Pages

18 Mei 2011

Demi Politik - Adi Putra & kanak-kanak turut dipergunakan oleh Anwar & Pakatan Untuk Raih Undi !!!



Rakaman video di atas dirakam pada 4 Mei 2007 bertempat Taman Melewar di Markas PAS oleh Malaysiakini. Video di atas menunjukkan dengan jelas kepada kita semua tabiat buruk dan keji pihak Pakatan dalam mencari keuntungan politik sehingga ia telah melanggar adat kebiasaan kerana menggunakan budak kecil untuk memuji Anwar dalam mencari sokongan dan pengaruh di kalangan rakyat. 

Bagi Panglima - tindakan menjemput budak kecil seperti Adi Putra yang juga seorang budak melayu pintar untuk naik pentas politik ketika usianya 8 tahun ( lahir 1999 ) adalah perbuatan yang SUNGGUH tidak bermoral dan SANGAT memalukan. 

Pakatan sememangnya sejak dulu hingga kini sanggup menggunakan apa dan siapa sahaja demi politik mereka waima terpaksa menggunakan budak kecil dalam kempen mereka. Mereka sangat kejarkan kuasa sehingga tidak lagi perihatin tentang nasib kanak-kanak yang dilibatkan dalam kancah politik...

Jelas sekali bahawa kita tidak boleh biarkan ia terus berlaku. Masyarakat harus menghalang mana-mana parti dari terus menggunakan kanak-kanak untuk tujuan politik kerana sudah pasti ia akan merosakkan kanak-kanak tersebut yang suci dan masih bersih fikiran mereka. Jika dibiarkan tentu anak-anak kita  akan menjadi orang yang tidak beradab dan berakhlak hasil dari kesan pertempuran dan  'peperangan' parti-parti politik yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Bukti kanak-kanak digunakan oleh Pembangkang seperti di PRK Bukit Selambau di mana lebih 20 kanak-kanak berumur 9 - 12 tahun telah digunakan untuk mengibar bendera parti Pakatan seperti link di sini http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=411628

Begitu juga semasa kempen di Hulu Selangor kanak-kanak juga telah digunakan oleh ahli parti Pakatan Pembangkang untuk meraih sokongan rakyat ! 

Lihat gambar di bawah yang disalin dari blog Mesin Taip Buruk di sini http://mesintaipburuk.blogspot.com/2010/04/pembangkang-guna-kanak-kanak-untuk.html  :



Panglima sendiri pernah bertemu sekumpulan remaja yang masih bersekolah yang mengedarkan poster risalah kempen PRN Sarawak yang telah disiar di blog Panglima di sini

http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/04/gempar-budak-sekolah-diguna-edar-poster.html


Adakah kita masih mampu menghalang perbuatan mungkar ini diteruskan ? 

Ayuh kita bersama-sama mencegah perkara di atas agar ia tidak lagi berulang kepada kanak-kanak kecil yang tidak reti apa apa tentang politik. 

2 ulasan:

  1. Kecik2 dulu selalu gak ikut ibu gi kempen..mase tuh ibu aku Wanita UMNO...tapi seingat aku bile aku pegi tempat mengundi cuma utk teman mak aku sambil main2 dgn rakan sebaya...takde lak sape2 suh aku pegang banner, julang bendera atau sebarkan risalah Parti! Ibu dan rakan2 seperjuangan dia tahu kanak2 tak boleh dilibatkan secara paksa dalam kempen politik...biar mereka menikmati zaman kanak2 sepuas-puasnya!

    BalasPadam
  2. sebenarnya ibu bapa ADI PUTRA inilah yang bersalah kerana telah mengizinkan anak mereka diperkudakan oleh PKR..

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.