Pages

29 April 2011

PELIK TETAPI BENAR - BLOG ANWAR IBRAHIM SIAR ARTIKEL ISLAM BENAR SUMPAH MUBAHALAH UNTUK NAFI FITNAH !!!





artikel tersebut disiar di sini : http://anwaribrahimblog.com/2011/04/29/sumpah-penjelasan-pgsm-berhubung-mubahalah/


ia disiar oleh Harakah dan diterbit kembali di blog Anwar Ibrahim.


Dalam video AgendaDaily semalam selepas membuat laporan polis, Anwar bertanya kepada wartawan nas manakah yang meminta beliau bersumpah sambil meminta agar kita menerima pendapat Dr Asri Zainal Abidin yang sama pendapat dengan beliau tentang sumpah ini. 


Video tersebut klik sini http://www.youtube.com/watch?v=hBxfpOns3d0&NR=1


Namun beliau terlupa blog beliau sendiri telah menyiarkan artikel meminta sumpah dibuat untuk membersihkan diri.


Sila lihat sedutan artikel tersebut :




Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah.


selain itu artikel tersebut menunjukkan cara sumpah mubahalah dibuat : 



Jelasnya, mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Katanya, seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar.

”Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. ”Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong,”






Nampaknya sekali lagi Anwar 'checkmate' dalam hal ini.

1 ulasan:

  1. SYARAT-SYARAT MUBAHALAH

    Melihat kepada asbab nuzul, ulama menetapkan syarat-syarat mubahalah adalah seperti berikut;

    1. Hendaklah dilakukan dalam keadaan Ikhlas kerana Allah. Ia tidak boleh dilakukan dengan tujuan hawa nafsu, sebaliknya hendaklah digunakan dengan tujuan mempertahankan kebenaran atau menzahirkan kebenaran.

    2. Hendaklah ia berlaku SELEPAS dari PERTIKAIAN ILMU. Tanpa pertikaian terlebih dahulu, maka tidak seharusnya berlaku mubahalah. Mubahalah itu, hendaklah dalam perkara yang berlaku dalam perkara keilmuan.

    Menurut kupasan Dr Yusuff Al Qardawi "Al-Imran ayat 61[1]”
    Mubahalah tidak berlaku dalam perkara jenayah. Ini kerana, perkara jenayah adalah melibatkan perkara teknikal yang berkait dengan hujah & bukti mahkamah, sedangkan mubahalah tidak berlaku dalam mahkamah.

    Hukum sumpah adalah makruh & boleh menjadi haram.
    Firman Allah;

    وَلَا تَجْعَلُوا اللَّهَ عُرْضَةً لِأَيْمَانِكُمْ أَنْ تَبَرُّوا وَتَتَّقُوا وَتُصْلِحُوا بَيْنَ النَّاسِ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

    Maksudnya;
    “(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah,
    Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui”

    Tidak harus mubahalah kecuali dalam perkara yang terlalu penting dalam syarak, iaitu sekiranya tanpa mubahalah, ia mampu melahirkan kecelaruan dalam pemahaman agama. Ia disyaratkan bahawa selepas ditegakkan hujjah,
    melakukan usaha yang kuat dalam menghilangkan kesamaran iman & akidah dan didahului dengan nasihat dan pesanan”

    Nabi SAW pernah bersabda;

    الْكَبَائِرُ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَالْيَمِينُ الْغَمُوسُ

    Maksudnya;
    “Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan sumpah yang dusta”

    [Al-Bukhari : 6182]

    ORANG MUNAFIQ SUKA BERSUMPAH

    Firman Allah;

    يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَنْ يُرْضُوهُ إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ

    Maksudnya;
    “mereka bersumpah kepada kamu Dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah Yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang Yang beriman”
    [At-taubah : 62]

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.