Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau di Bagan Datoh, di Shah Alam hari ini.
Ahmad Zahid berkata walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.
Sehubungan itu katanya, kementerian tersebut terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas semua anggota tentera terbabit.
Akhbar sebelum ini menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.
Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.
- Bernama
Faktanya mereka tersilap kerana mendedahkan gambar tersebut di Facebook. Silap yang tidak disedari akan membawa bahaya kepada mereka sendiri.
Gambar tersebut :
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Malamg betul LLP nie.. Kerana burung, perkhidmatan terganggu. tgk muka mcm LKpl ngan KPL. kesian.. x pasal2..
BalasPadam