berjaya dirosakkan oleh Anwar Ibrahim dengan budaya politik wang yang dahsyat yang membawa kepada kejatuhan pemimpin yang ikhlas seperti Allahyarham Tun Ghafar Baba. Jika ditanya kepada orang veteran Umno tentu mereka pasti akan mengakui Anwar adalah puncanya. Namun Melayu di tanah air kita nampaknya seakan mudah lupa dan terlupa parti terkuat mereka pernah cuba dimusnahkan oleh Anwar dengan gejala rasuah politik wangnya. 
  8. Selepas gagal dalam Umno, Anwar telah menghantar orang-orangnya menguasai PAS. Lihat berapa ramai orang Anwar dalam PAS sekarang seperti Kamaruddin Jaafar dan mereka telah diturunkan semasa pemilihan sebelum ini penangan bloggers yang bersatu melawan geng Erdogan. Tidak lama lagi dikhabarkan geng Erdogan ini, akan membuat 'come back' termasuk bersedia untuk melawan Hj Hadi pada pemilihan akan datang. Gelombang tersebut sedang mula bergerak perlahan-lahan dan menunggu sahaja masa membaham seperti tsunami. Melabelkan Hj Hadi sebagai liabliliti salah satu caranya dan ia telah bermula seperti di The Malaysian Insider. Sedangkan Nik Aziz yang sepatutnya layak atau patut digelar liabiliti kepada parti PAS !
  9. Apa yang perlu dibuat oleh orang Melayu Islam dalam hal ini ? Hanya satu pilihan yang ada,  iaitu dengan berjuang habis-habisan untuk menguburkan pengaruh DAP yang menggunakan Anwar dalam memusnahkan PAS selain UMNO. Pendekatan terbaik kita ada ialah menjadikan UMNO bersatu kembali dengan PAS.
  10. Yang paling ditakuti oleh Zionis dan musuh Islam ialah apabila kedua parti terbesar Melayu Islam ini bergabung. Percayalah bahawa senjata utama untuk melawan mereka ialah dengan menyatukan umat Islam agar dengan PERPADUAN itu maka kita akan makin kuat dalam melawan mereka yang sememangnya aktif merencana  taktik menjatuhkan Islam dan umatnya di mana sahaja dalam dunia ini.
Anwar dan Nik Aziz = Perosak Umno dan PAS Secara Terhormat !!!



Sebarkan tulisan ini jika anda rasakan berguna untuk memerangi agenda Zionis di negara kita.


nota : maklumat lanjut dalam artikel di atas perlu dicari dalam Google kerana ia sudah biasa difahami kecuali jika anda baru pertama kali membuka blog politik.

Artikel berkaitan : http://empayar-pemuda.blogspot.com/



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 



1 ulasan:

  1. Saudara Hilmi, janganlah terlalu taksub dengan pemimpin kesayangan saudara.Lihatlah apa yang berlaku sekarang, jangan lah terlampau taksub dan buta sejarah saudara, maka saudara akan menyesal seperti nasib bangsa melayu di Singapura.

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.