oleh : Razali Rahman
Kota Baharu, 20 Mei 2011, Ceramah Di Padang Perdana Kota Baharu,Husam Musa dengan bangganya mengatakan pengikut PAS Kelantan antara orang terawal masuk syurga dengan mengiringi para Nabi. Adakah hanya dengan menganut fahaman PAS sahaja boleh menjanjikan seseorang itu masuk Syurga. Adakah dengan sekadar mengundi PAS sahaja pun boleh Husam Musa boleh menjanjikan Syurga kepada para pengikut. Apakah hak Husam Musa mengatakan mengundi PAS boleh menjanjikan syurga kepada pengikutnya. Bagaimana pula orang yang berzina, orang yang minum arak, berjudi dan makan harta rakyat, makan harta anak yatim, lalu mereka mengundikan PAS di kelantan adakah juga mereka akan menjadi pengirim para Nabi ke Syurga Allah. Atau Syurga itu adalah satu rasuah poltik [AS sahaja untuk mendapatkan undi dengan mudah.
Diakhir ceamah itu juga PAS telah mengadakan satu Baiah yang berbunyi," Allah matlamat kami, Nabi Ikutan Kami, Al Quran Pelembagaan kami, jihat jalan kami, mati syahid cita-cita kami, demi islam darah dan nyawa kami taruhkan". Kalau diteliti sepintas lalu memang nampak cantik baiah PAS yang di lafaskan. Persoalannya apa bukti perlembagaan PAS itu pelembagaan islam. Sedangkan sudah 20 tahun PAS memerintah Kelantan kelahiran anak luar nikah berluasa tanpa apa-apa tindakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Saban hari anak luar nikah di daftarkan di Kelantan apa tindakan Kerajaan Kelantan kepada wanita yang melahirkan anak luar nikah itu. Ternyata tiada. Adakah ini contoh yang dikatakan pelembagaan PAS adalah pelembagaan Al Quran dan Islam. Tepuk dada tanya hati.
Nabi Muhammad SAW ikutan kami, indah sungguh didengar tetapi adakah PAS mengikut sunah rasulllullah dengan bersentongkol dengan DAP yang terang-terang memusuhi Islam. Nak dikatakan PAS mengikut piagam Madinah dalam Islam pun tak boleh diterima akal. Ini kerana dalam perlembagaan Madinah pihak Yahudi musuh Islam mengiktiraf pemerintahan nabi serta mengikut perintah Nabi . Tetapi dalam konteka pengabungan PAS, PKR dan DAP yang menbuat dasar dan keputusan adalah DAP dan PKR dan pas hanya pelengkap sahaja ibarat melukut ditepi gantang.
Jihat jalan kami. Dengan siapa PAS nak berjihat. Adakah dengan menumbangkan pemerintahan yang telah di terajui oleh orang Islam kemudian digantikan dengan pemerintahan dap itu adalah satu jihat ke jalan Allah. Adakah dengan bersetongkol dengan musuh Allah dan membiarkan dap berteruskan menghina islam itu adalah satu jihat bagi PAS. Naumzubillah himinulzalib. Shahid cita-cita kami. Adakah selama ini pemerintah yang ada membunuh orang-orang PAS yang beragama islam berdakwah ke jalan Allah. Atau pun adakah kerajaan yang ada hari ini menindas umat Islam hingga perlu ahli PAS menumpaskan darah sebagai seorang syuhadah. Atau lebih jelas baiah ini hanyalh rektorik politik semata-mata bagi melahirkan pengikut yang fanatik dan taksub seterusnya memyebabkan mereka menjadi redikal.
Sanggupkah kita lihat peristiwa memali berulang kerana fahaman politik ketaksuban yang melampau ini berterusan.
Panglima : PAS sudah kehabisan modal. Lalu cuba membodohkan orang melayu kita dengan menjanjikan mereka terawal masuk syurga. Modal ini dilihat ada sedikit penyesuaian selepas tidak lagi mahu mengatakan mereka sahaja yang masuk syurga.
Soal awal atau lewat, masuk atau tidak syurga itu tidak perlu diulas dalam ceramah politik. Semua orang boleh jadi masuk atau tidak meskipun mereka itu bernama nik aziz, hj hadi atau anwar ibrahim.
Maka cubaan mereka mahu menggunakan elemen agama untuk mentaksubkan pengikut demi 'menumpahkan darah' dalam 'dongeng' mereka untuk menegakkan pemerintahan Islam - harus kita lawan dengan hikmah dan bijaksana.
Jika betul penerangan kita, jelas fakta kita tentu tidak ada orang akan mengikut 'bodohan' yang cuba dilemparkan oleh puak-puak ini. Kita tahu mereka yang terpengaruh dengan 'bodohan' tersebut adalah orang yang tidak lagi mahu menggunakan akal yang waras tetapi terpengaruh dengan bisikan syaitan yang menguasai hati yang keras.
Moga Allah selamatkan negara kita dari puak pelampau agama atau bangsa samada Melayu Cina atau India.
Allahumma amin...
HUSAM lepas minum air kencing dap, tulah cakapnya extrim merapu + tonggong. takat suruh langau, lancau hamPas jadi pengikut dah dijanji masuk surga, atuk dia punya ker surga yg dijanjikan. husam pakai kitab: HAMPAS, DAP, PKR
BalasPadamHUSAM tak tau ker, dia sendiri akan menjadi ahli neraka, pemimpin yg memesong dan putar belit semasa hidup didunia ni///
PAS ni lg teruk dr Arqam aku rasa. dan sampai ke tahap ayah pin dh ni. Tp majlis agama kebangsaan xder pulak nk ambil tindakan apa2... ini boleh mendatangkan sesat.
BalasPadam