Masalah 1 - kewangan !
Masalah 2 - kewangan !
Masalah 3 - kewangan !
Masalah saya :
. Kereta dan rumah tertunggak.
Rumah saya hampir disita.
Bank menelefon bertalu-talu.
Ibubapa terpaksa bantu.
isteri terpaksa bagi pinjam duit.
Gaji pembantu rumah tidak dapat dibayar.
Duit minyak kereta pun tak berapa ada.
Orang fikir kita senang tetapi dalam hati menderita siapa kenang ?
Siapa mahu bantu kita berjuang jika orang sekeliling kita pun tidak peduli ?
Siapa yang mahu menolong sahabat ketika susah dalam berjuang ?
Maafkan saya. Saya sudah tidak larat nak menulis dalam keadaan tersepit macam ini.
Tulisan ini pun terpaksa dihasilkan selepas panggilan demi panggilan dari sahabat karib yang bertanya sehingga mereka turut menangis mendengar nasib saya sebagai blogger yang berjuang tetapi tidak dihargai.
Saya bukan tidak mahu berjuang tetapi saya sudah senak otak memikirkan jalan menyelesaikan masalah kehidupan yang melanda.
Saya tidak akan berhenti menulis ketika saya sedang mendapat hits 10 - 20 ribu sehari...
Tetapi saya terpaksa berhenti kerana masalah ini.
Saya akan kembali jika semua sudah kembali pulih !!!
terima kasih sahabat yang menanyakan keadaan saya. Saya akan ingat siapa yang ingat saya ketika menderita. Saya juga akan ingat siapa yang mudah lupa kawan-kawan selepas senang.
Iklankan di sini jika anda ingin membantu ! Saya tidak ada tauke yang ingin beri wang.
( tulisan ini menggunakan wifi bukan broadband )
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Salam bro Pang5.
BalasPadamHidup ini perjuangan, tauke kita Allah s.w.t. apa yang kita lakukan selama ini adalah dengan izin allah. Insyallah aku percaya Allah akan menolong mu. Ingatlah pertolongan allah lebih baik dari segalanya.
Salam Perjuangan,
BalasPadamSaya cukup terharu dengan keadaan yang tuan hadapi ketika ini, pembangkang sering melihat blogger pro-kerajaan selalu menerima ganjaran yang cukup tinggi, inilah buktinya, semoga ada bantuan kewangan dari mana-mana pemimpin yang kasihankan tuan yang memperhambakan diri sudah terlalu lama berjuang menaikkan semula parti kerajaan dan juga pemimpinnya.
panglima sabar
BalasPadamsesungguhnya orang yang ikhlas berjuang kerana Allah akan di uji-dan inilah ujiannya
my sympathy to you.we have to carry on with our life.it is full of struggle.
BalasPadamsalam sahabat,
BalasPadamsaya pernah memberi pandangan bagaimana kita kena berubah dalam era perjuangan cara baru, saya juga hampir gagal untuk berubah namun saya cepat mengubah arah. BPN sudah tidak lagi relevan terutama jika kita tidak mengubah modius operandi. Saudara belum terlambat untuk berubah.....berjuangan untuk alif-ba-ta juga perlukan sokongan material. Siapa lagi yg berdiri dibelakang BPN? jawapannya tiada.....jika sayangkan BPN, susun semula namun usaha itu belum tentu berjaya kerana sudah agak terlewat kerana pendukungnya sudah berdiri diatas tapak masing-masing..
Eloklah berhenti menulis daripada terus menyebar fitnah. Ada hikmahnya Allah tarik semua nikmat dunia.
BalasPadamMasalah Wang. IC.
BalasPadamI say man. Masalah besaq juga ni. Janji jiwa tak bermasalah sudah la.
Menulis, tetap kena menulis sampai boring.
SELEPAS NI SAUDARA TULIS LA PERKARA2 BAGAIMANA SAUDARA MENYELESAIKAN satu persatu semua MASALAH tersebut diatas.
Tulis mcm mana saudara cari kerja. Dapat kerja dan jadi kayaraya. kemudian tulis buku
Tulis la 1 minggu sekali. 1 bulan sekali. Gerenti jadi hit. Peminat-peminat saudara akan sentiasa menunggu.
Ceritakan mcm mana anda selesaikan masalah tersebut. Ramai lagi bloggers yg keja menulis, keja lain tak mau. Bini, mak, bapak, mentua semua dok marah sbb nak mampus, duduk depan laptop keja tak cari.
Bini yg bagi makan suami. Dah terbalik.
INGAT SETIAP KEJADIAN ITU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA. PERCAYA LAH.
BLOGGERS LAIN MCM SAUDARA PUN BANYAK LAGI. ILMU BOLEH DIPEROLEHI dari saudara.
Frm HHalem
Dah kaya raya:-)
Salam,
BalasPadamTak perlu berhenti. Masih banyak jalan. InsyaAllah iklan saya akan sentiasa di atas tu setiap bulan.
Salam. Hubungi sy segera.
BalasPadamBro, guna Google Adsense. Kalu satu hari 10K-20K hits, takdak masalah utk bro dapat $1K-$2K sebulan, yer USD bukan RM, sebulan... good luck bro!
BalasPadamBiar betul bro??? takkan dah pokai... baru je aku masukkan 5 juta dalam account ko minggu lepas! ko kena getah dengan china doll ke??? agak2 la bro.... nie mesti ko kena blackmail dengan video sex ko kot???!!
BalasPadamhhahahahaha....
jgn lupa ceraikan bini no2 ko tu.. nanti aku leh nikah dgn dia.. lawa tuuu! bergetah sekerap tuuu!!!!
gurau bro! hehehe
bro.. pinjam issue hang nie.. buat penyeri blog hamba!
BalasPadamSalam Panglima,
BalasPadamharap tabahkan hati bro, sabar utamakan..perjuangan memang begini bro pasti ada ranjau dan duri yang harus kita tempuhi.
bereskan separuh, kemudian separuh lagi dan saki-bakinya perlahan-lahan langsaikannya..jangan membebankan diri dengan menyelesaikan secara sekaligus.
saya juga biasa sudah mengalami keadaan yang serupa dan harapan saya walauapapun teruskan menulis dan jangan berhenti terus..rehat dua tiga minggu..dan tenangkan fikiran.
perjuangan perlu diteruskan..
Salam perjuangan dari Anak Merdeka !
salam panglima perang cyber...
BalasPadamsaya salah seorang pembaca setia anda...bersabar lah wahai saudaraku..perjuangan anda merupakan perjuanagn bangsa
salam persaudaraan
aradoqx
APA adalah blogger yang dikencing pemimpin Umno terdahulu lebih 200juta.Kes yang akhirnya ditolak makamah setelah berjuang selama lebih 8 tahun.
BalasPadamTinggal saperti pelarian.Makan minum pun tak menentu sejak 2004.
Tapi tetap percaya UMNO adalah satu satunya wadah yang kita ada untuk membela bangsa.Tidak pernah mengkhianati dan tidak pernah membenci Umno,cuma membenci pemimpinnya yang rakus.
Masih lagi menulis tapi lebih kritikal terhadap pemimpin.APA hilang segala galanya kerana berbakti kepada UMNO.
Kalau masaalah spt yang Pang5 tulis diatas cuma sekadar sebaldi air dalam kolam renang jika hendak dibanding dengan masaalah yang UMNO wariskan untuk APA.
Yang penting perjuangan utk bangsa wajib diteruskan...
????????????????????????????
BalasPadam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
????????????????????????????
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kelu lidah teman mendengonya !
Ngape jadi gitu !