sumber : http://www.facebook.com/
Biasa Nabi berjalan dengan sahabat, mana pula pergi sahabat Hj Hadi ???
Hatta nak berdakwah pun bersama sahabat termasuk ketika misi sulit berhijrah ke Madinah seperti yang kita baca dalam kitab sejarah.
Mari tambah ilmu dengan membaca Sirah Nabi Muhammad saw bersama sahabat bertemu biawak yang beriman dan menyebabkan orang kafir turut beriman disebabkan oleh keimanannya kepada Rasul Pembawa Rahmat Sekelian Alam ...
Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayatu Wan-Nihayah bahawa Baihaqi menceritakan dari Abi Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq,dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar R.anhu.
"RasuluLlah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat,tiba-tiba datang seorang arab badwi dari Bani Sulaim kehadapan Rasulullah. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.
Melihat ramai yang berjalan itu,beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza,tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa,tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam,putih dan merah serta selainnya.!”
Umar Al-Khattab menjadi marah,lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”
Nabi SAW tenang menjawab permintaan Umar: “Wahai Umar! Tidakkah negkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”
Nabi kemudiannya berkata kepada arab badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”
Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu, “ katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya kehadapan Nabi SAW.
Nabi SAW memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi SAW.”
Nabi bertanya “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu “Saya beriman kepada tuhan yang dilangit itu a’rasynya,dibumi itulah kekuasaannya,dan dilautan itulah jalannya dan disyurga itu rahmatnya dan dalam neraka itu azabnya1”
Tanya Nabi lagi “aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak “Tuan adalah utusan Allah,yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan,dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”
Mendengar kata-kata biawak itu,arab badwi itu lantas berkata “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci,tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri,engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah dihadapan semua yang hadir.
Ulasan : Pengajaran yang boleh diambil dalam kisah ini ialah bagaimana seekor biawak (dhob) telah beriman kepada Allah SWT.bahkan menyokong perjuangan Nabi SAW. Sedangkan manusia yang telah dianugrahkan aqal masih lagi ramai yang tidak beriman kepada Allah SWT. Bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sekurang-kurangnya malulah wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan Rasulullah dengan seekor binatang yang bernama biawak ini.
( Kisah ini diceduk dalam majalah Solusi bilangan 1,yang bertajuk "kerana rezeki, masuk neraka!..)

Moralnya : biawak Dhab pun boleh menyebabkan orang kafir harbi beriman. Malulah jika kita sebagai orang Islam atau ahli Parti Islam tetapi gagal membawa orang teman sePakatan kita masuk Islam. Lagi malu jika perjuangan menegakkan Negara Islam telah 'hancur' disebabkan takut dengan kawan SePakatan !!!
Sedikit info tentang Dhab ( biawak vegetarian )
Dhab Dhab merupakan sejenis biawak yang terdapat di padang pasir. Nama Inggerisnya Egyptian Mastigure atau Egyptian dab lizard atauEgyptian spiny-tailed lizard manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis.
Biawak ini halal dimakan oleh orang Islam [1] dan dikatakan merupakan sejenis ubat perangsang tenaga batin tradisional. Bagaimanapun tiada kajian saintifik pernah dilakukan mengenainya.
Sebagai sejenis biawak, Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik tebal.
[sunting]Kehidupan Seekor Dhab
Dhab adalah tergolong dalam keluarga cicak. Dhab adalah vegetarian. Ia menghabiskan banyak masanya dalam lubang yang digalinya menyembunyikan dirinya atau dicelah-celah batuan yang selamat untuk berlindung. Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.
ko penah naik kapal terbang x? selain dripada passenger, org lain x bleh masok.. ada faham ka?
BalasPadampenulis blog sakai x pernah naik flight
BalasPadamTergelak baca ulasan penulis ni.. Adoi.. Kadang2 membuat ulasan dengan akal fikiran yang singkat juga masalah. Post la entri2 yg lebih bermanfaat andai kita benar2 nak menyerang pembangkan pun. Tapi, kalau kita serang macam ni.. Serius terasa anda tidak ada modal. Post yg langsung tak membina negara ataupun pemikiran. Jika dia keseorangan pun, tidak ada salahnya. Dan apatah lagi nak dibandingkan dengan kisah2 sahabat. Sangat tak sesuai. Maaf, saya juga anti pembangkang tapi, bila baca post ni..gelak terbahak2.. terasa penulisan yg tiada idea. Sekadar teguran. :)
BalasPadamlagi tergelak saya dapat tengok gaya komen dua dua di atas dari orang yang sama.
BalasPadamtak apa - blog panglima membuka sebebasnya pandangan anda.
tq
keluar ngan bini kot? tu pesal sahabat tak ikut. biasa la kalau dah lama kahwin, laki jalan depan, bini tinggal belakang ... bukan bro, jangan salah faham, wa cerita pasal ustaz kat afrika ...
BalasPadamalahai... mcm mane ko bleh trace panglima jahanam? haha.. post ko ngarot sgt... baik ko tutup je la blog munafik ni..
BalasPadamYa Allah berilah pengajaran kpd para pemimpin zalim di bumi Malaysia dan jauhkan kami dari terus dianiaya oleh mereka..
BalasPadamhahahaa..panglima x pnah naik flight ke?
BalasPadaminilah contoh2 blogger United Munafiq National Organization .. IQ rendah tapi ada hati nak komen pasal politik .. benda yg takde isu pun dijadikan isu ..
BalasPadamlawak tul ulasan blogger ni.....buat malu kaum blogger jer :)
BalasPadam