Wahai Saudara yang jujur,
Keyakinan anda dengan baiah ini telah mewajibkan anda supaya menunaikan segala tanggungjawab berikut agar anda menjadi seketul bata yang kukuh dalam pembinaan ini:
1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.
2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku yang dibaca ialah, “Humatul Islam”. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.
3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan.
4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti ini kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.
5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.
6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.
7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.
8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.
9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.
10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.
11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.
12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.
13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.
14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik. Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang ditulis oleh Ikhwan. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan walaupun kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda jika anda merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai keseluruhan permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu memahami dan memberikan jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah anda.
15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.
16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.
17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.
18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.
19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun ia memberikan keuntungan yang segera.
20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.
21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.
22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana sekalipun pendapatan anda.
23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa kecemasan. Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama sekali.
24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat. Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah, pakaian, perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk mengamalkan sunnah dalam semua aspek tersebut.
25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang yang tidak Islamik. Anda juga perlu memulaukan semua kelab, akhbar, pertubuhan, sekolah dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.
26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.
27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.
28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan sembahyang secara berjemaah di masjid.
29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan. Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.
30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.
31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui (***403) taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai apakah amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga masa kerana masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara yang meragukan supaya anda tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.
32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda dan naluri semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya kepada yang dihalalkan. Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram walau apa keadaan sekalipun.
33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.
34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.
35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mendekatinya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.
36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara mendalam. Anda hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan mereka seperti kasih sayang, hormat, saling bantu-membantu dan sentiasa berikan mereka keutamaan. Anda hendaklah menghadiri perjumpaan bersama mereka dan janganlah anda menguzurkan diri kecuali kerana terpaksa. Anda perlu sentiasa berikan mereka keutamaan dalam setiap urusan anda.
37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.
38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. Jangan anda lakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang besar kepada dakwah melainkan setelah anda terlebih dahulu meminta izin. Anda perlu sentiasa menjalin hubungan rohani dan amali dengan pimpinan. Anda hendaklah sentiasa merasakan anda adalah seorang tentera yang sedang berada dalam kem yang sentiasa menunggu arahan.
sumber : http://halaqah.net/
Adakah apa yang PAS lakukan hari ini mengikut apa yang dinasihatkan oleh Imam Hassan Al Banna - Pengasas Ikhwanul Muslimin ???
Lihat warna merah pada tulisan di atas dan tentu anda akan bersetuju PAS gagal mengikut nasihat idola mereka sendiri ?
Jika PAS mematuhi nasihat dan wasiat di atas tentu DAP tidak akan dijadikan kawan rapat atau dijalinkan hubungan intim dalam politik dan tentu juga saudara seagama seperti ahli dan parti UMNO tidak akan ditentang atau dibenci sepanjang hayat.
Ahli PAS perlu bangkit berdasarkan fakta bukan auta.
Mereka cerdik dan jangan pula ketaksuban mereka memudahkan mereka dibodohkan ....
Moga ALlah bagi hidayat kepada hati kita semua amin.
Link berkaitan artikel di atas :
Mengenali Imam Hassan Al Banna
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna
PAS dan Ikhwanulmuslimin :
http://mahasiswamenggugat.blogspot.com/
Nik Aziz Mengaku Tandas Masjid Di Kelantan kotor
PAS sanggup mati pertahan DAP
PAS masuk gereja dan rela kalimah Allah kepada Kristian
http://localfighter.blogspot.com/ dan http://ulamak.pas.org.my/v2/
PAS tidak kisah moral Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com/ dan http://www.parti-pas.org/
http://localfighter.blogspot.com/ dan http://ulamak.pas.org.my/v2/
PAS tidak kisah moral Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com/ dan http://www.parti-pas.org/
Salam sahabat, pandangan peribadi saya dari segala huraian diatas, itulah ciri-ciri orang mukmin yang sebenar, mamang elok kita prktikkan atau amalkan demi kebaikan kita didunia hingga keakhirat.
BalasPadamSaya sentuh sedikit disini tentang seruan Datuk Seri Najib mengharapkan penyatuan Umno dan Pas memang tepat sangat tidak ada cacat celanya. Jika pelawaan ini diterima oleh Pihak Pas kekuatan orang Melayu bertambah terserlah dan kita boleh mantapkan lagi membangun bersama-sama nilai Islam dan kerjasama yang padu.
Tetapi amat malang sekali bukan kepada Umno tetapi sebaliknya? Pas bukan sahaja menolak penyatuan ini malah dengan angkuh serta menghedik dan mencerca bahawa Umno sudah terdesak.
Hihihi..betul ke Umno terdesak? pada pendapat saya Umno tidak terdesak, Umno tidak jadi kaldai tunggangan malah Umno tetap kukuh dari mula ditubuhkan sehingga kini. Biarlah mereka (Pas) menolak kerana bagi kita sedah terang dan nyata Pas sudah terpesung dari akidah Islam yang sebenar.
Mereka menetang kebaikan perpaduan umah, sia-sialah selama ini mereka menyalak kesana kemari mengatakan mereka memperjuangkan Islam, sedang dalam masa yang sama mereka menolak apa yang Junjungan kita Nabi S.W.A supaya kita bersatu menjadi ummah yang kuat dan akan menggerunkan musuh-musuh Islam dan dengan itu musuh-musuh Islam tidak memperkotak katikkan kita. Maka sejahteralah kehidupan kita dan jenerasi akan datang dapat meneladani apa yang kita praktik sekarang.
Yang ini memang keras, tapi saya terpaksa juga keluarkan. Sia-sia kita seru kepada mereka-mereka yang sudah sebati dengan perasaan riak, takbur, ujub serta taksub, ibarat bagaikan kita mencurah air didaun keladi walau pun habis bertimba, namun basahnya tidak jua. Sebagai sifat mukmin kita sudah menyampaikan...untuk terima atau tidak bukan kita yang menetukan..
PEMIMPIN PAS YANG TAK MAU, TERUTAMA NIK AJIS,KALAU PEMIMPIN MAU AHLI MENGIKUT AJE........
BalasPadam