Pages

19 Mei 2011

Blogger PAS Pertikai Cara Pemilihan Parti - Hentam Harakah - Dan Memberi Amaran PAS Boleh di-HARAM-kan !!!


Panglima ada awalnya enggan menyentuh tentang pemilihan PAS kali ini. Hal dalaman parti PAS tidak perlu rasanya dicampur oleh pihak luar seperti kita sebagai blogger anti mereka. Tetapi apakan daya kemelut yang menimpa parti tersebut wajar dihebahkan kerana ada 'nilai teladan' yang boleh diambil dari kisah tersebut.

Semua tahu bahawa PAS bercita-cita menguasai kerajaan. Pakatan Rakyat adalah platform mereka menyusun dan mengumpul kekuatan demi mencapai kuasa yang dihajatkan. Sebelum ini PAS juga berjaya menawan Kelantan dengan menggunakan kesempatan di atas perpecahan UMNO yang menyaksikan Ku Li yang kalah dalam pertandingan Umno, berpakat dengan PAS atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). 

Namun, seperti biasa gabungan palsu dan dipenuhi individu yang palsu perjuangan dan demi dunia semata-mata tidak akan bertahan lama. Hasilnya pakatan APU itu telah runtuh dan Ku Li akhirnya kembali ke pangkuan Umno. 



Kisah pemilihan parti PAS yang mana asal usulnya ditubuhkan tidak lain adalah disebabkan pemimpin pengasas mereka kalah dari UMNO atas dasar kecewa ( tidak ubah seperti Anwar yang dipecat angkara perbuatannya lalu menubuhkan PKR ) hangat diperhatikan oleh rakyat. Mereka tidak sabar ingin mengetahui siapakah yang bakal menjadi pemimpin baru dalam PAS selepas Hj Hadi kekal sebagai Presiden. Malangnya pemilihan kali ini telah mengundang kontroversi seperti yang Blogger Pro PAS bernama Greenboc ulas di blog beliau : 

Pemilihan pimpinan PAS Pusat kali ini dilakukan dengan cara yang AMAT GANJIL yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dimana jumlah pencalonan untuk calon-calon yang bertanding tidak didedahkan dengan alasan KONONNYA untuk Jawatakankuasa Pemilihan "tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)"





Beliau juga menambah : 


Ramai pemerhati politik berpendapat alasan sedemikian adalah satu bentuk alasan yang tidak dapat diterima oleh mana-mana organisasi yang yang sepatutnya TELUS di dalam hal-hal pemilihan pimpinan

GB juga mempertikaikan kenama nama Dr Zulkifly tertinggal !




Sambung GB :

Kemudian, apabila disedari nama Dr Zulkefli tidak tersenarai, harakahdaily memasukkan nama itu TANPA pemberitahuan dan TANPA sebarang makluman bahawa artikel itu telah diubah. Pun tiada pernyataan MAAF dikeluarkan.


Sungguh dasyat kerja-kerja yang tidak beretika tersebut.




Bagi Panglima : apa yang berlaku menunjukkan kelemahan PAS di dalam membuat pemilihan ! Jika perkara penting untuk parti ini gagal diuruskan dengan baik, bagaimana pula masa depan kita jika PAS menjadi pentadbir negara ini ?


Patutlah masalah demi masalah melanda Kelantan dan Kedah yang kini diketuai oleh pemimpin PAS !!! Masalah yang senang untuk diselesaikan juga masih berlarutan sehingga kini tanpa ada sebarang penyelesaian yang mampu dihasilkan.


PAS dan PKR sama sahaja, kecoh dan ribut menghiasi pemilihan mereka kerana masing-masing dari peringkat Ketua dan anak buah semuanya bertuhankan kuasa membelakangkan agama asalkan dapat mencapai matlamat walau terpaksa menghalalkan cara !

Alhamdulillah BN / UMNO satu persatu mencapai kejayaan atas segala perancangan yang dirancang sehingga berjaya dilaksanakan. 

Kata dan janji dikotakan bukan dibakulsampahkan. Perbezaan inilah yang sewajarnya dinilai oleh rakyat agar mereka dapat memilih parti yang benar-benar mampu menguruskan negara bukan memampuskan negara kita dengan pembohongan dan penipuan mereka.


Ulasan GB di sini : 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.