Pages

04 Mei 2011

Terkini : Anwar Marah & Enggan Jawab Bila Ditanya Isu PKR Buat Kecoh Dalam Masjid (video)





Anwar makin tertekan apabila ditanya berkenaan kekecohan yang ditimbulkan oleh PKR di Masjid Sentul minggu lepas selepas solat Jumaat yang diketuai oleh Shamsul Iskandar ( Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan ) 

Meskipun niat mereka untuk menghalang proses membuat akuan sumpah oleh Datuk Eskay tetapi perbuatan kurang ajar menghina masjid dengan menjeri-jerit dan bergaduh di dalamnya sungguh KURANG AJAR dan WAJIB DITENTANG oleh setiap umat Islam.

Seperti isu DNA dan JAM OMEGA - Anwar kini menggunakan taktik mengelak untuk menjawabnya dan kembali 'menyerang' wartawan yang berani menanyakan isu tersebut.

Perkakas Umno - antara gelaran untuk menyakitkan hati media yang menanyakan beliau tentang persoalan yang ingin diketahui rakyat.

Apa kata media membuat bantahan atau boikot atas sikap kurang ajar beliau ini ? Sepatutnya Persatuan Wartawan perlu menunjukkan ketegasan dalam hal ini dengan meminta para wartawan memboikot sidang media Anwar sehingga permohonan maaf dibuat.

Kepada umat Islam - jika anda tidak ada perasaan marah melihat rumah ALLAH diperlakukan sedemikian rupa maka apa lagi boleh diharapkan dari anda kecuali kekecewaan dan kehinaan dari seorang umat Islam di akhir zaman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berikan pendapat anda sebanyak di sini.

Komen menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh penulisnya..

Tapisan tidak dibuat di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan.