Pages

19 Mei 2011

KJ Sedia Berjuang Tanpa Jawatan - Syabas !!!


Ucapan Khairy Jamaluddin semasa merasmikan Persidangan Wanita , Pemuda dan Puteri Putrajaya yang disiarkan oleh Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia Tun Faisal menarik perhatian Panglima. Sebagai seorang yang mendapat banyak gosip dari berbagai pihak dan bergelar Ketua Pemuda Umno Malaysia, KJ nampaknya tetap teguh dengan semangat ingin berjuang meskipun tanpa jawatan.

Sikap ini Panglima puji bukan kerana bukan mudah memegang jawatan tanpa kedudukan dalam kerajaan. Namun kesediaan KJ berjuang tanpa sebarang jawatan wajar menjadi iktibar kepada mana mana pemimpin yang lain. Beliau juga memberi amaran kepada AMK agar jangan buat kacau di negara ini atau berdepan dengan jentera Pemuda Umno yang sentiasa berjuang di hadapan saf pertahanan negara kita !

Baca lagi ucapan KJ di blog Tun Faisal di sini http://tunfaisal.blogspot.com/2011/05/kj-amk-jangan-buat-kacau-atau-berdepan.html


Moralnya : mana-mana pemimpin yang tetap setia walau tidak mendapat apa apa wajar dipertahankan oleh kita semua. Begitu juga yang mendapat jawatan tetapi bersikap amanah - juga perlu dikekalkan mereka agar dapat terus membawa amanah parti kepada rakyat jelata.

baca juga tulisan menarik dari Blogger STJ - Sanggah Tok Janggut di sini http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2011/05/kj-dituduh-berkomplot-ada-musang.html

2 ulasan:

  1. Kepada sesiapa yang sentiasa menjilat punggung KJ, kenapa sampai sekarang KJ memusuhi dan biadab kepada Tun Mahathir yang memeng sudah terpahat jasanya pada agama, bangsa dan negara? Apakah kerana keegoan atau sesuatu sebab yang disembunyikan?

    BalasPadam

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.