Pengerusi SUPP Pujut rentung nahas
MIRI 16 April - Hasrat Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Pujut Corner untuk membuang undi hari ini tidak kesampaian apabila dia rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar di Bulatan Pujut Tujuh di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, Chong Shin Fatt, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat hangus terbakar.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim berkata, mangsa memandu bersendirian kereta Proton Waja sebelum tiba di Bulatan Pujut Tujuh.
"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta mangsa tiba-tiba terbakar dipercayai akibat litar pintas.Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa, namun api begitu marak menyebabkan sukar untuk mengeluarkan mangsa,"katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda sebanyak di sini.
Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..
Tapisan tidak dibuat di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.