Pages

31 Mei 2011

Isu Kenaikan Tarif Eletrik Yang TIDAK- TIDAK - TIDAK Membebankan Kita Semua !!!



Selepas kecoh mengenai harga bahan bakar ron 97 yang dinaikkan, kini kecoh pula mengenai harga baru tariff eletrik yang bakal naik berkuatkuasa esok. Pembangkang mula mempolitikkan isu ini kononnya bakal membebankan rakyat. Mereka menuduh kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat bila menaikkan harga eletrik.

Tetapi tidakkah rakyat sedar bahawa kenaikan hanya melibatkan bil bulanan yang melebihi RM77 sebulan sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana, bil bulanan mereka tidak melebihi RM77 sebulan.

Ini jelas menunjukkan kerajaan sentiasa menjaga rakyat malah penggunaan di bawah RM20 sebulan adalah percuma. Dengan memberi kelonggaran ini, kerajaan terpaksa menanggung kos RM122 juta setahun. Kenaikan yang diumumkan kerajaan ini tidak membabitkan 4.4 juta daripada 5.94 pengguna domestik.

Pengguna yang di bawah penggunaan 300kWj, langsung tidak terlibat dengan kenaikan ini. Jadi mengapa harus melenting tidak tentu fasal. Semaklah bil eletrik bulanan anda. Jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata pembangkang yang memang suka melihat Negara kita ini sentiasa ‘panas’ dan bergolak.

Rakyat harus sedar, kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat walaupun terpaksa menanggung pelbagai kos subsidi demi keselesaan rakyat. Contohnya subsidi gula, kita hanya membayar RM2.30 sedangkan harga sebenar berjumlah RM2.40. Kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi sebanyak RM789 juta untuk gula.

Minyak masak pula kita hanya membayar RM2.50 sedangkan harga sebenar RM3.50. Subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan adalah RM813 juta. Ini belum lagi membabitkan subsidi lain-lain.

Kita harus bersyukur kerana Malaysia adalah satu-satunya Negara yang mempunyai subsidi. Sekiranya kita ke Negara lain, kita terpaksa menanggung harga sebenar dan ini sudah pastinya menyusahkan kita.

Ambil contoh Singapura. Mengapa rakyat Singapura suka membeli belah di Johor Bahru? Ini adalah kerana mereka boleh membeli dengan harga yang jauh lebih murah.

Kesimpulannya, jangan terlalu manja dengan subsidi dan jangan hanya pandai menuding jari tanpa mengetahui dan memahami duduk perkara sebenar. Pembangkang hanya tahu menabur fitnah bagi mengelirukan rakyat sekaligus menimbulkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk kita. Mengapa kita sering bertanya apa yang telah kerajaan lakukan untuk kita tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk kerajaan dan Negara?

sumber : UMNO Online

1 ulasan:

  1. KALAU NAK UNTUNG LAGI,KILANG2/ RUMAH2 SETINGGAN YG BUAT PENYAMBUNGAN HARAM KENA HAPUSKAN.
    YG TERANG2 BERSALAH HENDAKLAH DIDENDA CUKUP2 UTK COVER BALIK APA2 YG PERLU. MAKA PENGUATKUASAAN KENA DITAMBAH.
    JGNLAH DISUSAHKAN PENGGUNA YG BERDISIPLIN DAN MEMATUHI UNDANG2 KERANA TNB SENDIRI YG TAK EFISIEN!!!

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.